SAKSIKAN DOKUMENTARI KHAS "ASEAN 2025: MALAYSIA MENERAJUI NARATIF SERANTAU' Di RTM 25 OKT!
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk "ASEAN 2025: MALAYSIA MENERAJUI NARATIF SERANTAU" yang menyorot kejayaan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Dokumentari ini bakal membongkar pencapaian cemerlang Malaysia sepanjang memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Di bawah terajunya, dokumentari ini memperlihatkan bagaimana ASEAN 2025 mencapai pelbagai kejayaan berdasarkan budaya persetujuan bersama, komunikasi terbuka, dan semangat solidariti.
Perdana Menteri telah berjaya mengurus ketegangan serantau, mencegah konflik, dan memperkukuh kemakmuran, sekali gus menjadikan blok ASEAN dengan populasi 660 juta penduduk sebagai antara pasaran paling dinamik di dunia.
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, menjadi antara tonggak kepada seni bina ekonomi serantau.
Selain itu, kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di bawah pimpinan Malaysia juga disorot, yang berjaya menghimpunkan beberapa pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta pemimpin dari China, Jepun, dan negara anggota ASEAN yang lain.

FAHMI Fadzil dan Dr. Barjoyyai Bardai (kanan).
Dokumentari khas arahan Azry Ahmad Mustafa Hadi terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV, RTM ini turut menampilkan kupasan informatif oleh Jurucakap Kerajaan Madani merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil serta analisis mendalam daripada beberapa ahli akademik mengenai kejayaan Malaysia dari sudut diplomatik, ekonomi, sosial, dan teknologi.
Mereka yang terlibat dalam kupasan ini termasuk Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Azmi Hassan, Pakar Perang Saraf serta Penganalisis Keselamatan dan Politik, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, dan Pensyarah Kanan, Dr. Nur Surayya Mohd Saudi.

DARI kiri: Dr Azmi, Dr, Nur Surayya dan Dr. Noor Nirwandy.
Sehubungan itu, RTM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menonton dokumentari khas tersebut yang bakal bersiaran pada 25 Oktober ini, Sabtu, pukul 4.30 petang di saluran TV1 dan juga menerusi platform RTMKlik di https://rtmklik.rtm.gov.my,
Pengisian program menarik ini dilihat mampu menyebar luas maklumat tentang kejayaan negara mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025 ini dengan pelbagai pencapaian dari sudut diplomatik, ekonomi, sosial serta teknologi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya menerusi TV1 dan RTMKlik.
#ASEAN2025 #AnwarIbrahim #RTM #Dokumentari #RTMKlik #FahmiFadzil #TV1 #fyp


Tiada ulasan:
Catat Ulasan