Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CALIPH BUSKERS HASILKAN 'INSPIRASI' , BAWA MESEJ 'INDAH MANIS KERANA PAHITNYA'!


SETELAH
lebih kurang dua tahun tanpa single baharu, kumpulan bertaraf OKU, Caliph Buskers kembali dengan lagu yang barangkali akan memberikan inspirasi kepada pendengar selaras dengan judulnya ‘Inspirasi’.


‘Lagu ini sebenarnya dah lama dicipta ketika negara berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua apabila Datuk Hj Reduan Yusof menghubungi saya untuk bersama-sama menghasilkan ‘Inspirasi’, “ ujar Azmi Saat ketika ditemui di majlis pelancaran lagu dan muzik video terbaru Caliph Buskers berjudul 'Inspirasi’ di sebuah kafe, di Taman Tun Dr. Ismail pada Selasa, 26 September, semalam.


Turut bersama anggota Caliph Buskers yang lain - Fendy Adlan (pemain dram), Mohd Zaki Ismail (bass) dan Nirwan Zainalabidin (gitar) serta Pengerusi Rubbertapper Productions House (M) Sdn Bhd., (RPH) merangkap penulis liriknya, Datuk  Hj Reduan Yusof; Penerbit RPH,  Qaseh Anita;  Ketua Label Rekod, Masyhur, Haji Kamal KasimPengarah A&R, Pemasaran, Kefua Deff Jamm Recording Malaysia, Universal Music, Herman Cheng dan Amie Maziah Abd Rahman selaku Pengarah Video Muzik 'Inspirasi'.



Berkongsi lanjut pemilik nama penuh, Khairul Azmi, Saat memberitahu, pada ketika menerima cadangan untuk bersama mencipta lagu tersebut beliau memang suka menghasilkan karya yang mempunyai genre kerohanian apatah lagi meminati lagu-lagu nasyid.



“Cabaran yang menyukarkan adalah apabila genre kerohanian itu mahu dipermodenkan, itu yang mengambil sedikit masa malah rakaman lagu ini pun dibuat secara atas talian ketika dirumah sebab PKP,” kenang Azmi sambil  berharap lagu inspirasi mampu membangkit semangat dalam diri pendengar.


Menurut Azmi, jika pendengar hayati liriknya ia mmpunyai mesej motivasi yang dapat menyuntik semangat juang pada diri seseorang walau pun diuji dengan pelbagai masalah.


“Ingatlah setiap pahit yang diharungi dihujungnya ada kemanisannya seperti yang digambarkan dalam lirik 'indah manis kerana pahitnya,” tambah Azmi memberikan kata-kata semangat waima ‘Inspirasi’ menjadi lagu ost dokumentari 13 episod bertajuk 'Aspirasi' yang dijangka akan ditayangkan di sebuah stesyen televisyen tidak lama lagi.


"Kisah doku ini mengenai OKU di Jepun serta OKU dari Malaysia yang dihantar ke Jepun untuk belajar di sana agar bila mereka balik ke Malaysia akan menjadi tenaga pengajar untuk OKU lain di sini," jelas Qaseh  (kiri) berhubung dokumentari yang diarahkannya dengan kos pembikinan lebih kurang RM200,000 di mana 40% daripada penggambaran dilakukan di negara matahari terbit itu.


Dalam pada itu, muzik video 'Inspirasi' arahan Amie Maziah Abd Rahman yang diedarkan Universal Music Malaysia-Masyur  sudah pun dimainkan di stesen-stesen radio tempatan selain turut dimuatnaik di saluran YouTube Masyhur pada awal Ogos lalu.


“Harapan saya agar lagu ini dapat masuk dalam carta Muzik-Muzik dan mendapat sambutan pendengar,” sambung  Azmi yang tidak ketinggalan berharap bakal sekali lagi menjejaki pentas akhir Anugerah Juara Lagu.



Untuk rekod, Caliph Buskers berjaya merangkul hadiah persembahan terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-15 dan setahun kemudiannya berjaya menduduki tempat ketiga pada AJL16 pada tahun 2016 dengan lagu 'Hanya Namamu'.


Sementara itu, sebagai penerbit baharu dalam industri, Qaseh Anita berharap sokongan ramai terhadap kemunculan syarikatnya Rubbertapper Production House dalam memeriahkan lagi industri seni dan kreatif negara.


“Harapan kami, Rubbertapper Production House  dapat terus sumbang ke arah menyemarakkan lagi industri dan bukan untuk bersaing dengan mana-mana label rakaman yang sudah terkenal di pasaran,” ujar Qaseh yang bakal mementaskan Konsert ‘Jatuh Cinta Lah Ahmad Live di Istana Budaya' pada 7 Oktober depan.


Selepas 'Inspirasi' apa lagi perancangan Caliph Buskers yang sudah dikenali ramai sejak mula bertapak dalam industri daripada penyanyi jalanan (buskers) kepada artis rakaman apa tah lagi kini kekal menjadi pengiring band tetap pada program 'Meletop'.


Kita dengar di bawah ini apa kata Azmi:



#CaliphBuskers #Inspirasi #Aspirasi #RubberTapperProductionsHouse #Masyhur 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan