Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EVER COLLAGEN LANCAR RANGKAIAN PRODUK BAHARU BERSAMA WATSONS!


JENAMA
kecantikan dalaman premium dari Korea, Ever Collagen, terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia dengan pelancaran tiga produk terbaharu — Ever Collagen Hair, Ever Collagen Fit dan Ever Collagen Wite. 


Ini merupakan pelancaran sulung rangkaian baharu Ever Collagen di luar Korea, menandakan satu pencapaian penting dalam pengembangan jenama di peringkat global.


Menambah kemeriahan pelancaran, Ever Collagen turut memperkenalkan duta terbaharunya, Shiyo, seorang pempengaruh kecantikan yang semakin menyerlah di Malaysia. 


Shiyo menyertai Han Xiiao Aii, yang telah menjadi wajah rasmi jenama sejak awal kemasukannya ke pasaran tempatan.


“Penjagaan kecantikan semakin menjadi keutamaan rakyat Malaysia dalam menempuhi ragam dinamik kehidupan masa kini. Kerjasama dengan Newtree Ltd ini adalah komitmen Watsons Malaysia dalam menawarkan penjagaan luar dan dalam yang sempurna melalui penjualan tiga produk baharu ini di cawangan Watsons dan secara atas talian,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, merangkap Ketua Operasi Kesihatan dan Kecantikan Asia, AS Watson pada majlis pelancaran yang berlangsung di Mid Valley Megamall baru-baru ini.



Ketiga-tiga produk baharu ini diformulasi hasil penyelidikan dan inovasi termaju dari Korea, yang masing-masing menyasarkan keperluan kecantikan yang berbeza.


Ever Collagen Hair difokuskan kepada penjagaan rambut dan kulit kepala, sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut menipis atau rapuh. 


Sementara itu, Ever Collagen Fit membantu menyokong usaha pelangsingan badan serta meningkatkan kadar metabolisme, manakala Ever Collagen Wite pula dirumus untuk membantu pencerahan kulit dan menyerikan tona kulit agar kelihatan lebih sekata dan sihat.


Semua produk rangkaian Ever Collagen diformulasi dengan kolagen bermolekular ringan dan mudah diserap dan mudah diamalkan setiap hari, menjadikan jenama ini pilihan tepat untuk dunia yang sibu



“Kami amat teruja untuk berkongsi tiga produk baharu bagi keperluan kecantikan yang berbeza-beza, Pasaran Malaysia cukup penting buat kami, dan kolaborasi bersama Watsons Malaysia dan duta-duta adalah langkah terbaik dalam penawaran produk ini,” ” kongsi Kim Ji-Hoon, Pengarah Jenama Global di Newtree Ltd:- pemegang jenama Ever Collagen. 



Bersempena dengan pelancaran semua produk rangkaian Ever Collagen, Watsons menawarkan  promosi menarik termasuk diskaun PWP sebanyak 30% atau harga serendah RM25.13 untuk setiap produk Ever Collagen di semua cawangan Watsons di seluruh negara dan di platform dalam talian rasmi mereka. 



Pengguna juga boleh mengunjungi pameran khas Ever Collagen yang berlangsung di East Atrium, Mid Valley Megamall dari 30 Jun hingga 6 Julai 2025, yang menjanjikan pelbagai ganjaran menarik seperti beli 3 percuma 1, hadiah percuma dengan setiap pembelian serta peluang menyertai cabutan ‘Putar & Menang’ bagi setiap pembelian RM80 ke atas.


Untuk maklumat lanjut, layari https://www.watsons.com.my//ever-collagen.



#WatsonsMalaysia #EverCollagen #Shiyo #HanXiiaoAii #Produk #ForYouPage

Tiada ulasan:

Catat Ulasan