SENTUHAN 'MACAM MAK MASAK' NISABAKRI PERKENAL KABSA SHEPHERD'S PIE DI CAFE O'BRIENS!
Kolaborasi ini sekali gus memperluas penawaran hidangan premium berinspirasikan
sajian. “Macam Mak Masak” kepada pelanggan kafe tersebut.
Dengan kerjasama ini, pelanggan O’Briens boleh menikmati pai yang diperbuat daripada bahan berkualiti dan rasa yang dijaga teliti selari dengan konsep O’Briens yang mahukan setiap pelanggan rasa selesa dan berpuas hati bila berkunjung ke setiap cawangannya.
Pengasas Nisabakri Gourmet, Chef Puan Sri Nisa Bakri, berkata kerjasama berkenaan menyatukan visi kedua-dua jenama yang mengutamakan kualiti dan keunikan rasa.
“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan O’Briens yang berkongsi visi sama tentang kualiti dan rasa. Shepherd Pie versi kami ni ada gabungan rasa Asia dan Barat, selesa dan unik. Dengan Ramadan tak lama lagi, pai ni memang sesuai sangat untuk Moreh atau Sahur,” ujar Nisa Bakri ketika ditemui pada acara memperkenalkan Kabsa Sherpherd Pie buatannya sempena majlis sambutan ulang tahun ke-20 O’Briens Café di Menara OCBC, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada semalam, 10 Februari 2026.
Turut hadir hadir Ketua Pegawai Eksekutif O’Briens, Brian Pua, Duta Ireland ke Malaysia, Orla Tunney, Ketua Pegawai Operasi OCBC Bank, Chong Lee Ying serta penyanyi WInnie K dan pelari menara profesional nombor satu dunia, Soh Wei Ching.
Persaolannya apa yang membuatkan Kabsa Shepherd Pie ni special?
Berkongsi lanjut, Chef Nisa menceritakan agaimana inspirasi daripada keturunan Arab digabungkan dengan hidangan klasik Barat sehingga berjaya menembusi rangkaian kafe terkenal seperti O’Briens.
“Rempah itu sebenarnya rempah Arab. Saya campurkan dengan rempah kita dan gabungkan dalam shepherd’s pie. Inspirasi ini datang daripada latar belakang saya sendiri kerana keturunan saya memang Arab,” jawab Nisa.
Beliau memilih shepherd’s pie kerana ia merupakan hidangan kegemarannya setiap kali mengembara, selain sesuai dengan konsep makanan sihat dan mengenyangkan.
“Saya memang suka shepherd’s pie. Bila travel, saya tak makan nasi banyak. Makan sikit pun sudah kenyang dan cukup. Jadi menu ini sangat sesuai untuk dibawa sebagai makanan sihat,” jelasnya.
Menurut beliau, usaha membangunkan produk ini bermula kira-kira empat tahun lalu ketika pandemik COVID-19 di mana dalam tempoh tersebut, jualan dalam talian menjadi platform utama yang membantu memperkenalkan produk kepada pelanggan.
“Shepherd’s pie ini saya mulakan waktu COVID. Masa itu jualan online sangat membantu. Dari situlah saya bina, perbaiki dan terus improve sampai ke tahap boleh diterima di peringkat antarabangsa,” ujarnya.
Walaupun kini mencapai kejayaan, perjalanan Sti Nisa tidak terlepas daripada cabaran dan penolakan.
“Banyak kali saya kena reject. Banyak kafe saya approach dalam empat hingga lima tahun ini. Mungkin konsep mereka tak serasi dengan apa yang saya buat. Tapi saya belajar daripada setiap penolakan. Kita kena jatuh, bangun dan cuba lagi,” akuinya.
Dan dengan kesabaran dan ketabahan, beliau akhirnya melihat peluang apabila mendekati rangkaian O’Briens Irish Sandwich Café, yang pemiliknya sudah dikenali sejak beberapa tahun lalu.
“Saya terus jumpa Brian kerana kami sudah lama kenal. Dua tahun lepas kami sudah berbincang untuk bekerjasama, tapi masa itu saya masih dalam peringkat R&D. Bila produk sudah bersedia, barulah kerjasama ini jadi realiti,” tambahnya.
Nisa menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil usaha berterusan dan keyakinan terhadap idea sendiri.
“Usaha, usaha dan jangan putus asa. Cuba berkali-kali sampai berjaya. Ini satu kebanggaan untuk saya apabila produk ini akhirnya diterima,” katanya.
Kisah beliau membuktikan bahawa gabungan warisan, kreativiti dan ketekunan mampu membawa resipi tempatan dengan sentuhan global ke pentas lebih besar, sekali gus memperkenalkan identiti rasa baharu dalam industri kafe moden.
Majlis pada hari berkenaan turut menandakan pencapaian ‘serampang dua mata’ penting iaitu sambutan ulang tahun ke-20 O’Briens Café di Menara OCBC serta pembukaan semula selepas melalui proses naik taraf menyeluruh.
“Dengan pengenalan pai ini yang boleh didapat di 27 cawngan O’Briens, kami menjangkakan peningkatan jualan dalam 10 hingga 15% manakala dari segi pengeluaran ia mampu menghasilkan kira-6,000 sehingga 8,000 unit pai sebulan,” ujar Brian sambil membayangkan pengeluaran boleh meningkat dengan tibanya musim perayaan termasuk Ramadan dan Raya tidak lama lagi.
Sempena sambutan ulang tahun ini, O’Brien’s turut menawarkan promosi khas kepada komuniti Menara OCBC sehingga 16 Februari, sesuai untuk pelbagai keperluan termasuk mesyuarat korporat, majlis pejabat dan tempahan berkumpulan.
Menjelang bulan Ramadan, pelanggan juga boleh membuat pra-tempahan hidangan berbuka puasa melalui WhatsApp atau e-mel bagi memudahkan penyediaan juadah untuk dinikmati bersama rakan sekerja di pejabat atau dibawa pulang bersama keluarga.
Majlis turut menyaksikan perjanjian kerjasama terus ditandatangani O’Brien’s dengan duta jenama sedia ada, Soh Wai Ching dan pada masa sama memperkenalkan duta baharu, Winnie K, yang melambangkan gaya hidup sihat dan seimbang selari dengan nilai jenama O'Briens.
#NisaGourmet #OBriens #MenaraOCBC #KabsaSherpherdsPie #ChefNisaBakri #fyp





Tiada ulasan:
Catat Ulasan