Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LnR EMPIRE PERKENAL KEANGGUNAN BERJIWA DALAM DUNIA RATU CANTIK!


JENAMA
kecantikan terkemuka, LnR EMPIRE, terus mengukuhkan kedudukannya di pentas antarabangsa apabila tampil sebagai penaja rasmi pertandingan Miss M World dan Miss M Universe 2025 yang berlangsung dengan penuh gemilang di W Hotel Kuala Lumpur pada 21 September lalu. 


Bertemakan “Beauty, Earth & Peace”, pertandingan ini bukan sekadar meraikan keanggunan luaran tetapi turut menekankan nilai kemanusiaan, kelestarian alam dan perdamaian sejagat.


Sebagai penaja rasmi, LnR EMPIRE memperkenalkan produk unggulan mereka, LnR Luxury Hair Mist, haruman rambut mewah yang dirumus khas untuk mencipta aura ketenangan, keaslian dan gaya anggun yang tidak memerlukan pengumuman. 


Produk ini diiktiraf halal, mesra wudhu, sesuai untuk semua jenis rambut serta menawarkan keharuman lembut yang tahan lama. Keunggulan ini menegaskan komitmen LnR EMPIRE terhadap kualiti, nilai spiritual dan keaslian dalam setiap inovasi yang dihasilkan.



LnR EMPIRE juga mencatat kejayaan membanggakan di peringkat global apabila meraih pengiktirafan berprestij termasuk International Entrepreneurial Excellence Award 2025, Global Honor Award 2025 dan Prestige International Entrepreneurial Excellence Award 2025, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.


Dalam pertandingan Miss M World dan Miss M Universe 2025  tu, peserta dari 25 negara telah berkumpul bagi memperjuangkan mesej kecantikan yang berpaksikan nilai kemanusiaan dan keharmonian dunia. 


Katerina Vlasenko dari Ukraine dan Angie Jane dari Malaysia dinobatkan sebagai Miss M World 2025, sementara Kristina Barskaia dari Russia membawa pulang gelaran Miss M Universe 2025. Tatiana Fedorishcheva turut diumumkan sebagai Mrs M Universe 2025, manakala Yuni Putri dari Indonesia menerima dua pengiktirafan penting — Miss Global M Universe 2025 serta Duta Keamanan Dunia oleh UNPKFC.



Turut mengharumkan nama Malaysia ialah Sharon Gool Sek Hui yang meraih gelaran Mrs Global M Universe 2025. Julie Rolle dari Amerika Syarikat pula diumumkan sebagai International M World 2025, manakala pasangan dari Azerbaijan, Culochra Rao dan Gulchokhra Faro, masing-masing menerima gelaran Mrs M Universe 2025 dan Mrs. International M World 2025. Seorang lagi peserta Indonesia, Vina Putri, turut dilantik sebagai Duta Keamanan Dunia (UNPKFC).


Para pemenang ini akan terus mewakili negara masing-masing dalam pelbagai program seni dan kebajikan global anjuran World Peace Committee serta United Nations Peace Keepers Federal Council (UNPKFC), dengan fokus memperjuangkan isu kemanusiaan, kelestarian dan keamanan sejagat.


Sebagai kesinambungan kepada acara berprestij ini, 'An Afternoon with M World and LnR EMPIRE' telah diadakan pada 21 September di W Hotel Kuala Lumpur dan diteruskan pada 6 Oktober 2025 di Harlequin 1A, Royale Chulan Damansara


Majlis eksklusif tersebut dihadiri oleh tokoh-tokoh ternama Aaron Tan, Pengurus Besar Royale Chulan Damansara & Curve serta Tan Sri Kayveas, tokoh politik negara.


Acara ini menjadi simbol penyatuan antara diplomasi wanita, keanggunan berjiwa dan jenama yang mengangkat nilai spiritual serta martabat diri sebagai definisi sebenar kecantikan. 

DR. Azlin yang juga ibu kepada sembilan cahaya mata secara jujur menyifatkan kejayaan LnR Empire terletak kepada sokongan suami dan anak-anaknya khususnya yang sulong, Afiqifwan banyak membantu sebagai  Pengurus syarikat.

Dalam majlis sama, Dato Dr Reiss Tiara selaku Pengasas dan Penganjur Miss M Universe/M World turut mengumumkan pelantikan rasmi Dato Dr Azlin, Pengasas LnR EMPIRE, sebagai Duta Kecantikan & Martabat bagi program Islamic Beauty Empowerment Pageant 2026 manakala penyanyi dan. komposer Erul Samah dilantik mewakili Mr. M World 2026.



Pelantikan Dr. Azlin ini menandakan langkah baharu dalam memperkasa wanita melalui keanggunan spiritual dan martabat diri, selari dengan visi LnR EMPIRE untuk menjadikan kecantikan sebagai satu bentuk kekuatan dan inspirasi sejati.


Dan turut menyerikan majlis adalah penyanyi Ezlynn yang menghiburkan tetamu semua dengan sebuah lagu 'One Moment in Life' malah Ezlynn turut menyuarakan harapan agar pihak penganjur mencipta sebuah lagu tema ciptaan Erul sendiri untuk pertandingan ratu cantik yang bakal disambung tahun hadapan.



 

Untuk maklumat lanjut, liputan media atau kolaborasi jenama, pihak penganjur dan LnR EMPIRE boleh dihubungi melalui laman rasmi di lnrlifestyle.com atau talian +6017 961 1628.



#LnREmpire #HairMist #MissMWorld2025  #MissMUniverse2025 #UNPKFC #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan