Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NESCAFÉ, BLACK RAIKAN KETABAHAN RAKYAT MALAYSIA MELALUI LAGU 'KENTAL BERSAMA''


DENGAN
pelancaran kempen aspirasi terbaharu NESCAFÉ, Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama, penyanyi dan penulis lagu Black Hanifah tampil ke hadapan, menekankan peranan muzik sebagai medium penyatuan dalam meraikan semangat ketabahan rakyat Malaysia. 


Black atau pemilik nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, yang menyanyikan dan menulis lagu tema kempen, Kental Bersama, berkata lirik lagu itu lahir daripada kisah rakyat Malaysia sendiri. 


"Liriknya mencerminkan harapan dan perjuangan kita demi keluarga, komuniti, dan impian peribadi. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada gerakan yang menjadikan muzik sebagai medium penyatuan. Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar wujud apabila kita kekal kental bersama


"Ini membuktikan bahawa muzik dan NESCAFÉ mampu menyatukan orang ramai dengan cara yang penuh bermakna,” ujar Black pada majlis pelancaran “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama”, yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia; Norkhayati Mohamed Hashini, Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé Malaysia; Dr. Madhu, figura yang juga dikenali sebagai “Dr. Teddy Bear” serta Kak Dell, seorang pemandu Grab dan guru tuisyen.



Lagu “Kental Bersama” diperkenalkan oleh NESCAFÉ sebagai tanda penghormatan kepada semangat kental dan kekuatan yang menginspirasikan negara untuk terus mara ke hadapan, walau di sebalik cabaran kesibukan hidup seharian. 


Lagu ini diilhamkan oleh keazaman rakyat Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan dalam usaha mengejar impian.


Kempen yang dilancarkan oleh Juan Aranols, adalah penghargaan kepada semangat juang rakyat Malaysia yang tidak pernah pudar. 


PADA sebelah malamnya, persekitaran Bukit Bintang diserikan dengan  kempen pergerakan dinamik NESCAFÉ "Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama" - menyalakan pelbagai papan iklan digital bagi  menawan hati orang ramai.


“NESCAFÉ bukan sekadar kopi. Ia telah lama menjadi teman setia rakyat Malaysia melalui suka dan duka. Nilai yang terkandung dalam inisiatif “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama” ini adalah penghargaan kepada semangat juang rakyat Malaysia yang tidak pernah pudar demi membangunkan negara. 


“Justeru, kami mengajak anda semua untuk bersama-sama menyertai gerakan ini yang penuh dengan kekuatan, perpaduan dan harapan, sambil kita terus bangkit dan mara ke hadapan bersama,” kata Juan Aranols.


Muzik video lagu "Kental Bersama" menampilkan tiga rakyat Malaysia yang mencerminkan semangat "kekal kental". 


Mereka adalah Dr. Madhu, yang mendedikasikan masanya memberi rawatan kesihatan percuma kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur; Kak Dell, yang gigih mengejar impiannya untuk menjadi seorang penulis dan Black sendiri, yang menjadikan asal-usul sederhana serta kasih sayang terhadap keluarga sebagai sumber inspirasi muzik dan perjalanan hidupnya. 


Kisah mereka menggambarkan pelbagai tujuan hidup rakyat Malaysia yang disatukan oleh semangat daya tahan yang serupa.


DARI kiri: Dr. Madhu, Black, Juan Aranois, Norkhayati dan Kak Dell memperkenalkan produk terbaharu, Nescafe Triple Shot.


Sebagai sebahagian daripada kempen ini, NESCAFÉ juga memperkenalkan inovasi terbaharu, NESCAFÉ Triple Shot, memenuhi citarasa peminat kopi Malaysia yang menggemari rasa kopi yang kuat, sebagai tindak balas kepada peningkatan hampir dua kali ganda permintaan untuk kopi yang lebih pekat dan mantap. 


Menurut Norkhayati Mohamed pelancaran produk baharu ini adalah bukti komitmen NESCAFÉ untuk terus memperkenalkan inovasi yang relevan dengan gaya hidup rakyat Malaysia, di samping berfungsi sebagai sumber kekuatan dan penyatuan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melayari laman web www.nescafe.com.my, Facebook NESCAFÉ Malaysia, dan Instagram @nescafe_my.



#NgopiDulu&KekalKentalBersama #NescafeTripleShot #KentalBersama #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan