Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ASTRO SAJIKAN PROGRAM MENARIK SEPANJANG RAMADAN


SEMPENA menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah tahun ini, syarikat penyiar dan penstriman utama negara, ASTRO menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga.


Bertemakan Masa, Anugerah Terindah, para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.


Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.


Mereka terbabit  terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.


DUTA Ramadan & Raya Astro (dari kiri): Meirul, Qasrina, Jalaluddin, Erysha dan Hun.


Kempen Ramadan Astro 2024 bermula dengan penganjuran ‘Assalamualaikum’, program pra-pengaktifan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat. 


Program ‘Assalamualaikum’ telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac. 


“Astro sentiasa berusaha untuk menyajikan kepelbagaian program yang baharu dan menarik di sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap pelanggan. Pada Ramadan tahun ini, pihak Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa, di mana kami telah menyusun seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing,” ujar Ketua Saluran Astro Ria, Prima & Warna, Norzeha Mohd Salleh pada majlis pelancaran Program Ramadan Astro di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurutnya, lebih daripada 90 kandungan baharu yang menarik telahpun tersedia buat para pelanggan Astro pada Ramadan ini. 



“Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80% lebih tinggi dari tahun sebelumnya,” jelas ujar Norzeha.


Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada para penonton juga bertepatan dengan mesej yang ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila pelanggan Astro mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga. 


“Selain daripada sajian kandungan, kempen Ramadan tahun ini lebih indah apabila kami turut menghiasi aktiviti lapangan dengan menganjurkan program ‘Assalamualaikum’ di beberapa negeri termasuk Johor Bahru, Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk meluangkan masa dan bertemu masyarakat setempat. Akhir sekali, Salam Ramadan Mubarak. Semoga bulan mulia ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan untuk kita semua, ” akhiri Norzeha.


Sementara itu, sempena Ramadan juga para pelanggan Astro boleh menikmati tawaran hebat dan berpeluang untuk melibatkan diri dalam acara-acara menarik yang bakal dianjurkan. 



Tawaran dan aktiviti yang bakal disediakan, termasuk


  • Astro berbesar hati memperkenalkan saluran baharu ‘Jom Ngaji’ (Saluran 130) di sooka dan NJOI tanpa sebarang kos tambahan. Pelanggan sooka dan NJOI kini boleh memulakan perjalanan Ramadan dengan penuh ketenangan bersama saluran baharu ini kerana ia menampilkan Qari-qari tempatan yang akan membacakan ayat-ayat suci dari Al-Quran serta menerangkan maksud di sebalik ayat yang dibaca agar dapat menjadi santapan nurasi kepada para pelanggan di bulan Ramadan ini.
  • Pelangan Astro  boleh meraikan sambutan Ramadan dengan tawaran rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%* bermula daripada hanya RM41.99/bulan. Untuk pengalaman hiburan keluarga semua-dalam-satu, pelanggan Astro juga boleh menambah Astro Fiber pada langganan yang kini menawarkan 500Mbps untuk hanya RM90/bulan** (RRP: RM189) selama 24 bulan. Untuk langganan sifar kontrak, pelanggan boleh mempertimbangkan Pek Hiburan sooka yang mengandungi semua program ini untuk masa bersama keluarga melalui www.sooka.my.
  • Diskaun 30% diberikan untuk langganan dengan pendaftaran autodebit sahaja.(Tertakluk pada terma dan syarat)
  • Sebagai tambahan, para pelanggan juga dapat menindahkan bulan Ramadan bersama Astro dan jadikan ‘Masa, Anugerah Terindah’ dengan berkongsi sticker eksklusif Ramadan Astro di aplikasi WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang. Muat turun sticker WhatsApp Ramadan Astro di aplikasi My Astro dan SYOK.



Dalam pada itu, mengambil kesempatan bulan Ramadan, buat julung kalinya Astro Kasih menganjurkan Kempen Kasih Ramadan dengan membuka tabung sumbangan kepada masyarakat umum untuk membantu golongan yang memerlukan.


Segala hasil kutipan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Ikhlas.


Untuk maklumat lanjut boleh layari lakan rasmi di https:://yayasanikhlas.org,my/.



#KempenRamadan #MasaAnugerahTerindah #Syok #YayasanIkhlas #Astro #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan