Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MILIKI RUMAH IDAMAN BERKONSEPKAN 'SMART HOME' DI IZARA II @BAYU SUTERA


JIKA dahulu anda pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah rumah idaman tetapi disebabkan kewangan tiidak mengizinkan, impian itu dipendamkan seketika.


Katakanlah impian itu terpendam lebih 10 tahun lalu di mana kediaman yang wujud pada waktu itu hanya sebuah rumah biasa di kawasan biasa yang barangkali juga tidak mempunyai fasilitas lengkap.


Tetapi kini dengan bangunnya revolusi digital yang semakin canggih dengan kewujudan  teknologi AI, sudah wujudnya perumahan yang dilengkapi ciri-ciri rumah pintar atau ‘Smart Home’.


Dengan adanya pembangunan ‘smart home’ sudah tentu ia menjadi pilihan ‘smart people’ yang mahukan sebuah kediaman selesa selari dengan era teknologi digital sekarang ini.


Jadi, sudah tentu mereka yang sebelum ini berangan-angan memiliki rumah tidak menyesal menunggu lama apabila dengan kewangan dan kemudahan pinjaman bank ketika ini membolehkan mereka memperoleh sebuah rumah yang bukan sahaja sekadar untuk berlindung tetapi dilengkapi sistem pintar.


RUANG tamu yang luas mudah dikendali dengan sistem pintar - kawalan suara.


Kediaman Berkonsepkan Rumah Pintar:


Terbaharu, perumahan berkonsepkan  rumah pintar ini sedang membangun di Bandar Sri Sendayan terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar Seremban iaitu Bayu Sutera, sebuah projek oleh pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Berhad.


Sejak fasa pertamanya, Izara@BayuSutera dilancarkan tahun lalu, ia dijual sepenuhnya dalam tempoh singkat sekali gus membuktikan projek perumahan canggih sedemikian  diterima ramai.


Sehubungan itu, untuk  elak mereka yang ‘putih mata’ kerana gagal menempah Izara@Bayu Sutera, usah khuatir kerana anda kini lebih bertuah untuk memiliki kediaman di kawasan sama dengan pelancaran fasa kedua, iaitu Izara II @BayuSutera yang kini sudah dibuka untuk tempahan.


Gempar Raya Bonanza:


Bertuahnya anda kerana sempena sambutan Hari Raya tahun ini, pihak pemaju menawarkan promosi ‘Gempar Raya Bonanza’ yang mana pemilik  yang membeli rumah dalam tempoh kempen iaitu dari 23hb Mac hingga 12hb May 2024, layak mendapat rebat tambahan sebanyak RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000.



Wow! Tak ke bertuah namanya, dapat sebuah rumah pintar teres dua tingkat dengan empat kamar tidor bersamaan 4 bilik mandi pada keluasan saiz lot 20’ x 70’ (intermediate) dalam binaan 2,315 kaki persegi (intermediate) dengan harga bermula dari RM RM553,xxx.


Sistem Pintar:


Lebih memuaskan apabila Harta tanah milik bebas ini menawarkan kediaman tepi tasik dengan bekalan sistem pintar seperti kunci digital, modul pencahayaan, Penyaman Udara IR Blaster dan Kawalan Suara (smart speaker) malah lebih selamat apabila dilindungi pagar tinggi  dan disediakan pos pengawal.


Kak Fas percaya ciri paling utama yang menjadi pilihan seseorang untuk membeli rumah tentu sekali melihat kepada kemudahan persekitarannya apakah dekat dengan sekolah, pusat rekreasi malah dekat dengan kedai supaya mudah membeli-belah.


Iyalah dalam musim panas dengan kesesakan lalu lintas yang semakin hari semakin banyak jumlah kenderaan di jalan raya, memang malas nak memandu jauh sekadar nak membeli barang keperluan dapur contohnya.


Di persekitaran Bayu Sutera ini anda tidak perlu risau hendak keluar kawasan kerana segalanya berhampiran dan mudah dikunjungi terutama apabila memikirkan soal pendidikan anak.



Kemudahan Pendidikan/Sekolah Global Matrix:


Ada tiga jenis sekolah yang boleh menjadi pilihan dibina diatas tanah seluas 20 ekar meliputi Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix.


Sekolah berkenaan yang dibina mengikut reka bentuk unik dan klasik Kolonial British dilengkapi  dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.



Kawasan Riadah:


Dan pada hujung minggu apabila anak-anak cuti sekolah, bolehlah beriadah bersama keluarga melakukan senaman ringan di taman tasik berhampiran seluas 3 ekar samada berlari kecil di laluan joging atau bersenam ringan di parcourse atau di  dek plaza sambil mata segar menikmati hiasan ciri-ciri air  sekeliling dan sebagainya seperti di bawah:

  • Taman permainan
  • Gelanggang badminton
  • Laluan Refleksologi


Keahlian Rumah Kelab d' Tempat:


Bagi setiap pemilik rumah pula, mereka berpeluang mendapatkan  keahlian Kelab Desa d’Tempat secara percuma yang mempunyai kemudahan kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, s, bar dan kafe.


Tu dia...banyak kan fasilitas yang disediakan di dalam kelab tersebut, jadi dah tak perlu mencari venue lebih jauh untuk menganjurkan sebarang majlis atau kenduri kahwin sekali pun waima sudah ada dewan bankuet di dalam kelab


Pendek kata, penghuni yang mendiami kawasan Bayu Sutera di Bandar Sri Senayan tidak perlu bazirkan minyak kereta dan melalui Lebuh Raya Utara Selatan yang sentiasa sebuk sepanjang hari untuk beriadah.


Kawasan riadah X Park Sendayan:



Jika nakkan atomospera lain pun boleh sahaja beriadah di beberapa tempat hiburan berdekatan atau taman rekreasi  terkenal, X’ Park Sendayan yang menyediakan aktiviti seperti go-kart, golf range, ATV, buggy ride dan sebagainya.


Pendek kata, dalam memajukan dan membina sebuah santuari berkonsepkan ‘Kasih dan Ikatan’ ini sudah tentu tidak lengkap tanpa adanya pusat tempat membeli-belah untuk komunitinya.



Sendayan Merchant Square:


Bayu Sutera telah pun membangunkan Sendayan Merchant Square terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti.


Ia juga didatangkan dengan tanah seluas 6.4 ekar yang dikhaskan untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan.


Jadi kalian semua... dah baca dan faham kan apa yang Kak Fas tulis ini?


Tak apa jika masih mahu maklumat lanjut boleh layari laman http://izara2.bayusutera.com atau klik DI SINI.


Jika tempah pembelian sekarang InsyaAllah anda akan berhari Raya di rumah baharu dalam tempoh ia dijangka siap pada 2026.



Tak lama lagi tu... pejam celik, pejam celik dah siap nanti ya!


Informasi lanjut: 


Apa pun jika mahukan maklumat lebih terperinci bolehlah menghubungi pemaju BSS Development Sdn Bhd di talian 1 800 88 2688 atau layari platform sosial media melalui:


 - Instagram @matrix_concepts; 

 - Facebook   @matrixconceptshomes



#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome 

#GemparRayaBonanza #BSSDevelopment #MatrixConceptsHomes #Rumah #fyp



2 ulasan:

  1. Ramai kata Bandar Sri Sendayan ni mmg berbaloi kalau nak beli kediaman...kawasan dia pun strategik sgt!

    BalasPadam

  2. Lumayan jugak ganjaran die, best kalau dapat 10k tu

    BalasPadam