PROGRAM ‘WANITA CUKUP BERANI’; KEMBALI, SASAR LAHIRKAN 20 USAHAWAN MAKANAN BAHARU
DI SEBALIK aroma masakan yang membangkitkan kenangan keluarga, terselit satu kisah tentang keberanian, ketabahan dan impian wanita Malaysia.
Selama lebih lima dekad, MAGGI® bukan sekadar menemani rakyat di dapur — jenama ini telah menjadi simbol kasih sayang, inspirasi, dan kini, pemangkin perubahan melalui program 'Wanita Cukup Berani' (WCB).
Seiring sambutan lebih lima dekad MAGGI® bersama rakyat Malaysia, program ini terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkasakan wanita Malaysia apabila lebih 4,000 peserta telah menerima manfaat sejak ia dilancarkan,.
Tidak berhenti di situ, MAGGI® kini menyasarkan untuk menggandakan jumlah penyertaan kepada 10,000 wanita menjelang tahun 2026, sekali gus melahirkan sekurang-kurangnya 20 usahawan makanan baharu di seluruh negara.
Berlandaskan semangat “Tak Kenal, Tak Cinta”, WCB telah membina satu ekosistem sokongan yang kukuh — daripada bimbingan dan latihan digital, hinggalah keusahawanan dan komuniti yang saling menyokong.
Ia menjadi ruang selamat bagi wanita untuk mencuba sesuatu yang baharu, mengasah kemahiran dan menyalakan semula semangat dalam diri mereka.
“Saya amat berbangga melihat program MAGGI® Wanita Cukup Berani menzahirkan visi ini. Berkat latihan kemahiran galakan dan juga peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sesungguhhnya apabila wanita menyedari keupayaan sebenar masing-masing, mereka akan mula meenghargai perjalanan mereka sendiri dan memupuk keberanian untuk melangkah lebih jauh lagi,” ujar Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada teks perasmian yang dibaca dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr. Faridah Awang, mewakili beliau.

DARI kiri; Juan, Dr. Faridah dan Ivy merasmikan program WCB musim ke-4.
Nancy turut memuji langkah MAGGI® yang memperluas impaknya melalui kerjasama dengan Google, TikTok, dan Kementerian Kesihatan Malaysia, bukan sahaja untuk memupuk tabiat pemakanan sihat tetapi juga memperkenalkan peluang digital baharu kepada wanita.
“Apabila sektor awam, swasta dan komuniti berganding bahu, hasilnya bukan sekadar program — ia menjadi gerakan yang memberi impak besar dan berkekalan,” ujarnya.
Majlis perasmian turut disertai Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia dan Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, Juan Aranols, menyifatkan Wanita Cukup Berani sebagai bukti nyata kepada falsafah Nestlé dalam meningkatkan kualiti hidup dan membina masa depan yang lestari.
“Program ini menunjukkan bagaimana keyakinan boleh melahirkan perubahan. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Google dan TikTok, yang membuka laluan baharu kepada wanita untuk meneroka dunia digital dalam cara yang sebelum ini tidak terjangka,” katanya.
“Wanita Cukup Berani merupakan contoh nyata bagaimana keyakinan dan keberanian dapat melahirkan perubahan positif. Nestlé berbangga bekerjasama dengan Google dan TikTok, yang melalu i platform mereka membuka peluang digital baharu kepada wanita dalam cara yang dahulu sukar dibayangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Ivy Tan berkata perjalanan 50 tahun MAGGI® bersama rakyat Malaysia bukan sekadar menyediakan makanan berkhasiat, tetapi turut memperkasakan wanita di seluruh negara.
“Masakan bukan sahaja melambangkan kasih sayang yang mengeratkan hubungan keluarga, tetapi juga simbol kekuatan dan kreativiti wanita. Melalui program ini, kami melihat bagaimana wanita yang diberi peluang mampu meningkatkan pendapatan dan mencapai kejayaan luar biasa,” ujarnya.
Tambahnya lagi, WCB bukan sekadar program pembangunan diri, tetapi gerakan yang meraikan keberanian dan ketahanan wanita.
“Apabila wanita diberi peluang, keyakinan dan bimbingan, mereka bukan sahaja mengubah kehidupan sendiri, tetapi turut membawa inspirasi kepada keluarga dan komuniti,” tegasnya.
Kini, lebih 4,000 alumni WCB terus menjadi contoh nyata bahawa keberanian boleh dipelajari, dan perubahan boleh dicipta — tidak kira dari mana seseorang bermula.
Dengan semangat ini, MAGGI® yakin misi 10,000 wanita berani menjelang 2026 bukan sekadar angka, tetapi perjalanan menuju masa depan yang lebih inklusif dan berdaya saing untuk wanita Malaysia.
Di sebalik kejayaan WCB, berdiri kukuh pasukan mentor berdedikasi seperti Anne Idris, Alleena Abdullah, Chef Naem, dan Ven Luan, yang sentiasa membimbing para peserta — sama ada secara dalam talian mahupun bersemuka.
Bagi mereka, setiap wanita mempunyai cerita dan potensi tersendiri, dan tugas mereka adalah untuk menyalakan api keberanian itu.
NAIB Juara Musim ke-3, Jua (kanan sekali) turut diundang mencerita mengenli pengalamannya sebelum dan selepas menyertai program WCB.
#WanitaCukupBerani #Maggi #NestleMalaysiaBerhad #Google #TikTok #fyp




Tiada ulasan:
Catat Ulasan