JOM! KUNJUNGI WATSONS BEAUTOPIA 2025, RASAI PENGALAMAN IMERSIF!
WATSONS Malaysia kembali menghangatkan industri kecantikan dan kesihatan negara dengan penganjuran acara tahunan terbesarnya, Watsons Beautopia 2025, yang berlangsung dari 3 hingga 6 Julai di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya.
Ekspo yang dinanti-nantikan ini menghimpunkan lebih 150 jenama tempatan dan antarabangsa, menjadikannya antara acara paling komprehensif dan imersif yang pernah dianjurkan oleh peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di Malaysia itu.
Dengan ruang pameran yang lebih besar dan kandungan acara yang lebih berani, Beautopia 2025 mengetengahkan pengalaman menyeluruh kepada para pengunjung melalui pelancaran produk eksklusif, aktiviti interaktif serta sesi perkongsian ilmu dan inspirasi daripada pakar industri.
Ia bukan sekadar platform pameran, malah menjadi satu perayaan kecantikan dalam pelbagai bentuk yang meraikan keunikan individu, inovasi dan keterangkuman.
“Watsons Beautopia 2025 bukan sekadar sebuah acara – ia adalah satu sambutan keindahan dalam pelbagai bentuk. Kami berbangga untuk mempersembahkan platform yang menghimpunkan inovasi kecantikan global, semangat komuniti dan pengalaman penemuan yang unik. Ini adalah bukti komitmen berterusan kami untuk menjadi rakan kecantikan dan kesihatan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Health & Beauty Asia, AS Watson Group pada majlis pelancarannyya yang berlangsung di lokasi terbabit.
Turut hadir duta-duta Watsons seperti penyanyi dan pelakon. Ayda Jebat dan personaliti media sosial, Chan Phei Yong serta Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh.
Menampilkan pelbagai jenama popular dari trend kecantikan utama seperti K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty dan M-Beauty, ekspo ini turut mempamerkan rangkaian luas produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, penjagaan diri dan kesihatan.
Para pengunjung berpeluang mencuba sendiri produk di stesen ujian, menyertai demonstrasi dan tutorial secara langsung, menjalani analisis kulit dan kulit kepala, serta mendapatkan solekan dan dandanan profesional daripada pakar industri kecantikan.
Semua ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik dan memperkasakan pengunjung dalam memahami keperluan dan pilihan kecantikan masing-masing.
Untuk menjadikan pengalaman ini lebih menarik, Watsons turut menawarkan ganjaran eksklusif.
Semua tetamu yang hadir dengan RSVP menerima baucar e-tunai RM10, manakala ahli W Rewards boleh menebus produk dan baucar menarik.
Pembeli juga akan menerima hadiah dengan pembelian (Gifts with Purchase) dengan perbelanjaan minimum RM100 dan ke atas, satu insentif yang meningkatkan lagi daya tarikan acara ini kepada para pengguna.
Sama ada anda peminat penjagaan kulit, pengamal gaya hidup sihat atau pemburu trend kecantikan dan inovasi baharu, Watsons Beautopia 2025 adalah destinasi utama untuk meneroka dan menikmati yang terbaik dalam dunia kecantikan.
Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal ke ekspo ini, produk daripada jenama-jenama yang terlibat turut boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara serta menerusi platform e-dagang Watsons.
Jadi, jom..... jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman kecantikan dan kesihatan terbesar di Malaysia tahun ini waima acara ini dijangka menarik ribuan pengunjung dari seluruh Malaysia, sekali lagi menegaskan kedudukan Watsons sebagai destinasi utama kecantikan dan kesihatan di negara ini.
#WatsonsMalaysia #WatsonsBeautopia2025 #IOIMall #AydaJebat #PheiYong #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan