Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ZUS COFFEE RAI PRODUK BUATAN TEMPATAN DALAM GAYA KAMPUNG


SEJAK
dilancarkan pada 2019, ZUS Coffee terbukti telah berkembang dengan pesat waima jenama itu cepat dikenali ramai apatah lagi baru-baru ini sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia Zus Coffee menganjurkan acara berkonsep ‘Kampung Buatan Malaysia’ di banglo berbentuk kolonial iaitu Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.


Kak Fas yang berpeluang hadir pada majlis pelancarannya bersama media baru-baru ini dapat merasakan suasana ‘kampung’ di tengah-tengah bandaraya sekali gus mengimbau kembali detik nostalgia perkampungan.


Keriuhan suasana kampung ditemani dengan aroma kopi memberikan suntikan perpaduan dan kebanggaan terhadap produk-produk buatan Malaysia yang turut serta, dalam diri setiap pengunjung. 



Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama yang cukup hebat sama seperti jenama antarabangsa. 


Di Kampung Buatan Malaysia yang terbuka kepada umum pada 9 September 2023 lalu memberi peluang pengunjung menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa. 



Selain daripada itu, 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia


Dan bagi pengunjung yang mahu mengenali lebih lagi tentang ZUS Coffee, mereka  boleh melalui “ZUS Time Tunnel” yang  menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam menghasilkan  produk berkualiti tinggi kepada Malaysia



Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi. 


Bukan itu sahaja.  Sebagai tanda meraikan Hari Kebangsaan, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”. 


ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee, satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa rasa kita. 


Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series,”, dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee


Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama. 




Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff dan Andi Bernadee


Acara ini juga  diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza. 


Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen 'Buatan Malaysia', ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?”. 


Dibintangi wajah-wajah ternama seperti pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s., video ini bertujuan mempamerkan kebanggaan sebagai buatan Malaysia. 


Dengan penganjuran yang mendapat sambutan hangat itu, ZUS Coffee ingin mengubah persepsi tentang kopi spesialiti, menjadikannya sesuatu yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 


Pada harga yang berpatutan, Zus Coffee membuka pintu kepada dunia kopi berkualiti tinggi bagi setiap individu dengan komitmennya untuk sentiasa menyediakan pengalaman kopi terbaik, menjadikan setiap detik bersama ZUS Coffee sebagai saat yang tak terlupakan. 



Untuk maklumat lanjut boleh cawangan ZUS Coffee terdekat atau secara dalam talian di www.zuscoffee.com. atau layari laman web rasminya di  https://zuscoffee.com/ manakala melalui platform sosial media anda boleh capainya di:


Facebook: https://www.facebook.com/ZuscoffeeMalaysia/ 

YouTube: https://www.youtube.com/@ZUSCoffee/featured 


#ZusCoffee #KampungBuatanMalaysia #Syamel #KakaAzraf #AndiBernadee #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan