Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN DIPELAWA HANTAR PENCALONAN ANUGERAH TIA!


BUAT
julung kalinya, Persatuan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) akan menganjurkan Anugerah Industri Pelancongan (TIA) pada 26 Julai 2024 bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.


Anjuran bersama Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia  (MFMPA)

dan Majalah Santai Travel, ia bakal menyediakan 60 Anugerah dalam pelbagai kategori berkaitan industri pelancongan.



“Anugerah Industri Pelancongan ini adalah satu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada individu dan organisasi yang sumbangan cemerlang mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan industri pelancongan,” ujar Dato’ Emmy Suraya Hussein selaku  Pengerusi Penganjur TIA 2024 pada majlis pelancaran TIA yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Timbalan Pengarah Kanan, Pengiklan Pasaran Antarabangsa & Global mewakli Ketua Pengarahj Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal;Presiden MITDA, Kapten (B) Mahadzir MansorPengasas Majalah Santai Travel, Datuk Azlie Halim; Presiden MFMPA, Dr. Jason Hee; Pengarah Kumpulan Jualan & Pemasaran Hotel Royal Chulan, Aaron Tan dan Setiausaha MITDA, Dato Noorzaleha Baharuddin.


DARI kiri: Jason, Kapten Mahadzir, Emmy, Mohd Amirul, Noorzaleha, Aaron dan Azlie.


Berkongsi lanjut, Emmy Suraya memberitahu, melalui anugerah tersebut diharap dapat memberi motivasi dan suntikan semangat buat semua penggiat industri pelancongan untuk bekerja lebih keras dan kreatif dalam menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan negara.


“Jika kita boleh melahirkan penggiat dan perkhidmatan pelancongan yang baik dan berkualiti, kita dapat membantu sasaran pelancongan negara menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026,”  tambahnya yakin.



Sambung Emmy, selain mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pemain industri pelancongan untuk produk dan perkhidmatan yang cemerlang dan inovatif, ia juga bertindak sebagai insentif kepada peserta untuk berusaha mencapai tahap profesionalisme dan kualiti tertinggi dalam kedua-dua produk dan perkhidmatan.


'Saya mengambil kesempatan ini menjemput semua orang untuk mengemukakan pencalonan individu dan organisasi yang layak dalam kategori masing-masing dan berharap menerima sambutan yang baik daripada orang ramai kerana ia adalah satu cara untuk mengiktiraf mereka yang telah bekerja keras selama ini untuk mempertahankan taraf pelancongan di negara ini,” ujarnya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menyumbang ke arah kejayaan industri pelancongan.


“Terima kasih khas kepada semua rakan strategik kerana terus menyokong usaha kami dalam industri pelancongan.


"Ahli-ahli perdagangan pelancongan Malaysia dan antarabangsa serta media dijemput untuk menyerahkan pencalonan mereka untuk mana-mana kategori anugerah,” akhiri Emmy Suraya.




#AnugerahIndustriPelancongan2024 #MITDA #TahunMelawatMalasia2026 #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan