BAYU SOMERSET RAI ULANG TAHUN KE-4, KEMBALIKAN FENOMENA FESYEN 'CALANTHE'
BAYU Somerset, jenama fesyen yang berkembang pesat, meraikan ulang tahun keempat penubuhannya dengan kempen #somerSet4Fab, sekali gus melancarkan semula koleksi ikonik 'Calanthe Kurung'.
Sambutan istimewa itu diadakan di butik utama mereka di KL East Mall, sebuah lokasi yang melambangkan titik permulaan dan perjalanan luar biasa jenama tersebut.
Sejak penubuhannya pada tahun 2021, Bayu Somerset memulakan misinya dengan visi berani, menggabungkan siluet tradisional dengan corak yang berwarna-warni dan ekspresif bagi mentakrifkan semula cara wanita bergaya dalam fesyen modest.
Dengan aspirasi untuk menjadi jenama fesyen ‘past-forward’ terkemuka, Bayu Somerset mengetengahkan rekaan yang mudah diakses, inklusif, selesa dan sesuai digayakan setiap hari.
Dipacu oleh inovasi dan komitmen terhadap keterangkuman, jenama ini menghasilkan rekaan berinspirasikan seni yang menggabungkan estetik berani dengan keselesaan harian.
Misinya ringkas tetapi bermakna: mencipta helaian versatil, bergaya dan mesra bajet yang meraikan gaya dan cerita peribadi setiap wanita.
Pertumbuhan Bayu Somerset amat memberangsangkan di mana jenama ini telah berkembang daripada butik dalam talian kepada jenama kegemaran di seluruh negara.
Bayu Somerset kini memiliki 10 cawangan fizikal di Malaysia dengan sasaran untuk mencapai 15 cawangan menjelang akhir tahun ini.
Bukan itu sahaja, Bayu Somerset turut merancang untuk melebarkan sayap ke Singapura, Brunei dan Indonesia, menunjukkan ambisi globalnya.
Pengiktirafan terhadap pertumbuhan ini datang dalam bentuk anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant Award 2024.
Antara detik penting dalam perjalanan Bayu Somerset termasuk pelancaran koleksi ‘plus size’, kemunculan Molly – persona ceria jenama ini, serta pengenalan logo rasmi pada tahun 2023.
Di sebalik setiap pencapaian ini, satu mesej utama tetap jelas: fesyen perlu menggambarkan keyakinan, keselesaan dan budaya. Selari dengan semangat itu, Bayu Somerset terus kekal dengan identitinya yang penuh warna, ceria dan dekat dengan pelanggan.
Daripada semua koleksi, Calanthe Kurung meninggalkan impak yang paling besar. Kali pertama dilancarkan pada Jun 2024, ia habis terjual dalam masa dua hari sahaja dan segera menjadi lebih daripada sekadar pakaian untuk hari raya.
Dengan potongan yang menawan, warna-warna ceria dan gaya yang mudah disuai padan, ia diberi gelaran “Baju Awam” — kurung harian pilihan ramai wanita dari pelbagai latar belakang.
Fenomena ini mencetuskan ‘The Calanthe Movement’ — komuniti wanita yang bersatu kerana satu rekaan yang membuat mereka rasa dihargai, yakin dan cantik dengan cara tersendiri.
Kini, sempena ulang tahun istimewa ini, Bayu Somerset memperkenalkan semula Calanthe Kurung, bukan sekadar pelancaran semula tetapi dengan sentuhan baharu melalui warna ‘soft pink’.
Lembut, segar dan feminin, pilihan warna ini menambah dimensi baharu pada rekaan yang sudah pun menjadi kegemaran ramai.
“Kami sentiasa percaya bahawa fesyen harus rasa macam diri sendiri,” kata Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset yang juga pengasas bersama suaminya, Mohamad Emir Mohamad Fauzi selakau Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset pada majlis pelancaran tersebut.
Tambah Dania atau penuh penuhnya Siti Nurdiana Kamalul Ariffin. “Calanthe Kurung' jadi istimewa kerana pelanggan yang menjadikannya begitu. Daripada baju raya ke baju awam, daripada satu rekaan jadi satu pergerakan. Pelancaran semula ini adalah cara kami meraikan mereka.”
Pada asasnya, Bayu Somerset bukan sekadar jenama pakaian—ia adalah perayaan terhadap keunikan, kreativiti dan keyakinan diri.
Sepanjang perjalanannya, jenama ini telah bereksperimen dengan warna-warna berani, mencabar batas, dan kekal setia pada identiti hibrid antara budaya dan moden.
Pendek kata, dalam lautan fesyen yang monokrom, Bayu Somerset berani untuk menyerlah.
Sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-4, para pelanggan yang hadir diberikan potongan harga RM30 bagi setiap pembelian minima bernilai RM200.
Majlis tutuy diraikan dengan acara memotong kek hari jadi, persembahan fesyen ‘Calanthe’ serta tarian daripada gadis-gadis yang bergaya dengan koleksi Calanthe menandakan ia pakaian yang selesa diguna untuk apa acara sekali pun.
Ketika berada meraikan pelancaran Kak Fas tertanya-tanya juga apa maksud ‘Calanthe’?
“Ia sejenis nama bunga,’ jawab pengacara majlis.
Oh bila di google baharulah tahu bahawa Calanthe, biasanya dikenali sebagai nama orkid Krismas, tergolong di dalam kira-kira 220 spesies orkid dalam keluarga Orchidaceae.
Selamat Hari Jadi Bayu Somerset!
#BayuSomerseet #KLEastMall #KoleksiCalanthe #SomerSet4Fab #ForYouPage






Tiada ulasan:
Catat Ulasan