Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI KERTAS UNDI KE TROLI BELI-BELAH: MYDIN BAWA DEMOKRASI PRODUK KE PASAR RAYA!


KETIKA rakyat Malaysia sedang menghitung hari dan mengikuti perkembangan arena politik negara yang sentiasa hangat dengan persiapan pilihan raya, sebuah "pilihan raya" yang berbeza kini dilancarkan, menjanjikan ganjaran lumayan dan kuasa memilih di tangan pengguna. 


Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), sebagai rangkaian peruncit dan pemborong halal terbesar tempatan, mengorak langkah inovatif dengan memperkenalkan Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 yang bertemakan "Pilihan Rakyat, Harga Rakyat". 


Kempen inovatif ini yang dilancarkan di MYDIN USJ pada semalam, 22 Julai 2025, bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban ekonomi semasa yang dihadapi rakyat, malah turut menawarkan pengalaman unik seolah-olah terlibat dalam proses demokrasi sebenar, namun berpusat kepada jenama produk kegemaran.



Kempen yang julung kali diadakan ini menjanjikan pelbagai ganjaran menarik serta diskaun hebat dengan nilai keseluruhan mencecah RM6.8 juta kepada seluruh rakyat Malaysia.


Ia merangkumi promosi istimewa seperti "Janji PWP Ditepati" dan "Manifesto Ahli Meriah", yang direka untuk memberikan nilai tambah maksimum kepada setiap pembelian sekali gus membuktikan komitmen MYDIN terhadap kesejahteraan pengguna.



Aspek paling menarik dalam kempen ini adalah peluang kepada pelanggan MYDIN untuk "mengundi" jenama produk kesukaan mereka, meniru suasana pilihan raya sebenar. 


Sebanyak 26 "kerusi Parlimen" dan 85 "kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)" telah "dipertandingkan" oleh pelbagai jenama yang mengambil bahagian. 



Jenama yang berjaya mengumpul undian tertinggi akan diberi gelaran "YB" atau Yang Berharga, sebagai simbol pengiktirafan daripada pengguna.


Mekanisme undian dipermudahkan untuk memastikan penyertaan meluas.


Fasa pengundian fizikal akan bermula dari 24 Julai hingga 31 Ogos 2025, di mana\ setiap pembelian satu unit produk daripada jenama yang mengambil bahagian di mana-mana cawangan MYDIN akan dikira sebagai satu undi. 


Kemudian, dari 1 hingga 16 September 2025, pelanggan boleh meneruskan "pengundian" mereka secara dalam talian melalui aplikasi MYDIN Rewards,  memastikan kemudahan akses kepada semua.


Bagi menyemarakkan lagi kempen, MYDIN memperkenalkan tiga inisiatif utama yang akan memberi manfaat langsung kepada pelanggan. 



Pertama, di bawah inisiatif "Ganjaran Rakyat", pelanggan yang mengundi melalui aplikasi MYDIN Rewards dalam tempoh 1 hingga 16 September 2025 berpeluang menerima baucar dan pulangan tunai berjumlah lebih RM400,000. 


Kedua, melalui inisiatif "Cashback Rakyat” pula akan membolehkan pelanggan yang berbelanja menggunakan e-dompet terpilih seperti Atome, Boost, MCash, SPayLater, Shopback, dan Setel, menikmati diskaun serta pulangan tunai sehingga RM300,000 di semua pasar raya MYDIN, bermula 25 Julai hingga 5 Oktober 2025. 



Akhir sekali, dalam inisiatif "Rezeki Rakyat", pelanggan yang mengundi produk pilihan mereka berpeluang menikmati promosi eksklusif dan diskaun bernilai sehingga RM1.68 juta, termasuk penyertaan dalam peraduaPiln bersama jenama yang bertanding serta permainan Cash Out menerusi MYDIN Pay.


Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 akan berlangsung di semua cawangan MYDIN di seluruh negara, termasuk platform dalam talian MYDIN, dari 24 Julai hingga 6 Oktober 2025.



Kemuncak kempen yang dinanti-nantikan adalah pengumuman rasmi keputusan Pilihan Raya MYDIN pada 18 September 2025. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai kempen ini, orang ramai digalakkan untuk melayari laman web rasmi MYDIN di www.mydin.my atau mengikuti saluran media sosial MYDIN Malaysia.



#MYDIN #PilihanRakyatHargaRakyat #KempenPilihanRaya #RezekiRakyat #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan