Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ROSYAM NOR, ERRA FAZIRA, DUTA AC GAS, BAWA KESELAMATAN KE DAPUR!


SYARIKAT
peneraju tenaga inovatif, ACGAS, secara rasmi mengumumkan pelantikan dua ikon tersohor industri hiburan tanah air, Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira, sebagai Duta Jenama ACGAS bagi tahun 2026 baru-baru ini.

Pelantikan ini menandakan fasa baharu syarikat dalam usaha memperkukuh kedudukan jenama serta mengubah landskap penggunaan gas domestik di Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif ACGAS, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, menjelaskan bahawa pemilihan dua ikon besar ini merupakan langkah strategik bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap penggunaan gas domestik di Malaysia.


Menurut beliau, kehadiran Rosyam Nor dan Erra Fazira diharapkan dapat membina jambatan kepercayaan yang lebih kukuh antara jenama dan pengguna, terutamanya dalam menyebarkan kesedaran tentang keunggulan teknologi silinder komposit yang jauh lebih selamat, ringan, dan moden berbanding silinder besi tradisional.


“Produk gas bukan sekadar keperluan, tetapi melibatkan aspek keselamatan keluarga. Dengan kehadiran Rosyam Nor dan Erra Fazira sebagai duta, kami mahu membina hubungan yang lebih kukuh antara jenama dan pengguna, berasaskan kepercayaan, keyakinan serta kesedaran tentang teknologi silinder komposit yang lebih selamat dan moden,” katanya.


Tambah Nik, pelantikan ini juga dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kedudukan ACGAS sebagai pembekal silinder LPG komposit yang selamat, ringan dan inovatif untuk pasaran Malaysia. 


Silinder komposit yang diperkenalkan bukan sahaja lebih ringan dan tidak berkarat, malah direka untuk meningkatkan tahap keselamatan penggunaan di dapur serta memudahkan pengendalian oleh pengguna.


Pada majlis tersebut Rosyam dan Erra tidak ketinggalan mengangkat tong gas berkenaan dengan sebelah tangan sambil kata Erra, "Memang ringan, dengan jari pun dah boleh angkat."



“Kami ingin membawa kesedaran keselamatan ke dapur setiap rumah di Malaysia. Pelantikan kami sebagai duta adalah peluang untuk menjadikan AC Gas pilihan nombor satu,” sambung Rosyam sambil memaklumkan AC Gas hadir dengan tong gas berteknologi tinggi yang diperbuat daripada aramid fiber, ringan, selamat, dan “bulletproof” — memberi perlindungan tambahan kepada isi rumah. 


Beliau menekankan bahawa ramai pengguna mungkin tidak menyedari risiko penggunaan tong gas lama di rumah sekali gus mengesyorkan pertukaran kepada AC Gas yang lebih selamat.


“Sebagai seorang wanita, tong gas yang ringan dan selamat adalah sangat didambakan. Produk ini juga 100% tempatan, dan saya teruja kerana ia memberi peluang kepada pengguna menjadi ejen dan menjana pendapatan,” sambung Erra. 


Kedua-dua selebriti popular ini  turut berkongsi bahawa pelbagai inisiatif digital dan promosi, termasuk aplikasi mudah alih dan jelajah produk, akan dilaksanakan untuk memudahkan akses pengguna serta meningkatkan kesedaran keselamatan di rumah.


Dalam nada berseloroh, kedua-dua selebriti itu mengibaratkan kerjasama mereka kini sebagai satu “perkahwinan jenama” yang diharap berkekalan, sambil menegaskan komitmen mereka untuk terus bersama SC Gas dalam beberapa tahun akan datang.


"'Perkahwinan' ini mengembalikan kami bersama sejak berlakon dalam filem 'Janji Diana' (2003) serta dalam podcast 'Hitam Putih' tahun lalu," kenang Rosyam.



Dalam mendepani cabaran industri tenaga yang semakin kompetitif, ACGAS terus menyesuaikan strategi perniagaannya dengan memberi tumpuan kepada inovasi produk dan pendigitalan perkhidmatan. 


Syarikat kini giat memperkenalkan penggunaan silinder komposit bagi sektor komersial selain memperluaskan fungsi aplikasi mudah alih ACGAS bagi memudahkan urusan pembelian dan pengurusan bekalan gas oleh pengguna. 


Sejak diperkenalkan, ACGAS telah mencatat pelbagai pencapaian yang mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia yang menjadi perintis dalam pengedaran silinder LPG komposit bersubsidi serta memperluaskan rangkaian pengedaran ke seluruh Semenanjung Malaysia. 


Selain tumpuan kepada aspek fizikal produk, ACGAS turut memacu pendigitalan perkhidmatan melalui integrasi teknologi Internet of Things (IoT) dan RFID pada setiap silinder. 


Inovasi ini membolehkan pemantauan inventori secara masa nyata dan memastikan ketelusan sepenuhnya dalam proses pengisian semula serta rantaian bekalan.


Integrasi teknologi Internet of Things (IoT) dan RFID pada setiap silinder membolehkan pemantauan inventori secara masa nyata, penjejakan pengedaran serta ketelusan dalam proses pengisian semula, sekali gus meningkatkan kecekapan rantaian bekalan.


Dalam masa yang sama, ACGAS turut memperluas fungsi aplikasi mudah alih mereka bagi memudahkan urusan pembelian dan pengurusan bekalan gas secara digital oleh pengguna domestik mahupun komersial.



Melangkah ke hadapan, ACGAS menunjukkan pertumbuhan fizikal yang progresif menerusi kerjasama pelaburan bernilai hampir RM100juta untuk membangunkan fasiliti pembuatan silinder komposit tempatan. 


Kemudahan ini bakal meletakkan Malaysia sebagai hab eksport bagi pasaran Asia, sekali gus mengukuhkan peranan ACGAS bukan sahaja sebagai pengedar, tetapi juga pengeluar strategik dalam industri LPG serantau.


Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, ACGAS menyasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya 10 peratus pasaran LPG Malaysia dengan menggantikan secara berperingkat silinder besi tradisional kepada silinder komposit yang lebih selamat dan mesra pengguna. 


Syarikat turut merancang memperkukuh ekosistem “Smart Energy” melalui pendigitalan menyeluruh, termasuk keupayaan menjejak silinder dan memudahkan pesanan gas secara pintar.


“Visi jangka panjang kami adalah untuk menjadikan silinder komposit sebagai standard keselamatan baharu di Malaysia. Kami mahu memacu revolusi keselamatan dalam penggunaan LPG, sambil memastikan rakyat mendapat akses kepada produk yang lebih moden, selamat dan berkualiti tinggi,” akhiri Nik Mohd Fareez.



#ACGas #RosyamNor #ErraFazira #SmartEnergy #DutaJenama #ForYouPage



Tiada ulasan:

Catat Ulasan