Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOLISTIC WAY LANCAR EMPAT PRODUK SUPLEMEN KESIHATAN TERBAHARU!


DALAM
 landskap kehidupan moden yang pantas dan mencabar, semakin ramai individu beralih fokus kepada kepentingan penjagaan kesihatan jangka panjang dan pengekalan kecergasan fizikal harian. 


Menyedari keperluan kritikal ini, Holistic Way, jenama kesihatan yang ditubuhkan oleh Ricky Ong di Singapura pada tahun 2007 dengan berpegang teguh pada prinsip “Kesihatan Dalam Harmoni”, melancarkan empat produk suplemen kesihatan terbaharu yang diformulasikan khusus untuk pasaran Malaysia. 


Rangkaian inovatif ini direka untuk menyediakan sokongan menyeluruh dalam aspek penjagaan sendi, peningkatan tenaga selular, pengambilan serat pemakanan, dan detoksifikasi dalaman, sekali gus menyokong gaya hidup sihat dan cergas untuk semua peringkat usia.


Majlis pelancaran produk berkenaan yang berlangsung di Farenheit 88 diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu kehormat, termasuk Ricky Ong, Pengarah Urusan JR Life Sciences; Jeffrey Kee, Pengarah Holistic Way Sdn. Bhd; Sheryn, Ketua Komersial Bahagian Penjagaan Kesihatan Guardian dan Lee CH, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Pavillion KL.



Empat produk  terseebut merangkumi Super ActiveFlex with UC-II®, yang diformulasikan untuk menangani masalah kekakuan lutut dan ketidakselesaan sendi. 


Produk ini mengandungi kolagen jenis II tidak denaturasi (UC-II®) yang terbukti secara klinikal lebih berkesan daripada glukosamin dan kondroitin, membantu meningkatkan kelenturan dan fleksibiliti sendi, sesuai untuk warga emas dan golongan muda yang ingin mencegah masalah sendi secara awal.



Produk kedua adalah BiO-NMN Long-evity, yang mengandungi NMN (Nicotinamide Mononucleoside), bahan aktif yang menyokong kesihatan sel dan melambatkan proses penuaan. 


Ia membantu membaik pulih sel dan meningkatkan penghasilan tenaga dalaman, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sering letih, tidak fokus, atau mudah hilang daya tumpuan.



Seterusnya, Super Barley Wheat Greens direka untuk memudahkan pengambilan serat pemakanan harian. Setiap sachet menyediakan nutrien daripada 14 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti rumput barli, rumput gandum, lobak merah, dan bayam. 


Produk ini kaya dengan serat larut dan tidak larut yang dapat menyokong sistem penghadaman dan kesihatan usus, membekalkan nutrien semula jadi dan sumber tenaga dalam pengambilan serat harian secara mudah dan cepat.


Akhir sekali, Super Greens D-Tox Enzymes merupakan formula detoksifikasi yang menggabungkan khasiat sayuran hijau bersama pelbagai enzim pencernaan serta julap semula jadi seperti ekstrak daun senna. Ia dapat membantu mempercepat pergerakan usus dan mengekalkan kelancaran sistem dalaman, membantu tubuh kekal ringan dan cergas setiap hari.



Pendek kata, empat produk baharu berkenaan menekankan “kesihatan bermula dari dalam” dengan ramuan berasaskan tumbuhan, disokong oleh sains, terbukti selamat dan boleh dipercayai. 


Sama ada anda ingin kekal aktif, menua dengan sihat, atau sekadar ingin berasa cergas setiap hari, Holistic Way menyediakan sokongan yang selamat dan berasaskan bukti untuk membantu anda menikmati hidup sepenuhnya. 


Sebagai jenama di bawah naungan JR Life Sciences, Holistic Way terkenal dengan komitmen terhadap kualiti dan inovasi dalam bidang pemakanan tambahan. 


Kini, dengan ibu pejabat di Singapura, Holistic Way telah berkembang menjadi salah satu pengimport dan pengedar produk nutrisi yang paling dipercayai di rantau ini. 



Rangkaian produknya merangkumi vitamin, mineral, dan suplemen pelbagai fungsi yang digabungkan dengan kajian nutrisi terkini serta kawalan kualiti yang ketat. 


Lebih daripada sekadar menjual produk, Holistic Way turut aktif dalam usaha membina komuniti sihat melalui penggunaan teknologi seiring dengan nilai kasih sayang, justeru membentuk cara hidup yang lebih sihat dan penuh kemesraan.


Kini, kesemua produk ini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian di seluruh negara, serta di kedai rasmi Holistic Way di Shopee dan Lazada.



#HolisticWay #KesihatanDalamHarmoni #ProdukKesihatam #Tumbuhan #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan