Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PENGUBAT RINDU' KOZAE CETUS TANDA TANYA, VOKAL NXR DISANGKA AI, MIRIP SUARA SUDIRMAN!


SELEPAS
kejayaan projek kolaborasi 'REALITI' bersama Azharina pada tahun 2024, artis hip-hop tanah air, Kozae dari kumpulan One Nation Emcees, kini kembali mengubati kerinduan peminat dengan single terbaharunya, 'PENGUBAT RINDU'. 

Lagu berentak rap balada ini sarat dengan penceritaan mendalam mengenai persahabatan dan fasa penting untuk 'move on' dalam kehidupan.


'PENGUBAT RINDU' merupakan projek istimewa Kozae bersama seorang penyanyi misteri yang hanya dikenali dengan nama NXR, iaitu sahabat lamanya sendiri. 


Gabungan vokal dalam lagu ini mencetuskan perbincangan hangat apabila ramai yang menyangka suara merdu penyanyi misteri itu adalah hasil karya Artificial Intelligence (AI) kerana alunan suaranya yang seakan-akan menyerupai Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad.


Idea menghasilkan lagu ini timbul secara tiba-tiba selepas Kozae 'bertemu' kembali dengan NXR di laman sosial setelah hubungan mereka terputus sekian lama. 



Walaupun inspirasi asal adalah untuk menceritakan pengalaman Kozae sendiri sebagai anak seni sewaktu menganggotai One Nation Emcees, lirik lagu tersebut secara tidak sengaja turut menceritakan 'pesanan' daripada sahabat baik Kozae, Allahyarham Jojoe. 


Pesanan itu adalah ketika Allahyarham mula berhijrah meninggalkan hal-hal duniawi dan fokus kepada ibadah.


“Kalau ingat aku, bolehlah jadikan ini sebagai pengubat rindumu..” adalah antara kata-kata Allahyarham kepada Kozae seminggu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.


Kata-kata ini memberikan makna yang amat mendalam terhadap karya yang kini menjadi 'pengubat rindu' bukan sahaja buat Kozae, malah kepada peminat.


'PENGUBAT RINDU' merupakan cipttaan Kozae sendiri bersama Dan.el, manakala liriknya adalah hasil kerjasama antara Kozae, Trigga dan Dan.el.


Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music dan YouTube Music.



#PengubatRindu #Kozae #OneNationEmcees #SudirmanHjArshad #Jojoe #NXR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan