Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EXIST BAKAL CIPTA SEJARAH BERGABUNG KONSERT BERSAMA ORKESTRA 22 DIS!


SEBUT
sahaja nama kumpulan EXIST, sudah tentu terngiang-ngiang ditelinga bunyinya siulan lagu popular mereka antaranya seperti ‘Untuk Mu Ibu’ mahu pun ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’.


Sepanjang kembara 32 tahun kemunculan mereka, Exists sudah merasa bermain di sekecil-kecil pentas funfair, membawa ke festival-festival muzik sehingga mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.


Tidak dapat dinafikan hayat 32 tahun itu menjadi bukti utuh Exists sebagai kugiran tempatan yang berkualiti. 


Analoginya mudah. Jika tidak berkualiti Exists tidak akan kekal malah masih menjadi kegemaran pendengar pelbagai generasi sejak salam kenal di tahun 90-an sehingga 2023 menjelma, nama Exists kini sentiasa menjadi kugiran pilihan para penganjur.



Itu belum lagi kejayaan yang diraih menerusi beberapa siri konsert dan festival yang membawa Exists bertemu peminat sehingga ke Singapura dan Indonesia.


Baru-baru ini Exists disambut baik oleh peminat Indonesia sewaktu kemunculan mereka di Festival 90’s yang diadakan di Kemayoran, Jakarta.


Semua pencapaian itu terjadi pada tahun 2023. 


Begitu pun, Exists masih belum mahu menutup portfolio dengan cantik dan kemas tanpa melakukan sebuah persembahan yang disifatkan paling didamba sepanjang 32 tahun berkarya.


Apakah impian mereka?



“Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian tentang dunia kami ini adalah melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.


“Kami fikir dengan sudah banyak persembahan skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra,” ujar pemain gitar utama Exists, Along atau nama penuhnya, Azrul Nasir (gambar atas, dua dari kiri) pada majlis sidang media Konsert Exists X Orkestra bertempat di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada hari ini, 14 September 2023)


Ya, impian Exists tercapai apabila Persatuan Global Malaysia mengambil langkah menganjurkan Konsert Exists X Orkestra, sekali gus mencipta sejarah peribadi buat setiap anggota kugiran yang sudah berkelana sangat jauh — dari usia remaja sehingga sekarang iaitu Ajai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad sepanjang pembabitan mereka sebagai pemuzik.


‘Jika sebelum ini Exists bermain sebagai sebuah kugiran tetapi untuk konsert kali ini anda buat pertama kalinya akan menjadi sebahagian daripada sejarah kerana Exists akan bergabung dengan kumpulan Orkestra.


“Kami selaku penganjur harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exists dan Orkestra kerana menyambut baik proposal kami lalu menjadikan ia sebuah kenyataan,” ujar Pengarah Program Persatuan Global Malaysia, Mohd Roslan Mohd Rafi (gambar kiri).


Menurut beliau, tiket-tiket bermula pada harga RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168  boleh dibeli menerusi laman sesawang www.MyTicket.Asia.


Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai gabungan bersama orkestra, Along menambah kata,  Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah itu.


Buat Exists, bergabung ‘permainan’ dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian mereka sekian lama cuma menunggu waktu yang sesuai sahaja.


“Apa pun, terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” akhiri Along mewakili rakan-rakannya.


Dengan pengumuman yang dibuat,  apa lagi, peminat Exists semua tandakan kalendar anda dan tempah tiket segera sebelum ‘putih mata’ agar dapat bersama merai dan menjadi saksi nyata sejarah tercipta di Konsert Exists X Orkestra pada 22 Disember 2023 di Megastar Arena Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam. 



#EXIST #PersatuanGlobalMalaysia  #KonsertExistXOrkestra #MegaStarArenaKL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan