Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'NAURA SHARES' KONGSI CERITA KISAH KE MEKKAH

Sempena dengan kedatangan AidilAdha bulan Ogos depan, saluran gaya hidup Muslim kontemporari, ‘NAURA’  mengumumkan sesi ‘NAURA SHARES’  bertemakan ‘Haji’. 
‘NAURA SHARES’ merupakan sebuah program perkongsian dari hati yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton, dan dipersembahkan oleh individu-individu ‘luar biasa’yang terdiri dari barisan selebriti tanah air dan figura berpengaruh dari pelbagai latar belakang. 
Menerusi sesi ini, mereka akan berkongsi kisah-kisah penuh inspirasi dan pengalaman bermakna dalam hidup masing-masing. 
Pertama kali dianjurkan pada bulan Oktober tahun lalu, ‘NAURA SHARES’ kali ini merupakan edisi yang ke-lapan membawa barisan selebriti terkemuka tanah air, Neelofa, Adam Corrie dan Atu Zero.
Mereka akan turut ditemani pasangan hebat yang pernah mencatatkan rekod berbasikal ke Makkah, Ahmad dan Adilah, di mana pasangan ini akan berkongsi tentang pengalaman melengkapkan ekspedisi ‘Kembara Memburu Hikmah’.
BARISAN PANELIS NAURA SHARES – EDISI HAJI

1. Neelofa, seorang pelakon, pengacara dan usahawan yang berjaya ke senarai ‘Forbes 30 Under 30’ merupakan selebriti yang tidak pernah gagal melawat tanah suci Makkah setiap tahun, bersama-sama keluarganya atau bersama rakan-rakan serta pekerjanya. Dalam sesi ini, Neelofa berkongsi tentang pengalaman beliau ke sana, dengan harapan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.
2.Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif adalah seorang pelawak, pelakon dan pengacara, yang terkenal dengan penggunaan dialeknya yang sering menjadi hiburan atau ‘punchline’ bagi kumpulan lawaknya, Zero (bersama Sharif dan Syaiful, abang-abangnya). Sebagai pelawak yang sentiasa menghiburkan penonton, dalam sesi ini pula, audiens melihat sisi lain Atu, iaitu seorang anak yang amat mencintai keluarga dan agamanya. Beliau berkongsi tentang pengalaman pertamanya ke Makkah bersama ibunya, dan hasrat tidak tercapainya untuk membawa ayahnya ke situ. Ayah Atu meninggal pada tahun 2012. 
3.Adam Corrie adalah selebriti yang dikenali sebagai pelakon yang sering membawa watak antagonis. Koreografer profesional yang berada dalam industri perfileman selama 30 tahun ini pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2017. Sebagai seorang Muallaf, mungkin terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari dan gaya hidup yang perlu diubah. Pada sesi ini, Adam bersedia berkongsi pengalamannya dalam mengerjakan Umrah dan ziarahnya dari perspektif seorang ‘saudara baru’.
4. Ahmad Mohd Isa & Noradilah Mohd Sapie adalah pasangan suami isteri yang terkenal dengan ‘Kembara Memburu Hikmah’ di mana mereka tekad berbasikal ke Tanah Suci Makkah yang bermula dari angan-angan yang beralih kepada pengalaman berbulan madu. Dalam sesi ini, mereka berkongsi kisah tentang keajaiban, berkat, niat dan doa sepanjang perjalanan berbasikal ke Makkah.
Antara petikan menarik di sesi perkongsian 'Naura Shares - Edisi Haji' adalah:


Neelofa:
  • Saya sentiasa cuba jaga hati ibu saya untuk mendapatkan restu darinya. Saya selalu minta doa dari ibu saya. Kadang-kadang saya tulis siap-siap untuk dibaca olehnya, tinggal dia doakan sahaja. Kerana doa seorang ibu tiada hijab. Selagi dia ada, saya ingin memanfaatkan peluang ini supaya saya dapat berkat dan rahmah dari Allah SWT.
  • Saya tekad mahu jadikan kota Mekah ini tempat yang paling banyak saya ziarahi dalam hidup saya. Bila kita betulkan niat dan berdoa, Allah akan permudahkan. Bila kita pergi ke Mekah, kita perlu betulkan nawaitu kita. Kita pergi untuk rapatkan hubungan kita dengan Allah, untuk dapat rahmat-Nya dan mejadi orang yang lebih baik. Saya berniat mahu luangkan lebih masa dalam masjid kali ini [sewaktu ke sana untuk ibadah Haji nanti].

Adam Corrie:
  • Ujian pertama saya bila masuk Islam ialah saya di 'cut off' dan saya tak dapat 'job' untuk bertahun lamanya. Ingatlah, bila Allah SWT uji, itu tanda Allah sayang kita. Setiap kali saya balik dari umrah, saya tak dapat nak cerita perasaan saya. Jadi saya bawa orang lain pula untuk pergi ke umrah. Sesungguhnya Allah yang menjemput kita untuk menjadi tetamu-Nya.
  • Saya sudah 'revert' selama 12 tahun, Alhamdulillah. Kenapa saya lebih suka dipanggil 'revert' dan bukan 'convert'? Kerana setiap manusia dilahirkan dengan fitrah sebagai seorang Muslim. Maka, memeluk Islam bermakna saya kembali kepada fitrah.


Atu Zero:
  • Bila nak merungut, saya akan call mak saya. Mak saya selalu pesan, 'Atu yang berambut kembang, kurangkan merungut, banyakkan bersyukur. Mungkin bila Allah SWT hendak bagi kita sesuatu, Allah juga akan mengambil sesuatu. Dia tahu apa yang kita mampu hadapi. Kita perlu belajar bersyukur dengan apa yang Allah berikan.'
  • Dari kecil saya pasang niat, saya ingin bawa ibu bapa saya, satu keluarga pergi umrah. Mak saya seorang suri rumah manakala bapa saya seorang nelayan yang sangat istimewa. Bapa saya seorang yang bisu dan pekak. Saya ingat lagi, tiap-tiap hari saya bersama bapa, pergi memancing dengan dia, terbalik perahu dengan dia. Pada tahun 2012, berlepas ke Afrika Selatan untuk rakaman ‘Fear Factor, saya dapat panggilan dari abang saya mengatakan, 'Bapa sudah tiada'.
  • Hari pertama saya turun untuk buat Tawaf Sunnah. Bila saya tengok Kaabah, saya mula menangis dalam hati. Allah SWT pilih saya untuk sampai ke sini. Mak saya di sebelah menangis dan peluk saya.

Ahmad & Adilah:
  • Kami ini insan biasa yang diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengembara bersama berbasikal sebagai suami isteri sehingga sampai ke Mekah dengan selamat.
  • Nasihat yang kami terima yang setiasa kami ingat: 'Pergi sahaja dengan apa yang ada di tangan. Bertawakkal kepada Allah, Dia akan cukupkan.' Dalam perjalanan ke sempadan Thailand, ramai orang jemput tidur di rumah mereka, serta menghulurkan duit infaq sebaik kami bergerak keluar. Tiap hari, kami berdoa semoga Allah susun untuk berikan kami rezeki berjumpa dengan orang yang baik. Kita doa. Allah SWT makbulkan.

Bagi Edisi Haji ini, 'Naura Shares' akan bersiaran di Astro NAURA (saluran 125) mengikut ketetapan berikut:

  • Neelofa -  Jumaat, 9 Ogos 2019, 9 malam
  • Atu Zero - Jumaat, 16 Ogos 2019, 9 malam
  • Adam Corrie - Jumaat, 23 Ogos 2019, 9 malam
  • Ahmad & Adilah - Jumaat, 30 Ogos 2019, malam.

19 ulasan:

Nhazla Fikri berkata...

Nasihat yang bagus. Siapa yang cakap kena baik perangainya dulu baru boleh bagi nasihat kat orang lain salah ya. Tak kira dia siapa pun, ambillah nasihat nya yang baik-baik. Setiap manusia takkan terlepas daripada membuat dosa. Semoga Allah sentiasa menunjukkan setiap hambaNya ke jalan yang benar. Amin

Cik Min berkata...

Menarik kak rancangan ni. Memang rasa tak sabara lak nak tengok perkongsian diaorang semua

Ahmadi berkata...

Jika kita hayati perkongsian ini sebenarnya akan memberikan kita satu perasaan yang berbeza tau. tak tahu bagaimana nak ungkapkan, tapi sebagai seorang muslim ianya akan membuatkan hati kita terdetik dengan perkongsian puan dalam posting ini. Apa pun, terima kasih atas olahan perkongsian yang menarik cuma sayangnya saya tak tahu nak ungkapkan apa dan bagaimana gambaran sebenar hati saya ketika membaca satu persatu ayat dalam posting puan ni.

Atul Hamid berkata...

MasyaAllah, baru baca saja dah bergetar hati dan perasaan, belum lagi menonton di kaca tv atau secara langsung. Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih kerana letakkan juga siaran waktu tanyangannya nanti.

Marina Bashah berkata...

Perkongsian yang menarik. Hati tersentuh bila baca kisah-kisah mereka. Semoga Marina sentiasa membaiki diri lebih baik lagi

Julia Mahir berkata...

Bagus rancangan mcm Naura Shares ni. Perkongsian macam ni kdg kala boleh membuka hati org lain kan.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Semoga program lebih mendekat jiwa2 masyarakt Malaysia. Kerana program sebegni kurang di tv di Malaysia amnya.

Lin Liena berkata...

bagusnya rancangan ni..suka baca perkongsian dari artis2 jemputan...rasa rasa sebak pula..

Hanny Abdullh berkata...

Menarik ramcangan ni. Nak tengok lah nanti, jadikan sumber inspirasi diatas perkongsian dari mereka semua. Moga diri ini tidak terleka.

Cik Lily Putih berkata...

kene tunggu rancangan ni, bagus infonya sampai doa neelofa tuh jadi viral. dapat jugak invite tapi tak sempat nak pi lah

budakbandunglaici berkata...

oh video neolofar yang viral tu dari program ni la. baru lagi kiranya..ingatkan dah lama. bagus ada event bermanfaat begini, boleh timbang banyak input berguna terutama kepada generasi muda sekarang

Fadzi Razak berkata...

Saya tau pasal naurashare ni pun sebab viral doa yang neelofa share dalam program tu. doa yang pasal rezeki melimpah ruah tu

adianiez AIDA berkata...

menarik ni, kak fas.
malangnya aida x dpt nak tonton sebab x langgan naura.
maybe later surely ada yg kongsi di fb in shaa Allah.
aida lom lagi jejak kan kaki di tanah suci. menjadi cita2 utk ke sana sementara masih sihat.
sedang persiapkan diri ke arah tu.

Wai Yee aka Rane berkata...

I didn't know about 'Naura Shares - Edisi Haji' until this article. Thanks for the information. Congrats to all the celebrites for being the winners

Aerill Hassan berkata...

sebuah aktiviti dan program yg sangat bagus. banyak bnda yg boleh dijadikan sebagai pengajaran dan tauladan. semoga lebih banyak aktiviti sebegini dianjurkan. :) terima kasih share ya

Nadia Johari berkata...

ada anmpak iklan naura share ni tapi tak pernh dapat tengok..tak sangka cerita dia best je..lagi ramai yang share pasal doa nealofa tu

Siti Awadah berkata...

bagus perkongsian yang mcm ni.. hrp2 ada kesempatan utk tonton juga. program yg mcm ni secara x langsung boleh bg iktibar, boleh bg gambaran terutama utk yg tak pernah jejak kaki ke tanah suci. Seronoknya kalau dapat ke sana, tp awa takde rezeki lagi..

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Kita suka dengan perkongsian macam ni. Menerusi pengalaman orang boleh memotivasikan diri kita untuk menjadi yang lebih baik

Tekkaus berkata...

Good to know that every successful person has a humble beginning. May her story be an inspiration to all of us. :D