Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RACTAR TERIMA RM10K, KEMPEN 'KITA BAWA SARAPAN YANG BERMAKNA'


NESTLE Koko Krunch bersama rangkaian pasar raya tempatan terkemuka, MYDIN, baru-baru ini berganding bahu menganjurkan satu acara istimewa di MYDIN USJ yang menceriakan hari kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).


Acara ini merupakan sebahagian daripada kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna”, bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membesar dengan sihat bukan sahaja melalui pemakanan seimbang, malah melalui pengalaman positif yang membina emosi dan kreativiti mereka.


Kanak-kanak dari rumah amal tersebut diraikan dalam sesi pertandingan mewarna yang penuh warna-warni dan mesra, sambil disertai aktiviti interaktif lain termasuk permainan, seni pasir, dan gerai mencuba produk yang disediakan oleh pihak penganjur.


Menurut Encik Philip Joe, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Cereal Partners Worldwide (CPW) Malaysia & Singapura, acara ini merupakan cerminan nilai murni yang dibawa oleh Nestlé.



“Di Nestlé, kami percaya permulaan hari yang baik bukan sekadar sarapan yang berkhasiat, tetapi juga berkongsi kebaikan dengan komuniti sekeliling. Kami berasa amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama anak-anak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah dan berharap sumbangan kecil kami dapat membawa sedikit keselesaan kepada mereka. Kerjasama bersama MYDIN ini memperkukuh komitmen kami dalam mencipta nilai bersama kepada masyarakat yang kami layani,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Kita Bawa Sarapan yang Bermakna' tersebut.


Sebagai tanda sokongan berterusan terhadap kebajikan harian penghuni rumah amal tersebut, Nestlé Koko Krunch turut menyumbangkan RM10,000 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.


Pelancaran disempurnakan bersama Michelle Ng Mei Sze, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya; Datuk Wira  Hj. Ameer Ali, Pengarah Uruan MYDIN serta Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd selaku Pengarah MYDIN Mohamed Holdings Bhd.


PENTADBIR & Pengurus RACTAR, Noor Haslinda Razali  (kiri) menerima sumbangan RM10,000 daripada Michelle Ng, Philip Joe, Hj Ameer Ali dan Hajah Siti Hawa.


Kesemua tetamu kehormat kemudiannya  meluangkan masa bersama kanak-kanak sepanjang program berlangsung, memperlihatkan keprihatinan dan sokongan mereka  terhadap usaha murni ini.


Sementara itu, Ameer Ali, menyatakan kebanggaan pihaknya dapat terlibat dalam program yang menghubungkan komuniti dengan cara yang bermakna.


“Sebagai peruncit tempatan yang sentiasa dekat dengan rakyat, kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada inisiatif yang membawa keluarga dan komuniti bersama-sama. Usaha kecil seperti ini mampu memberi impak besar apabila dilakukan secara bersama,” jelas beliau.


Selesai sesi bersama rumah amal, pertandingan mewarna dibuka kepada orang awam, menjadikan MYDIN USJ sebuah pusat aktiviti keluarga yang meriah sepanjang hari. 


Acara ini juga merupakan sebahagian daripada Pertandingan Mewarna Kelab Koko Kraf, satu inisiatif berterusan yang dianjurkan di pelbagai lokasi runcit seluruh negara bagi menggalakkan kanak-kanak mengekspresikan diri melalui seni.



Sebagai tambahan, sebahagian hasil jualan bijirin sarapan Nestlé di semua cawangan MYDIN seluruh negara akan disalurkan bagi menyokong Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.


Kempen ini turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program Kelab Koko Kraf, yang sejak sekian lama memainkan peranan dalam memperkasa kreativiti kanak-kanak menerusi seni dan kraf. 



Tahun ini, kelab tersebut juga akan menganjurkan pertandingan kolaj peringkat kebangsaan yang terbuka kepada semua sekolah rendah di Malaysia.


Dengan pendekatan menyeluruh yang menyentuh aspek pemakanan, kreativiti dan kebajikan, Nestlé Koko Krunch dan MYDIN membuktikan bahawa usaha bersama mampu mencetuskan perubahan positif dalam kehidupan anak-anak dan masyarakat setempat.



#MYDINMohamedHoldings #NestleKokoCrunch #KitaBawaSarapanYangBermakna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan