Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SITI NURHALIZA RAIKAN TIGA DEKAD SENI, JANJI KONSERT 'LEGACY 30' PENUH MAKNA!



PENYANYI
kesayangan ramai dan ikon muzik Asia, Dato' Sri Siti Nurhaliza, bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari 2026 melalui konsert mega istimewa, "Legacy 30 Siti Nurhaliza." 

Persembahan bersejarah ini diadakan sebagai kemuncak sambutan ulang tahun ke-30 penglibatan Biduanita  Negara ini dalam industri muzik tanah air.


Konsert ini merupakan manifestasi dedikasi, cinta, dan keikhlasan Siti Nurhaliza terhadap seni, serta usahanya mengangkat martabat warisan muzik Malaysia ke persada antarabangsa. 


Penganjur, SN Legacy Sdn. Bhd., memilih Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti kira-kira 60,000 penonton untuk memastikan peminat dan pencinta seni dari seluruh Malaysia dan Asia dapat berkumpul dalam suasana yang selesa dan epik. 


Pihak penganjur menegaskan pemilihan lokasi ini bukan untuk memecah rekod kehadiran seperti Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya adalah perancangan teliti bagi memberikan pengalaman konsert yang bermakna.


Siti Nurhaliza sendiri menyifatkan "Legacy 30" sebagai sesuatu yang lebih mendalam daripada sebuah konsert. 


“Legacy 30 bukan sekadar konsert tetapi sebuah simbol perjalanan, pengorbanan dan kejayaan seni saya sepanjang 30 tahun,” ujarnya. 


Beliau menzahirkan hasrat agar peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kerjayanya dapat bersama-sama meraikan detik istimewa ini, sekali gus menyelami semula karya-karya beliau yang telah membentuk kenangan dan sejarah karier yang dirakamkan melalui lebih 20 buah album.


Penganjuran konsert berskala besar ini juga bertepatan masanya kerana ia berlangsung seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026


Diharapkan momentum ini dapat menarik kehadiran peminat dari pelbagai negara, membolehkan mereka menikmati keindahan muzik, seni dan budaya tempatan. 


Langkah ini secara tidak langsung turut menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya dan hiburan bertaraf dunia.



Maklumat Tiket dan Penaja Utama:

Konsert "Legacy 30 Siti Nurhaliza" dibawakan khas oleh Cuckoo dan disajikan oleh penganjur utama, AFFIN Bank


Sebagai penghargaan kepada peminat dan pelanggan setia, Pra-Jualan Eksklusif AFFIN telah dibuka pada 1 Oktober 2025 (12 tengah hari) hingga 3 Oktober 2025 (12 tengah hari) ini, khas untuk pemegang Kad Debit dan Kad Kredit AFFIN.


Jualan tiket kepada orang ramai akan bermula pada 3 Oktober 2025 jam 3 petang, dan boleh didapati melalui laman rasmi www.ticket2u.com


Harga tiket ditawarkan dalam pelbagai kategori tempat duduk, bermula dari RM69 hingga RM1,599


Konsert "Legacy 30" bukan sahaja menjadi persembahan bersejarah dalam dekad ini, malah merupakan manifestasi rasa syukur dan penghargaan Siti Nurhaliza kepada peminat atas sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang kariernya.



#KonsertLegacy30 #SitiNurhaliza #StadiumBukitJalil #PraJualanAFFINBank #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan