Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KE 'KONSERT ROCK KAPAK', SAMBIL BERHIBUR MENANG HADIAH!


“I ROCK, You Rock, We Rock’!

Biasakan dengan laungan ini khususnya golongan yang meminati lagu-lagu rock dan yang sentiasa sertai konsert-konsert rock?


Jika anda peminat rock khususnya yang merindui kumpulan ‘otai-otai rock’ lewat 80an, apa kata hadir ke Konsert Rock Kapak yang menampilkan tiga kumpulan lagenda terdiri dari kumpulan Junction, Desire dan Meditasi anjuran bersama Attah Music dan Boss Productions Enterprise.



Orang lama mesti kenal dan orang baharu pula jika tak kenal tak cinta kan, jadi apa kata pada 7 Oktober ini anda semua ke Panggung Asia, Jalan Gombak, Kuala Lumpur kerana pada hari itu bukan sahaja Juction, Desire dan Meditasi akan menghiburkan anda tetapi turut disertai dua kumpulan jemputan sebagai tirai pembuka pentas iaitu Bloodbrothers dan Revenge.


Dengan lagu-lagu hit seperti Akan Ku Kenang, Monolog Untuk Rina, Bias Cinta, Dian Cinta, Bidadari, Biar Pedih Kasih Memanjang serta banyak lagi lagu2 lain daripada kumpulan-kumpulan rockers terbabit, malam konsert pasti ‘happening’.


Dengan tiket berharga hanya RM85 seorang, peminat rockers bukan sahaja boleh berhibur  dengan lagu-lagu keras yang akan turut didendangkan malah berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya seperti gitar elektrik, gitar akustik, jaket kulit, penginapan di hotel dan sebagainya.


“Hasrat kami mahu menghiburkan semua yang merindui lagu-lagu rock zaman 80an dan berharap ramai akan memberikan sokongan,” ujar vokalis kumpulan Junction, Kamarul Hatta Zaharudin atau lebih mesra disapa Hatta pada sidang media ‘Konsert Rock Kapak’ yang berlangsung di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur  baru-baru ini.


Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Boss Production Pte Ltd dari Singapura, Naz Hamzah, yang merupakan syarikat induk kepada Boss Production Enterprise; Pengurus Pemasaran Hotel AMES Melaka, Kevin  Kenneth Leong serta wakil-wakil daripada band terbabit. 


Menurut Hatta yang juga bertindak sebagai penganjur utama dari syarikatnya, Attah Music,  tercetusnya idea untuk mengadakan konsert ini terjadi apabila melihat banyak konsert didominasi band tertentu dewasa ini.


“Jadi saya terpanggil untuk memberitahu ada banyak band-band lama yang masih wujud,” tambah  beliau sambil memberitahu akan tetap meneruskan konsert dengan ‘plan b’ jika sambutan tidak memberangsangkan apatah lagi pada tarikh yang sama menyedari adanya beberapa konsert lain yang berlangsung sama.



Walaupun tarikh konsert tinggal dua minggu sahaja lagi, beliau berharap dapat mengumpul peminat-peminat rockers lama mahu pun baharu.



“Jika ada 10 orang sekali pun yang datang kami tetap akan teruskan konsert kerana tujuan utama adalah untuk menghiburkan bukan semata untuk memperoleh keuntungan,” akui Hatta.


ANTARA rockers yang hadir. Foto kredit: Amin.


Sementara itu, Naz Hamzah memberitahu,  walaupun sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberangsangkan namun yang penting Konsert Rock Kapak dapat memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat rockers.



“Kami percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.Kami bukan melihat populariti artis. Saya yakin band-band lama tetap ada peminatnya dan akan terus memberikan sokongan untuk membawa konsert begini jelajah seluruh negeri,” tambah Naz


HATTA (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Naz Hamzah.


Jelas beliau lagi, ia lebih kepada usaha untuk meluaskan peluang dan mempertingkatkan perniagaan ke aras yang lebih tinggi disamping antaranya meneruskan legasi pertandingan nyanyian ‘Who's The Boss’ yang sebelum ini diadakan di Singapura


‘Pertandingan nyanyian yang melibatkan peserta2 dari Malaysia, Singapura dan Indonesia berkenaan  bakal dianjurkan di Malaysia, “ tambah Naz.


Jadi apa tunggu lagi, jika tak nak 'putih mata' kerana kehabisan tiket dan yang dahagakan hiburan khususnya merindui nostalgia muzik Rock 80’an. jangan ketinggalan menempah tiket ke Konsert Rock Kapak pada 7 Oktober 2023 ini di Panggung Asia, Gombak, Kuala Lumpur melalui talian 010 566 7384 atau 019 924 7924.


Maklumat lanjut sila klik DI SINI.



#KonsertRockKapak #Rockers #AttahMusic #BossProductions #PanggungAsia #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan