Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEMBEDAHAN BARIATRIK BANTU RAMAI ARTIS ATASI MASALAH KESIHATAN! APA KATA MEREKA?



KEHADIRAN Kak Fas ke majlis Hi-Tea bersama pakar bedah bariatrik Dr. Mustafa Mohammed Taher baru-baru ini merupakan kali ketiga rasanya Kak Fas sudah berkenalan dengan beliau.


Mana tidaknya, seringkali beliau menganjurkan program bersama barisan artis yang menjadi pelanggannya akan ada kisah baharu yang diceritakan  oleh golongan terbabit. 


Ini sudah tentu  bagi meyakinkan bahawa pembedahan bariatrik bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan  namun lebih kepada kesihatan dan bukanlah penyebab kematian seperti tohmahan setengah netizen kepada pesakitnya yang pernah melaluinya.


Kali ini antara selebriti yang ditampilkan terdiri dari Dato Khadijah Ibrahim, 64, Dato Ziela Jalil, 52,  penyanyi bersuara lantang Ziana Zain, 55, Zarina Zainuddin, 52 dan  Liza Abdullah, 59 tahun.


DR. Mustafa bersama selebriti yang hadiri antaranya Ziela, Khaty, Ziana dan  Zarina. Foto: Nurul.


Kesemua mereka terbabit memaklumkan keputusan untuk melakukan bariatrik bukanlah untuk kecantikan tetapi masing-masing mempunyai masalah kesihatan sebagai alasan.


“Saya mempunyai masalah gastrik yang kronik yang menyebabkan sukar bernafas. Sudah pelbagai cara perubatan dilakukan namun tidak berkesan. Kini setelah melakukan pembedahan bariatrik masalah gastrik sudah dapat diatasi malah pernafasan pun lebih baik untuk saya menyanyi,” ujar Ziana.



Berlainan pula bagi Zarina Zainuddin yang mengambil keputusan melakukan bariattik disebabkan masalah sakit tumit.



“Selepas membuat pemeriksaan doktor kata saya ada masalah kolestrol yang sangat tinggi. Selepas pembedahan tumit saya dah tak sakit lagi,” cerita Zarina sambil bersyukur masalah yang menganggunya selama ini sudah hilang.



Sementara itu, Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa Khaty pula memberitahu, keputusan untuk melakukan pembedahan diambil apabila berat badannya meningkat sehingga 90 kg.


“Saya tidak malu untuk mencerritakan kepada masyarakat sebab saya mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat dalam usia sekarang ini. Buat apa ada duit jika tak boleh menikmati kehidupan yang sihat,” jelas Khaty yang melakukan pembedahan membuang lemak dalam tubuhnya.


Itulah sebahagian daripada cerita di sebalik kenapa setiap mereka melakukan bariatrik malah rata-ratanya mengesyorkan kaedah itu jika mempunyai masalah kesihatan disebabkan obesiti atau penyakit yang datangnya dari perut.


“Saya akan mendengar dahulu masalah yang dihadapi sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sebarang pembedahan kerana setiap orang ada masalah berlainan,” sambung Dr. Mustafa yang telah diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023 pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini.


Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat waima ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat.


“Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang,dan anti sosial,” sambung Dr. Mustafa menerangkan lebih lanjut mengenai rawatan bariatrik.



Atas kejayaannya membantu ramai, tidak hairanlah ada pesakit Bariatrik Dr Mustafa  mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri  yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri


Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk namun telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.



Apa pun tepuk dada tanya selera… tak gitu? 

Keputusan di tangan masing-masing.  Jadi jika ada yang teringin mengatasi apa sahaja masalah seperti yang dinyatakan oleh Dr. Mustafa itu bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Rafeah di talian +60162330678.


Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan Dr, Mustafa melalui instagramnya @dr.mustafamt.my



#Bariatrik  #DrMustafaMohmmedTaher #ZianaZain #Khaty #ZarinaZainuddin #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan