Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAMI KEAJAIBAN EMPAYAR CINA, MENANG SYILING EMAS DI THE CURVE!


PENGALAMAN
merentasi masa ke zaman kegemilangan empayar China menjadi tarikan utama di pusat membeli-belah the Curve sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026. 


Melalui tema ‘Majestic Village of Fortune’ yang berlangsung sehingga 18 Februari ini, pengunjung tidak sekadar datang untuk berbelanja, malah dibawa menyelami suasana perkampungan tradisional yang dihiasi ribuan tanglung merah dan motif budaya yang kaya dengan simbol kemakmuran.


Pendekatan imersif ini bertujuan untuk menghidupkan semula semangat perpaduan dan tradisi lama dalam suasana moden. 



Pengurus Besar the Curve, Elaine Liew menjelaskan bahawa setiap sudut hiasan dan aktiviti yang disusun adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda menghargai warisan nenek moyang mereka. 


Beliau menegaskan bahawa pusat membeli-belah kini berfungsi sebagai jambatan budaya yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui sambutan perayaan yang bermakna.


‘Di the Curve, kami percaya bahawa Tahun Baru Cina mewakili lebih daripada sekadar sambutan, ia adalah peluang untuk bersatu semula dengan keluarga, memberi penghormatan kepada tradisi, dan berkongsi detik-detik istimewa merentasi generasi.



“Direka bentuk sebagai ruang di mana keluarga dan rakan-rakan boleh berkumpul dan berhubung, Majestic Village of Fortune menjemput pengunjung untuk meraikan Tahun Baru dengan cara yang bermakna,” ujar Elaine pada majlis pelancaran ‘Majestic Village of Fortune’ di the Curve baru-baru ini.


Suasana di kawasan Centre Court bertukar menjadi pentas seni yang dinamik dengan kehadiran persembahan tarian kebudayaan setiap hujung minggu. 


Selain tarian singa yang menjadi simbolik wajib untuk menjemput tuah, pengunjung turut terpukau dengan kecekapan ahli silap mata kebudayaan dalam persembahan 'Face Changing' yang penuh misteri. 



Kemeriahan tersebut ditambah lagi dengan kelincahan tarian kipas dan persembahan 'Lantern Fairies' yang memukau, selain bengkel kraf 'Little Lucky' yang dikhas buat kanak-kanak untuk mencuba sendiri pembuatan barangan tradisi.


Sektor ekonomi tempatan turut mendapat suntikan melalui 'Prosperity Market' yang menghimpunkan pelbagai usahawan perusahaan kecil dan sederhana. 


Pasaran ini menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari busana tradisional, perhiasan diri yang unik, serta hidangan bermusim yang jarang ditemui pada waktu lain. 



Bagi memberi nilai tambah kepada pengalaman pengunjung, aktiviti interaktif 'Crack Your Fortune' menawarkan peluang memenangi syiling emas 999.9 seberat 1 gram, sekali gus meningkatkan keterujaan orang ramai yang berkunjung ke kawasan tersebut.


Di sebalik kemeriahan hiasan dan jualan, the Curve tetap mengutamakan nilai kebajikan melalui inisiatif kemasyarakatan yang menyentuh hati. 


Program 'Pampering Day' dianjurkan khusus untuk warga emas bagi memberi mereka layanan istimewa melalui rawatan salun percuma agar mereka merasa dihargai dalam menyambut tahun baharu. 



Dalam masa yang sama, kempen #KongsiKindness terus menjadi platform bagi orang ramai untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada Rumah Kasih Charity Home sebagai tanda keprihatinan komuniti.


Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, pelbagai ganjaran eksklusif disediakan bagi setiap pembelian yang memenuhi kriteria tertentu. 


Bermula daripada paket angpau yang direka khas sehinggalah kepada set peralatan dapur premium, strategi pemberian hadiah ini dilihat sebagai pelengkap kepada kempen 'Majestic Village of Fortune' dalam menjadikan the Curve destinasi pilihan utama untuk meraikan Tahun Kuda kali ini.



#TheCurve #MajesticVillageOfFortune #KongsiKindness #PamperingDay #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan