Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

‘BERSAMA LAGI JADI' TARUHAN ASTRO ANGKAT MESEJ KEKELUARGAAN!


STESEN
penyiaran berbayar tanah air, Astro, sekali lagi membuktikan dominasinya dalam ruang gaya hidup digital dengan melancarkan kempen Ramadan 1447H yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia menerusi tema ‘Bersama Lagi Jadi’. 


Inisiatif tahun ini bukan sekadar mengejar rating, malah menjadi jambatan yang menghubungkan kemesraan kekeluargaan menerusi ekosistem kandungan menyeluruh merangkumi televisyen, radio, platform digital, serta aktiviti turun padang yang disusun rapi untuk seisi keluarga.


Naib Presiden Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand Astro, Azlin Reza Azmi, menyifatkan tema kali ini sebagai satu refleksi terhadap keindahan detik Ramadan dan Aidilfitri yang hanya akan terasa lengkap apabila diraikan secara berjemaah atau bersama insan tersayang. 



Aura kempen ini turut diperkukuhkan lagi dengan kehadiran barisan duta berpengaruh seperti pelawak tersohor Zizan Razak, kumpulan tular ALPHA, Sharifah Shahira, dan bintang muda Auddra yang akan menjadi wajah utama sepanjang musim perayaan ini:


Zizan Razak bakal memeriahkan suasana menerusi program-program variasi dan komedi, terutamanya dalam pengisian yang memerlukan interaksi spontan bersama penonton. 


Beliau dijangka akan membuat kemunculan istimewa dalam program seperti MeleTOP Moreh dan juga terlibat dalam beberapa aktiviti padang untuk mendekati peminat di bazar Ramadan.


ALPHA akan lebih fokus kepada kandungan digital dan radio. Mereka akan terlibat secara aktif dalam kempen media sosial Astro Gempak serta pengisian di stesen radio ERA untuk menarik penyertaan golongan muda dalam aktiviti amal dan peraduan khas Ramadan seperti Keratan ERA Sabah dan Raya Support Local.



Sharifah Shahira akan menjadi penggerak utama bagi aktiviti lapangan dan radio. Beliau akan mengetuai inisiatif JOHN SINAR di radio SINAR, di mana beliau akan turun padang untuk mengagihkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai. Selain itu, kepetahan beliau juga boleh diikuti menerusi program bual bicara santai di televisyen.



Auddra pula akan banyak terlibat dalam mempromosikan kandungan drama dan gaya hidup. Beliau bakal muncul dalam segmen-segmen khas yang mempromosikan siri Astro First serta memberikan tips gaya hidup dan persiapan Raya melalui platform digital Astro, selari dengan imejnya yang sofistikated dan moden.


Memulakan kalendar aktiviti, program jelajah ‘Assalamualaikum’ dijadualkan membuka tirai di Masjid Seberang Takir pada 7 Februari ini dengan memfokuskan kepada aktiviti kerohanian dan bakti sosial. 


Bagi pengisian di skrin pula, Astro Oasis kekal menjadi teras menerusi program Home Of Ramadan yang bersiaran langsung selama tiga jam setiap hari. 



Selain itu, gandingan eksklusif Neelofa dan Ustaz Haris Ismail dalam Halaqah Nunha dijangka menarik perhatian ramai dalam mengupas isu-isu peningkatan iman.


Peminat drama tempatan pastinya tidak sabar menantikan kesinambungan fenomena Andai Itu Takdirnya 2 yang bakal menghiasi slot Megadrama. 


Selain itu, naskhah emosi Sujud Terakhir Encik Norman serta kepulangan nostalgia Keluarga Iskandar 3 turut menjadi antara taruhan utama. 



Bagi penonton cilik, Astro Ceria membawakan adaptasi komik popular Misi Solat 5 Waktu, manakala animasi kebanggaan negara, Upin & Ipin Musim 19, akan menemui peminat di Astro Prima.


Satu kelainan kreatif turut diperkenalkan menerusi program Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di mana resipi yang dimasak secara digital akan dibawa terus ke Bazar Ramadan Putrajaya untuk jualan pada hari berikutnya. 


Dalam masa yang sama, penyampai daripada rangkaian radio ERA, SINAR, GEGAR, dan ZAYAN akan menggerakkan skuad mereka untuk mengagihkan juadah berbuka dan menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.


Bagi mereka yang memilih pengalaman sinema di rumah, Astro First membawakan judul eksklusif seperti Akad Yang Hilang dan Abah Saya, Uncle Mike. 



Menutup komitmen murni ini, cabang tanggungjawab sosial Astro Kasih terus aktif menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf menerusi Program Kasih Ramadan bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada merasai keberkatan bulan mulia ini.


Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian terkini kandungan Ramadan Astro 2026, boleh layari http://astroramadan.com.my/ atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.  

Astro juga menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. 

Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.


Ucapan Ramadan daripada Zara Zya dan Zizan Razak...


#RamadanAstro2026 #BerssmaLagiJadi #DutaRamadanAstro #PekAstro #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan