Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'1001 TALES OF ARIANI' PERKENAL KOLEKSI LEBARAN 2024 PENUH GLAM!


SETIAP
kali
  jenama fesyen terkemuka Malaysia, ARIANI mengadakan majlis ia dilangsungkan dalam acara yang cukup gah lagi glam.


Sepanjang pintu masuk ke Dewan Utama di Aras 3 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dipamerkan produk-produk Ariani malah dewan dalam di mana pertunjukan fesyen berlangsung dihiasi cukup indah sekali.


Bertemakan ‘1001 Tales of Ariani”, majlis diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dengan lebih kurang 800 tetamu jemputan.



Memang grand sangat!


Apa pun bagi Kak Fas bila sebut ‘Ariani’ tentu sekali tudungnya yang menjadi perhatian waima koleksi tudung Ariani memang berkenan pada mata.


Tahun ini, koleksi tudung ARIANI LEBARAN 2024 disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia bahkan bukan tudung sahaja tetapi majlis ‘1001 Tales of Ariani’ turut mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.


“Saya bersyukur dan gembira apabila jenama Ariani terus menerus mendapat sokongan dan diterima pelanggan setia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif ARIANI Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip dalam ucapan ringkasnya.



Beliau juga menekankan komitmen ARIANI dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif. 


Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed, dengan pelbagai rekaan seperti voile embroidery, embroidery plain, jacquard twill, koleksi popsicle, dan shawl bersulam. 


Setiap koleksi direka dengan nuansa glamor dan penuh warna, menampilkan motif alam, flora, dan cetakan abstrak yang elegan dan praktikal. 




Segmen kedua disusuli dengan pertunjukan rekaan dari rangkaian ARIANI LUXE, direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif. 


Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki ARYAN turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa. 


Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material  berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci. 



Masih lagi mengekalkan 3 duta Ariani iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, Ariani menambah penyertaan muka baharu dengan menampilkan gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir.




ARIANI RTW menampilkan 110 koleksi lebaran merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah


Menerusi koleksi ini, kesemua rekaan mengangkat seni cetakan dalam nuansa pastel dan vibrant yang menyerlahkan lagi imej kewanitaan pelanggan ARIANI tatkala meraikan Aidilfitri serta turut mengangkat warna-warna ‘trendy’ yang menjadi pilihan ramai pelanggan antaranya warna ‘Brick Orange’ dan ‘Lilac’. 


Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, ARIANI RTW mahukan setiap wanita merasai pengalaman perayaan yang istimewa dengan memperkenalkan harga mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki disamping rekaan yang minimal dan elegan. 



Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL malah ARIANI RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di Hari Raya


Kemuncak majlis pada petang itu merupakan  pertunjukan fesyen dari The Premium Series by ARIANI RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad. 



Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini. 


Memang wow dan terbaik Majlis ‘1001 Tales of Ariani’, Tahniah!


Jika mahukan maklumat lanjut boleh berhubung dengan bahagian Pemasarannya melalui Fazreen Ramli (012-2351842/fazreen@ariani.my) atau  Ainaa Mohamed Salim (012-2861124/ainaa.mohamedsalim@ariani.my).



#Ariani #ArianiRTW #Tudung #1001TalesOfAriani #HariRaya #ArianiLuxe #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan