Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SERTAI PRUBSN WARISAN GOLD, LINDUNGI KELUARGA & BERAMAL!



DAHULU sebelum ditimpa kemalangan saya tidak begitu sedar pentingnya memiliki perlindungan takaful keluarga tetapi kini saya akui ia amat penting dan semua sebenarnya harus memilikinya,” begitu antara pandangan selebriti, Awal Ashari pada majlis pelancaran PruBSN Warisan Gold baru-baru ini.


Beliau memaklumkan demikian sebelum memulakan tugasannya mengacarakan sesi perbincangan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan sumbangan takaful secara holistik, serta merapatkan jurang perlindungan bagi warga Malaysia di samping mengutamakan prinsip-prinsip Syariah.


Bertempat di Canopy Garden, TRX Exchange, diskusi mengenai topik ‘PruBSN Warisan Gold: Melindungi Legasi, Berkongsi Rezeki’ membariskan empat panelis terdiri dari Timbalan Ketua Pegawai Pemasaran, Teh Siew Peng; Setiausaha Eksekutif Persatuan Takaful Malaysia (MTA); Shazlyna Abdullah;  Pendakwah Selebriti & Pensyarah, PU Amin dan Pengurus Bahagian Kewangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Mohd Bokhari.


Turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran PruBSN Warisan Gold adalah Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Takaful Berhad, Wan Saifulrizal Wan Ismail (gambar bawah, tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan  Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop (dua dari kiri).



Seperti Awal Ashari, bagi mereka yang belum peka mengenai pentingnya memperoleh perlindungan takaful untuk keluarga tentu ingin tahu apa sebenarnya PruBSN Warisan Gold ini kan?


PruBSN Warisan Gold merupakan satu pelan warisan inovatif yang dirumus untuk melindungi keluarga anda daripada terkesan impak risiko kewangan dan situasi yang tidak terduga.  


Diperkenalkan  oleh pengendali Takaful Keluarga No. 1 di Malaysia bagi tahun yang ke-10 berturut-turut,  Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pelan PruBSN Warisan Gold menawarkan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan yang bernilai tinggi bagi kematian, peningkatan automatik dalam jumlah perlindungan, bonus warisan dan pelbagai manfaat tambahan lain. 


Elemen-elemen yang dirangka dengan teliti ini bertujuan untuk menangani kebimbangan keluarga,dalam memastikan masa depan kewangan mereka kekal terjamin di sebalik ketidaktentuan dalam kehidupan. 



PruBSN WarisanGold membuktikan komitmen kami untuk melindungi rakyat Malaysia. Pelan yang ditambah baik ini merupakan siri yang ketiga bagi solusi takaful PruBSN Warisan yang telah dilancarkan sejak tahun 2016. 


‘Sehingga tahun 2023, kami telah dan akan terus melindungi lebih daripada 200,000 individu, dengan nilai jumlah perlindungan sebanyak RM 84 bilion. Sehingga hari ini, jumlah tuntutan yang diluluskan bagi perlindungan ini telah mencecah lebih daripada RM160 juta,” jelas Wan Saifulrizal pada media yang hadir.


Menurutnya, dengan keadaan semasa, di mana rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kerisauan, adalah amat penting bagi masyarakat untuk mengamalkan strategi kewangan yang sesuai. 



PruBSN WarisanGold mencerminkan komitmen kami untuk membantu memupuk daya tahan kewangan, memberikan pelanggan kami masa depan yang lebih terjamin dan tenang untuk diri mereka dan juga insan tersayang,” tambah Wan Saifulrizal sambil menekankan betapa pentingnya perancangan kewangan yang teratur, khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran-cabaran baharu pada masa kini.


Berkongsi lanjut katanya, dengan perlindungan yang komprehensif, pelan ini menawarkan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan yang bernilai tinggi bagi kematian, peningkatan automatik dalam jumlah perlindungan, bonus warisan dan pelbagai manfaat tambahan lain. 


Elemen-elemen yang dirangka dengan teliti ini bertujuan untuk menangani kebimbangan keluarga,dalam memastikan masa depan kewangan mereka kekal terjamin di sebalik ketidaktentuan dalam kehidupan. 


PruBSN WarisanGold mensasarkan segmen pasaran yang lebih luas termasuk keluarga muda dan matang yang mencari produk perlindungan terbaik. 


Dengan tawaran Hibah Takaful yang inovatif, pelan ini memastikan dalam situasi yang sukar, waris mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan dengan kedudukan kewangan yang terjamin.

 

Pelan tersebut turut menyediakan pilihan Sadaqah/Wakaf, yang memberi peluang bagi pelanggan untuk memberikan sumbangan untuk tujuan amal, sekaligus memupuk budaya saling bantu-membantu dan solidariti dalam komuniti.


Sadaqah menerusi PruBSN Prihatin:


PruBSN Prihatin merupakan sebuah pertubuhan amal yang diasaskan pada tanggal 23 Mac 2015. Ia menawarkan akses kepada peluang pendidikan dan kemahiran hidup, kesihatan dan kesejahteraan, serta bantuan bencana buat para keluarga dan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.


Wakaf menerusi Yayasan Wakaf Malaysia:


Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 melalui Akta Pemegang Amanah 1952. Objektifnya adalah untuk membangunkan dan memajukan hartanah-hartanah wakaf di seluruh negara.


Seperti ulasan PU Amin katanya, “dari sudut etika PruBSN WarisanGold, menekankan keselarasan pelan tersebut dengan nilai-nilai Islam sekali gus menggambarkannya sebagai saluran bagi nilai keihsanan, kemurahan hati, dan keadilan sosial”.


DARI kiri: Siew Peng, Shazlyna, Awal Ashari, Pu Amin dan Mohd Bokhari.

Untuk rekod, Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 melalui Akta Pemegang Amanah 1952. Objektifnya adalah untuk membangunkan dan memajukan hartanah-hartanah wakaf di seluruh negara.


Lebih menarik, bersempena dengan pelancaran PruBSN WarisanGold, PruBSN akan memberikan ganjaran eksklusif melalui kempen PruBSN WarisanGold Golden Opportunity


Bagi pelanggan yang menyertai PruBSN WarisanGold dengan jumlah perlindungan asas minimum bermula dari RM500,000, mereka layak berpeluang untuk memenangi sehingga 2 keping Wafer Syiling Emas 999.9 daripada Habib (tertakluk kepada terma dan syarat). 


Tambahan dari itu, pelanggan juga layak untuk menyertai Cabutan Rezeki yang menawarkan hadiah emas yang lebih menarik. 


Bagaimana pun, tawaran ini sah bermula 29 Februari hingga 30 April 2024, jadi cepat-cepatlah menyertai PruBSN Warisan Gold ini sebelum ‘putih mata’ ya.


Dengan sumbangan yang bermula daripada RM50 bagi seorang kanak-kanak dan RM100 bagi seorang dewasa, pelan PruBSN WarisanGold turut mencakupi manfaat tambahan yang serba inovatif, menggandingkan jumlah perlindungan yang tinggi, suntikan nilai tunai, serta ganjaran kematangan, semuanya dirangkumkan dalam sebuah pakej yang komprehensif.



Pendek kata, PruBSN WarisanGold ialah solusi legasi Takaful berunsur pelaburan dan patuh syariah, dirumus untuk memenuhi keperluan perlindungan para keluarga yang unik dengan ciri fleksibiliti yang tiada bandingannya dalam pasaran. 


Berlatarkan kehidupan yang penuh dengan cabaran, PruBSN WarisanGold membantu para pelanggan menjamin masa depan mereka, dengan membina sebuah legasi yang dapat diwarisi oleh insan-insan tersayang sekiranya sesuatu yang tidak diduga berlaku. 


Dengan perlindungan tinggi yang  mampu milik, ia menawarkan perlindungan bagi kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) bermula daripada RM350,000 (RM250,000 bagi kanak-kanak), perlindungan kematian akibat kemalangan sehingga 600% daripada Jumlah Perlindungan Asas, manfaat khas untuk meningkatkan nilai warisan mereka dengan Protection Enhancer bagi peningkatan perlindungan automatik sehingga 15%, Legacy Booster berserta Legacy Bonus untuk memaksimumkan nilai tunai yang akan diperolehi setiap tahun. 


Di samping perlindungan hayat yang tinggi, keluarga (calon/penuntut) juga akan menerima bantuan kewangan segera dengan Manfaat Khairat sebanyak RM3,000 serta manfaat Badal Haji sebanyak RM3,000


Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai pilihan bagi tempoh perlindungan dan kekerapan bayaran dan boleh disuai padan dengan pelbagai manfaat tambahan yang turut boleh dipilih. 

Ia memberikan ketenangan kepada pelanggan dengan adanya perlindungan unik yang memenuhi keperluan mereka serta memastikan masa depan keluarga mereka lebih terjamin. 


Dari melindungi diri dan keluarga hingga memenuhi tuntutan kerohanian, pelanggan boleh meninggalkan sebuah warisan buat keluarga mereka sambil menyumbang kepada masyarakat menerusi Pilihan Kebajikan.


Apa pun, jika mahu maklumat lanjut mengenai pelan-pelan perlindungan mampu milik serba baharu ini dan juga pelbagai manfaatnya,  boleh layari www.prudential.com.my dan www.prubsn.com.my atau lebih mudah klik sahaja DI SINI.



#PruBSNWarisanGold #PerlindunganTakaful #PruBSNWarisan #BadalHaji #Amal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan