Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

iCAUR MALAYSIA PERKENAL SUV ELEKTRIK V23, GABUNGAN RETRO MODEN, LASAK!


iCAUR
Malaysia mencatat sejarah apabila buat julung kalinya memperkenalkan iCAUR V23, sebuah SUV pacuan elektrik sepenuhnya yang terbaharu, dalam usaha memperkukuh kedudukan jenama itu dalam landskap automotif tempatan.


Model V23 hadir selepas kejayaan model iCAUR 03 yang telah meletakkan asas kukuh di Malaysia dengan menzahirkan janji jenama "Born to Play", yang menampilkan prestasi pacuan elektrik sepenuhnya yang cemerlang, kejuruteraan casis yang canggih serta teknologi sambungan pintar.


Meneruskan momentum tersebut, iCAUR V23 hadir dengan gabungan reka bentuk retro moden, keupayaan lasak dan teknologi pintar yang pasti menarik minat pengguna di Malaysia.


“V23 direka khusus untuk individu berjiwa muda, bergaya, dan peka terhadap trend kehidupan moden — mereka yang melihat kenderaan bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai pelengkap gaya hidup dinamik serta penuh dengan semangat pengembaraan,” ujar Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai pada majlis pameran secara rasmi dalam konfigurasi "Right-Hand Drive" di Starhill, Kuala Lumpur,  pada semalam, 29 Oktober 2025 menjelang pelancaran jualan rasminya yang dijangka pada Suku Keempat (S4) 2025.



V23 menawarkan dua konfigurasi pacuan:


  1. Pacuan Dua Roda (2WD): Dilengkapi motor tunggal pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa 136 PS dan tork 180 Nm, digerakkan oleh bateri 59.9 kWh Lithium Iron Phosphate (LFP). Varian ini menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 401 km (NEDC).

  2. Pacuan Empat Roda (iWD): Menggunakan sistem dwi-motor dengan pacuan semua roda pintar, menjana kuasa gabungan 211 PS dan tork 292 Nm, disokong oleh bateri ternary lithium (NMC) 81.8 kWh. Varian iWD ini mencapai jarak pemanduan lebih jauh, iaitu sehingga 501 km (NEDC).


Dari segi prestasi, varian iWD memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 7.5 saat, manakala varian 2WD mengambil masa 11.0 saat. Kedua-dua varian dihadkan kelajuannya pada 140 km/j.


Bagi pengecasan, varian 2WD menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, manakala iWD sehingga 104 kW. Kedua-dua model hadir dengan pengecasan AC 6.6 kW. Menariknya, iCAUR V23 turut dilengkapi fungsi 3.3 kW Vehicle-to-Load (V2L), membolehkan kenderaan ini membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan luaran, satu ciri utama bagi aktiviti luar dan pengembaraan.



Dimensi V23 adalah 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dengan jarak roda 2,735 mm, memberikan profil yang kukuh dan seimbang. Rekaan dalamannya menggabungkan teknologi canggih seperti kamera casis lutsinar 540-darjah definisi tinggi ("Transparent HD Chassis Camera") dengan elemen retro, termasuk butang kawalan putar pada konsol tengah. Keselamatan dipertingkatkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (Level 2 ADAS) secara menyeluruh.


Harga anggaran iCAUR V23 adalah antara RM145,000 bagi varian 2WD hingga RM155,000 untuk varian iWD. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal bermula hari ini.

Seiring dengan pelancaran model baharu ini, iCAUR Malaysia turut mengumumkan rancangan pengembangan rangkaian perkhidmatan. Jenama ini menyasarkan untuk memiliki 18 pusat jualan dan 9 pusat servis penuh di seluruh negara pada tahun 2025, termasuk cawangan di Sabah dan Sarawak.

Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri iCAUR V23 di Starhill Piazza, Kuala Lumpur, dari 30 Oktober hingga 2 November 2025, antara jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Acara di Starhill turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi papan selaju, persembahan tarian dinamik, dan peraduan media sosial iCAUR V23 iFUN, menawarkan peluang memenangi hadiah dan barangan eksklusif.


#iCAURMalaysia  #iCaurV23 #SUVPacuanElektrik #TheStarhill #Kereta #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan