Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MINGGU SERI-IBU KRAF CIMB DILANCAR, TENGKU AMPUAN PAHANG JADI INSPIRASI PENGGIAT WARISAN!



MENJELANG
Ramadan dan Syawal, KLGCC Mall bertukar menjadi pentas penuh warna dan inspirasi apabila CIMB Group Holdings Berhad melancarkan Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB, sebuah inisiatif yang bukan sahaja meraikan seni kraf tempatan, malah membuka peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang, berinovasi dan menembusi pasaran lebih luas.


Program berskala besar yang menghimpunkan usahawan kreatif, pereka fesyen serta penggiat kraf dari seluruh negara itu dirasmikan oleh Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, diiringi Pengerusi CIMB Group, Datuk Syed Zaid Albar (dua dari kiri), Pengarah Urusan Serai Group, Datuk Mohd Najib Abdul Hamid (kiri), Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Dato Seri Azmir Meriican (kanan) serta Atlet Sukan Pemotoran dan rakan jenama CIMB, Amer Harris Jefry (empat dari kanan).


Keberangkatan baginda disifatkan amat bermakna dan menjadi suntikan semangat kepada penggiat seni, usahawan serta pihak industri yang hadir.



Syed Zaid Albar dalam ucapan alu-aluannya menyifatkan keprihatinan dan minat mendalam Tengku Ampuan Pahang terhadap seni, budaya dan warisan sebagai sumber inspirasi kepada penganjuran program tersebut.


Katanya,Tengku Ampuan Pahang sebelum ini pernah menyampaikan titah diraja yang menyentuh hala tuju warisan negara dalam program 'CIMB Artober: Art & Soul'. 


“Pada November lalu, baginda turut mencipta sejarah apabila menyampaikan ucaptama bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan” di Universiti Oxford, sekali gus menjadi permaisuri diraja Malaysia pertama berbuat demikian. 


“Justeru, penggunaan gelaran “Ibu” dalam Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB disifatkan simbolik kepada peranan baginda sebagai pelindung, inspirasi dan pemangkin kelestarian warisan bangsa,” ujar Syed Zaid Albar.


Acara  turut diserikan dengan pertunjukan fesyen dan pameran karya kraf artisanal merangkumi tekstil, kayu, kaca, logam dan pelbagai medium lain serta penyertaan komuniti Cake Piknik yang menghimpunkan usahawan wanita kreatif melalui bengkel dan sesi inspirasi. 



Lebih 30 butik dan jenama kreatif tempatan mengambil bahagian, mempamerkan hasil rekaan terbaik mereka kepada pengunjung.termasuk nama-nama besar seperti Radzuan Radziwill, Tom Abang Saufi dan Pink Jambu, mempamerkan koleksi eksklusif mereka yang dianggap sebagai karya agung. 


Pengunjung juga boleh melihat sendiri keindahan tenunan dan anyaman daripada pengeluar tersohor seperti Terengganu Songket dan Tanoti yang turut mengambil bahagian.


Sepanjang acara berlangsung, siri sesi jaringan di bawah program Saudagar CIMB bakal menjadi tumpuan buat kira-kira 300 PKS daripada pelbagai sektor. 


Peserta berpeluang mendalami ilmu pengurusan perniagaan yang kritikal seperti pengurusan aliran tunai, strategi penjenamaan, serta penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan skala pengeluaran ke peringkat eksport. 



Turut memeriahkan suasana ialah penyertaan Yayasan Hasanah yang memperkenalkan geran perniagaan serta bengkel kreatif daripada komuniti Cake Piknik manakala panel pakar CIMB pula bersedia untuk menyediakan pandangan pakar tentang perniagaan PKS dalam semua peringkat kitaran hidup.


CIMB turut bekerjasama dengan Sime Darby Property dalam penganjuran Piala Seri-Ibu Kraf yang mempertandingkan enam kategori bagi mengiktiraf keunggulan karya seni kraf tempatan.


Antara kategori istimewa ialah “The Queen’s Choice” yang akan dipilih sendiri oleh Tengku Ampuan Pahang, dengan karya terpilih dipamerkan di ruang legar acara dan majlis penyampaian hadiah berlangsung pada hari ini, 9 Februari 2026. 


Selain itu, undian untuk pemenang kategori Anugerah 'The People's Choice' masih terbuka sehingga tarikh tutupnya pada 1 Mac depan. Maklumat lanjut boleh layari laman web www.simedarbyproperty.com/malls/klgcc-mall/piala-seri-ibu-kraf.


TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan Anugerah Khas Seri-Ibu kepada Norita Abas atas rekaan Songket Kilauan Warisan  (sebelah kanan) yang dihasilkannya menggunakan kaedah tradisional tanpa bantuan mesin. Norita membawa pulang hadiah RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.


Dalam pengumuman yang turut disambut baik para peserta, penganjur memaklumkan bahawa Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB yang sepatutnya berakhir pada 15 Februari dilanjutkan sehingga 1 Mac 2026. 


Sepanjang tempoh tersebut, usahawan yang terlibat diberi peluang berniaga tanpa sebarang kos tambahan, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk mereka mempromosi produk dan memperkukuh jenama.


Inisiatif ini juga menyemarakkan gerakan sosial CIMB “Kita Bagi Jadi” yang meraikan daya tahan, optimisme dan semangat positif rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan PKS yang terus berusaha memajukan perniagaan sambil mengekalkan kreativiti dan identiti warisan.



Sementara itu, Ketua Pegawai Ecsekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin, menegaskan bahawa ‘Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB’ ini merupakan manifestasi komitmen bank dalam mencipta nilai jangka panjang buat komuniti perniagaan. 


“Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB mengukuhkan komitmen CIMB untuk memperkasa PKS dengan menyediakan platform yang menyokong penambahbaikan kebolehan, pembinaan jaringan dan penciptaan nilai jangka panjang. 


“Dengan menyokong keusahawanan dan kraf Malaysia dalam bentuk kontemporari dan warisan, kami mahu membantu perniagaan menjadi mampan sementara memelihara reka seni ini untuk generasi mendatang selari dengan matlamat kami dalam memperkasa pelanggan dan masyarakat atau Advancing Customers and Society,” ujarnya.


Dalam pada itu, sempena menyambut Ramadan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, para pengunjung disajikan dengan pilihan menarik dan baharu untuk kelengkapan Hari Raya daripada koleksi yang mewah dan imaginatif sedia untuk jualan. 

Dari 1 Februari – 30 April 2026, pemegang kad CIMB boleh menikmati 10% diskaun untuk perbelanjaan minimum RM1,000 dalam satu resit menggunakan mana-mana kad debit, kredit atau prabayar CIMB di semua peniaga kraf dan butik terlibat. Tertaktuk terma dan syarat. 

Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB dijalankan bermula 4 Februari hingga 1 Mac 2026, daripada 10.00 pagi hingga 10.00 malam di aras 3, KLGCC Mall, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma untuk orang ramai. 



#MingguSeriIbuKrafCIMB #CIMB #KLGCCMall #PKS #TengkuAmpuanPahang #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan