Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MDCC PERKENAL PAKEJ 'TRULY DINE & CULTURE'


TAHUN
Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak 97.6 bilion ringgit.


Sehubungan itu, memang tepat sekali apabila Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) memperkenalkan program ‘Truly Dine & Culture’ merangkumi 2 pakej yang boleh ditempah pemain industri iaitu "PAKEJ MDDC LUNCH & PAKEJ MDCC DINNER”.


Diramalkan bakal menjadi daya tarikan yang baharu dalam sektor pelancongan negara, ‘Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) — Truly Dine & Culture’ membolehkan pelancong merasai sendiri kebudayaan etnik yang ada di Malaysia seperti Majlis Perkahwinan, Tarian dan juga Makanan Tradisional.



“ Malaysia Datum Culutral Centre (MDCC) memberi peluang kepada ramai pihak seperti pemain industri Art & Craft, syarikat penyediaan acara yang menyediakan program kebudayaan seperti pertunjukkan tarian tradisional, pakaian busana, permainan tradisional, jamuan menu tradisional dan banyak lagi. Ianya akan mendidik pelancong luar negara berkenaan kebudayaan yang ada di Malaysia.”  ujar Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Bin Abbas pada majlis pelancaran ‘Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC) — Truly Dine & Culture’ bertempat di Temu Jelatek baru-baru ini.



Turut hadir Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd., Tengku Khairil Azwan; Pengarah Pakej Pembangunan Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah;  Pengarah Swing & Pillows,  Dino Loh;  Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat DatumCorp International Sdn Bhd., Hajah Suzana Zakaria; Pengurus Acara & Pelancongan Fokus, Roul Mustaffa dan Timbalan Presiden MITDA, Dato Azlie Halim.


DARI kiri: Azlie, Roul, Tengku Khairil, Mahmud, Dino dan Suzana.


Menurut Mahmud, kemudahan pengangkutan awam seperti LRT yang menghubungkan terus ke MDCC akan memudahkan pelancong manakala tempat parkir bas-bas persiaran yang luas adalah fasiliti asas yang disediakan.



Pada majlis prebiu Pakej MDDC berkenaan, para tetamu dipersembahkan dengan pelbagai acara seperti pertunjukan  tarian tradasional semua kaum di Malaysia mahu pun persembahan perkahwinan Melayu dengan hidangan kenduri kahwin serta  persmbahan silat mahupun acara tepung tawar pengantin yang turut dilakukan artis jemputan, primadona terkenal, Nasya Aziz (bawah, kanan).



Sementara itu,  Suzana menyeru agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama dan mengetahui lebih lanjut berkenaan MDCC, boleh hubungi MDCC Hotline — 011 6135 9662.


“MDCC ibarat “bayi yang baru lahir” yang memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam sektor pelancongan negara seperti agensi pelancongan, perhotelan,  persatuan dan semua industri yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam merancakkan ekonomi pelancongan,” jelas Suzanna.



Produk baharu pelancongan yang memartabatkan kebudayaan dan tradisi di Malaysia ini adalah sebuah usaha dari DatumCorp International Sdn Bhd (DCI)


Untuk rekod, DCI merupakan anak syarikat penuh Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah membangunkan projek DATUM JELATEK, merangkumi pembangunan perumahan mewah, Datum Jelatek Residence dan Pusat Beli Belah Datum Jelatek Shopping Centre.



#MDCC #TahunMelawatMalaysia2026 #NasyaAziz #TrulyDine&Culture #DATUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan