Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'RUMAH KAMPUNG', 'LAMPU PELITA' GERGASI SERIKAN SUASANA RAYA DI SURIA KLCC!



KITA sudah
pun memasuki minggu ke-2 bulan Ramadan dan Kak Fas pasti tentu ramai yang dah terbayang kampung halaman masing-masing  kerana rindu yang amat sangat.


Sementara menunggu penantian itu apa kata anda semua berkunjung ke ‘Centre Court’ pusat membeli-belah ikonik, Suria KLCC kerana di situ tersergam indah ‘Rumah Kampung’ yang boleh mengubati rindu pada kampung seketika.


Masih mengekalkan tema kampung, selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena dengan hari lebaran yang bakal kunjung tiba pada 10 dan 11 April kelak, dekorasi yang diterapkan kepada hiasan rumah kampung  kali ini dilengkapi dengan hiasan anyaman asli. 


Tata landskap persekitaran membawakan latar belakang yang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’  dilengkapi dengan hiasan anyaman seperti bakul, kipas tangan dan dulang


Turut diadakan demonstrasi  kraf dan sesi interaktif seperti menganyam rama-rama  dengan kerjasama pihak Kraftangan Malaysia


Kak Fas cuba juga tetapi jika bukan tangan yang biasa menganyam memang lambatlah jadinya… last last ‘surrender’ haha sebab tak cukup masa nak duduk lama-lama, perlu tinjau bahagian lain pula…



Memasuki Rumah Tradisional yang dibina cukup indah sekali, hiasan dalamannya mampu mengimbau kenangan rumah kampung lengkap peralatan dan perabot lama.


Banyak ruang di dalam ini yang boleh menjadi kegemaran pempengaruh untuk berselfie dan sudah tentu Kak Fas pun tidak melepaskan peluang itu.


Di bahagian kiri kanan halaman rumah seperti kawasan kekampungan ada buaian, sangkar ayam diiringi bunyi-bunyian ayam seolah hidup ayam yang berada di dalamnya mahu pun kereta lama  dan kuali besar mengacau dodol.


Seperti biasa menjelang Raya, rumah tentunya dihiasi lampu raya dan pelita di sekeliling bagi menyambut malam tujuh likur dan memudahkan kanak-kanak bermain di halaman yang disinari cahaya malam yang indah untuk bermain bunga api.


Malah jika ada yang nak membeli jualan kraf boleh ke ‘Ramlee Mall’ terletak di Aras 1 bermula dari 15 Mac lalu hingga 7 April depan.



Lebih menarik, dekorasi megah Suria KLCC  turut membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’ malah majlis pelancarannya turut menyaksikan lampu di bangunan berkembar Petronas menyala serentak menambahkan lagi seri malam.


Untuk rekod, ninaan ini telah  diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia yang memaparkan tekstur anyaman berwarna- warni pada setiap panel replikanya. 



Tidak kurang daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana mereka akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. 


Kemeriahan berganda dapat dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu. 




Dalam pada itu, pengunjung yang datang untuk membeli-belah baju Raya dan sebagainya ada ganjaran yang menanti, di mana pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC. 



Selain itu,  50 pembeli pertama yang membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC yang bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100. 


Bila dan berbelanja boleh mengutip pahala juga dengan  membeli ‘Suria Ribbon Pin’, berharga RM10 seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran Kesihatan Mental.


Setiap pembeli akan menerima pelitup muka batik eksklusif di mana kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO yang terpilih. 



Pusat Beli-Belah Alamanda:


Sambutan Hari Raya di Alamanda Putrajaya yang mambawakan tema anyaman berwarna-warni disamping latar belakang taman tropikal turut berlangsung dari 15 Mac sehingga 21 April. 


Laman ‘Court Centre’ Alamanda Putrajaya juga dilihat menampilkan dekorasi tropikal yang dihiaskan dengan binaan 'Rumah Kampung' tradisional dilengkapi elemen anyaman yang berwarna-warni di bahagian dinding, tingkap, dan bumbung rumah. 


Suasana ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dihiasi oleh lampu pelita yang pasti menyingkap kenangan kita terhadap suasana kampung tradisional zaman dahulu kala. 


Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan seperti bermain permainan tradisional ‘Batu Seremban’, ‘Congkak’ bersaiz besar dan juga ‘Teng Teng’. 



Pada setiap hujung minggu bermula dari 30 Mac sehingga 7 April, aktiviti seni dan kebudayaan akan dianjurkan khas untuk penglibatan ahli VIKids, sementara para pengunjung berpeluang untuk belajar cara menganyam ‘ketupat’. 


Persembahan kebudayaan juga turut diadakan pada hujung minggu di laman ‘Centre Court’ bagi meningkatkan keriangan sambutan lebaran. 


Kemeriahan Aidilfitri juga dapat dirasai apabila para pembeli akan mendapat ganjaran melalui ‘Shoppers Rewards Programme’ di mana mereka yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima beg anyaman berwarna-warni serta satu set Sampul Raya eksklusif. 



Bagi pembeli yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas dalam dua resit, mereka akan menerima RM50 Baucar Beli- Belah Alamanda bersama beg anyaman dan Sampul Raya. 


Dengan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial korporat, Pusat Beli-Belah Alamanda meluaskan keperihatinannya kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui acara berbuka puasa khas untuk anak anak yatim. 


Program ini membolehkan anak-anak yatim ini menikmati persembahan sambutan perayaan, beli-belah persalinan dan perhiasan Hari Raya yang baru, serta menerima 'Duit Raya'. 



Pusat Beli-Belah Mesra Mall: 


Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Terengganu turut menjayakan kempen Hari Raya yang akan berlangsung selama 46 hari, bermula dari 12 Mac hingga 30 April


Sambutan ekstravaganza kali ini juga menampilkan hasil anyaman tradisional dalam dekorasinya bagi memperkaya budaya tempatan dalam menyambut kehadiran Aidiliftri. 


Turut tidak ketinggalan, para pengunjung Mesra Mall juga berpeluang untuk merasai keriangan lebaran dengan menikmati ganjaran eksklusif dengan menerima sebuah beg buluh anyaman berwarna-warni dan satu set Sampul Raya pada setiap pembelian RM350 dalam dua resit



Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada hari Jumaat dan Sabtu menjelang sambutan Hari Raya, antaranya adalah Pertandingan Anyaman Kostum, Pertandingan Mewarna Mesra untuk kanak-kanak, Bengkel hiasan 'Biskut Raya', persembahan tarian tradisional, sambutan Hari Raya bersama masyarakat 'Orang Asli', Bengkel Gubahan Bunga, Bengkel Solekan Raya, dan juga Bengkel 'Kembalikan Kad Raya'


Turut serta dalam meneruskan inisiatif terhadap tanggungjawab kelestarian korporat, Mesra Mall ingin menyantuni nilai Aidilfitri kali ini dengan mambawakan program Jalinan Mesra bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemaman pada 21 Mac. 


Dalam usaha itu, 40 warga emas akan menyertai pihak pengurusan Mesra Mall, pihak berkuasa tempatan, dan penaja untuk berbuka puasa bersama-sama. 


Selain daripada itu, pengagihan bubur lambuk akan diadakan untuk 500 pengunjung utama pada 28 Mac



Maklumat lanjut layari LINK INI.


#SuriaKLCC #AlamandaPutrajaya #MesraMall. #HariRaya #LampuPelita #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan