Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM 'CUTI-CUTI MALAYSIA BERSAMA GUARDIAN' PILIH PRODUK SESUAI MELANCONG!


PADA
musim cuti persekolahan mahu pun ketika cuti umum atau sekadar cuti hujung minggu pasti anda sudah menanamkan hasrat untuk keluar kota ke satu destinasi pelancongan yang mampu merehatkan minda.


Samada di lautan, daratan atau pun gunungan yang menjadi pilihan, sudah pastinya juga anda perlu bersiap sedia dengan kelengkapan penjagaan diri apatah lagi di musim panas dan monsun ini.


Paling utama perlu dibawa bersama tentunya produk penjagaan kulit ya tak?


Sehubungan itu, kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”  selama sebulan bermula 4 Septemberr hingga 1 Oktober 2023 dengan kerjasama Tourism Malaysia memang tepat bagi membantu anda bercuti dengan selamat waima Guardian menyediakan pelbagai produk khusus untuk anda membawa ketika bercuti.



“Kami memiliki lebih 600 stor di seluruh Malaysia, yang menyediakan pelbagai jenis produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan, jadi stor kami pastinya boleh ditemui dimana sahaja lokasi yang anda lawati di negara ini. Jika anda memerlukan pelindung matahari untuk percutian pantai, snek sihat untuk anak-anak atau sebarang ubat-ubatan untuk luka dan lebam, kami mempunyai produk yang anda perlukan itu,” ujar Anna Hull selaku Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia bersama Guardian’ di Sunway Pyramid baru-baru ini.



Turut hadir menyempurnakan pelancaran adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Dr Ammar Abd Ghapar, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia, Mohamed Amin Yahya manakala selebriti Daphne Iking bertindak sebagai pengacara majlis.


Teruja dengan kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam membantu memantapkan pelancongan domestik di Malaysia, Anna mahu rakyat Malaysia mengetahui bahawa dimana sahaja mereka berada di Malaysia, Guardian sentiasa bersedia untuk menyediakan segala keperluan kesihatan dan kecantikan yang  diperlukan untuk percutian.


Saya sendiri sebagai seorang ekspatriat yang telah beberapa tahun menetap di Malaysia, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia sememangnya mempunyai beberapa destinasi percutian terbaik di dunia. Pasti ada sesuatu untuk semua orang di sini,” tambah Anna sambil menyifatkan negara ini sudah menjadi seperti kampung halamannya apatah lagi apabila bercuti anak-anaknya tetap mahu segera pulang ke Malaysia.


Lebih menarik lagi, bersempena kempen, Guardian juga  mengadakan peraduan seluruh negara, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000



Antaranya ialah hadiah utama sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out 2Hari1Malam  dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain. 


Anda boleh klik   DI SINI  untuk mengetahui lebih lanjut jika ingin menyertai peraduan. 


ANNA memperkenalkan beberapa produk yang boleh dibawa ketika bercuti.

Berkongsi lanjut, Anna berkata, waktu kempen yang diadakan  pada bulan September juga sangat bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.


“Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti. Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat,” jelas Anna.



Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian juga akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.


Sementara itu, Dr. Ammar dalam ucapan pelancarannya melahirkan rasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, contohnya seperti percutian pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar makanan.



“Kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia dan seterusnya, membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik. 


“Dan memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara,” ujarnya.


Jadi, jom “Cuti -Cuti Malaysia Bersama Guardian” dan jangan lupa untuk membuat persediaan rapi untuk semua keperluan penjagaan kecantikan, penjagaan dan kebersihan diri anda dengan Guardian untuk menikmati percutian yang lebih menyenangkan!



#GuardianMalaysia #JomCutiCutiMalaysiaBersamaGuardian #TourismMalaysia #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan