Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SYRIA CARE SASAR RM150,000 TAMPUNG PENGHANTARAN 2 KONTENA PAKAIAN MUSIM SEJUK!


PERTUBUHAN
Kemanusiaan Syria Care terus komited dalam misi globalnya dengan melancarkan kempen Winter Aid 13.0 ketika suhu mula menurun menandakan ketibaan musim sejuk di Syria. 

Inisiatif tahunan ini menyasarkan bantuan untuk komuniti rentan di Syria serta pelarian Syria di Lubnan yang bersiap siaga menghadapi musim sejuk yang mengancam keselesaan dan nyawa jika persediaan tidak mencukupi.


Sehubungan itu, Syria Care kini melancarkan rayuan dana awam bagi mengumpul RM150,000.00 untuk menampung kos logistik dan operasi penghantaran dua kontena bantuan musim sejuk ke Syria dan Lubnan. 


Sasaran kewangan ini merupakan komponen penting dalam menjayakan kempen tahunan mereka, Winter Aid 13.0, yang dilancarkan bagi membantu komuniti yang bakal berdepan cabaran musim sejuk sehingga boleh mengancam nyawa.


Kempen Winter Aid 13.0 ini, yang berlangsung dari 26 September hingga 31 Disember 2025, memfokuskan kepada tiga bentuk bantuan utama iaitunbaha bakar (diesel, kayu api, briket zaitun) dan Pakaian Musim Sejuk.



Projek utama di bawah kempen ini, iaitu projek pengumpulan pakaian yang dikenali sebagai Warm Their Winter (Hangatkan Musim Sejuk Mereka), merupakan kempen teras Syria Care sejak 2013, bertujuan memberikan perlindungan dan kehangatan.


Dalam projek ‘Warm Their Winter’ tahun ini, yang diadakan dari 22 hingga 26 Oktober 2025 di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, Syria Care menyasarkan pengumpulan dan penghantaran pelbagai keperluan musim sejuk seperti pakaian tebal, jaket, selimut, kasut, dan barangan asas lain.


Sejak kempen ini dimulakan, sebanyak 17 kontena bantuan telah berjaya dihantar ke Syria dan Lubnan. 


Untuk misi tahun ini, Syria Care mensasarkan penghantaran dua kontena 40 kaki, di mana setiap satu dijangka memuatkan 1,584 kotak bantuan dengan berat antara 10 hingga 15 kilogram. 


Bantuan tersebut akan dihantar melalui jalan laut ke Pelabuhan Latakia, Syria, dan dijangka tiba dalam tempoh 50 hari waima kali ini ia mampu memberi manfaat kepada lebih 12,000 individu, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat sejak 2013 mencecah kira-kira 250,000 orang.



Lebih daripada sekadar misi bantuan, Winter Aid 13.0 adalah lambang solidariti rakyat Malaysia kepada mereka yang terpinggir akibat konflik berpanjangan. 


Bantuan yang dihulurkan bukan sahaja menjamin kehangatan dan keselesaan tetapi juga berfungsi sebagai talian hayat menentang ancaman maut kesejukan melampau, suatu risiko yang dihadapi setiap musim sejuk di kawasan seperti Syria dan Lubnan.


Misi kemanusiaan ini mendapat sokongan padu daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP Zon 3), dan rakan strategik Syria Care seperti HUMAM Relief dan Pertubuhan Ihsanku Malaysia.


“Musim sejuk di Syria bukan hanya tentang cuaca. ia adalah ujian kelangsungan hidup bagi mereka yang telah kehilangan rumah dan keselamatan. Melalui kempen ini, kami berharap dapat menyampaikan bukan sahaja pakaian tetapi juga kasih sayang, keselesaan, dan harapan daripada rakyat Malaysia,” ujar Pengerusi Syria Care,  Siti Sakinah binti Meor Omar Baki.



Dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM150,000, Siti Sakinah menyeru agar orang ramai, badan korporat, dan badan bukan kerajaan (NGO) tampil untuk turut serta menjayakan misi kemanusiaan ini.


Menurut beliau, setiap sumbangan, besar atau kecil, amat bermakna bagi mereka yang berjuang mengharungi musim sejuk tanpa persediaan yang sewajarnya. 


Sumbangan boleh disalurkan ke:


Maybank Syria Care: 562106653575 atau melalui laman sesawang: https://syriacare.org.my/winteraid/.



#SyriaCare #WinterAid13.0 #Sumbangan #HUMAMRelief #Syria #Lubnan #Amal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan