'PICNIC IN THE PARK' KEMBALI DALAM SKALA BESAR, LEBIH MERIAH!
SURIA KLCC menghidupkan semula acara ikoniknya yang memenangi anugerah, “Picnic in the Park”, yang kini kembali dengan skala lebih besar dan konsep baharu sebagai sebuah festival luar penuh warna-warni.
Setelah berpeluang menghadiri acara ikonik ini buat kali ketiga, edisi 2025 ini terbukti menjadi yang paling mempesonakan dan memukau.
Berlangsung dari 4 hingga 6 Julai ini, bertempat di Esplanade KLCC dan Taman KLCC, ‘Picnic in the Park’ menawarkan pengalaman makan al-fresco, hiburan muzik, aktiviti gaya hidup serta momen-momen ajaib di tengah-tengah kota raya.
Edisi 2025 ini tampil lebih menarik dengan dekorasi moden rustik, stesen solekan ‘Glam Bar’ untuk penampilan bergaya, serta van retro combi yang berfungsi sebagai gerai makanan ringan dan lokasi bergambar yang Instagram-worthy.
Ia dibuka kepada pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM3,000 dalam dua resit di Suria KLCC antara 13 hingga 29 Jun lalu, dengan hanya empat orang ditawarkan untuk menikmati pengalaman ‘Picnic in the Park’ bersama baucar makanan dan minuman bernilai RM80.
Berlangsung setiap hari dari jam 4 petang hingga 9 malam, acara ini mengehadkan penyertaan kepada hanya 75 kumpulan setiap hari bagi memastikan suasana yang eksklusif dan selesa buat para tetamu.
Setibanya di Esplanade KLCC, kesan segera yang dirasakan adalah keanggunan perayaan.
Kawasan tersebut, dihiasi dengan kanopi lut sinar dan kehijauan pasu yang subur, memancarkan daya tarikan yang mengalu-alukan.
Setelah pendaftaran, tetamu akan menerima kad peta jalan, dan bakul berkelah yang disediakan rapi dengan pelbagai barangan keperluan dan hadiah seperti dari Toys “R” Us, Remax, Kiehl’s, MAC dan HOKA.
Perjalanan bermula di Stesen Glam Bar yang menawarkan aktiviti seperti lukisan wajah kreatif, aksesori manik buatan tangan, serta stesen minuman DIY dan sudut rasa kopi.
Tidak ketinggalan juga photobooth dengan cetakan gambar tanpa had sebagai kenangan.
Menikmati keindahan Taman KLCC seterusnya. anda pasti terpesona dengan hiasan dekorasi macramé, khemah tipi, dan persediaan piknik bertemakan warna tanah yang estetik.
Para tetamu boleh menikmati hidangan lazat daripada restoran terkenal seperti Imperial Chakri Palace, TGI Fridays, Sakana, All About Chew, Eight Ounce Coffee Co dan Gong Cha sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel peribadikan beg tote dan permainan gelembung gergasi — aktiviti yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.
Antara tarikan utama lain termasuk kerusi buaian rotan dan kawasan bergambar eksklusif yang direka untuk mencetuskan detik-detik ‘Instagrammable’ buat para pengunjung.
Apabila senja tiba, pentas utama festival di Bukit Taman KLCC menjadi tumpuan utama.
Dikelilingi oleh struktur makramé setinggi 10 kakim ia menjadi latar unik menakjubkan untuk pelbagai persembahan muzik di mana barisan artis daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), pemuzik jalanan, dan kumpulan gendang yang membawa pelbagai irama — menghidupkan suasana sekali gus memukau penonton secara berterusan.
Setiap malam festival ditutup dengan persembahan pancuran air Lake Symphony yang menawarkan finale visual yang spektakular dan penutup sempurna kepada pengalaman penuh magis.
Jadi, bagi pengunjng yang berjaya memperoleh undangan istimewa ini jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman ‘Picnic in the Park’ini sebelum ia berakhir pada 6 Julai ini,
Percayalah memang best berpiknik dalam suasana santai dan glam bahkan setiap tahun Kak Fas menantikan ketibaannya hihi…
Semuanya direka dengan teliti untuk menginspirasi detik-detik yang bernilai untuk kandungan sosial media anda sebagaimana hasrat dan harapan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. Francis Tan berkata:
“Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui membeli-belah. 'Picnic in the Park' adalah cara kami meraikan pembeli-belah kami dengan menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa: percutian yang dikurasi dengan teliti di tengah-tengah bandar,”
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari www.suriaklcc.com.my serta www.facebook.com/SuriaKLCCMall.
#PicnikInThePark #SuriaKLCC #TamanKLCC #EsplanadeKLCC #Santai #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan