Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GOPAYZ UMUM PEMENANG PAKEJ UMRAH BERNILAI RM18,500

 


Siaran Media:


Kuala Lumpur GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile telah mengumumkan pemenang Hadiah Utama bagi Kempen Akhir Tahun Perkhidmatan Islam mereka yang berlangsung daripada 10 November hingga 31 Disember 2023 lalu.


Ahmad Syazwan Aziz Bin Aminuddin, 25, berasal daripada Kelantan, merupakan pemenang pakej Umrah yang dibiayai sepenuhnya untuk dua orang. 


Pakej ini, yang bernilai RM18,500, termasuk tiket penerbangan, penginapan, visa perjalanan, insurans serta makan


Ahmad Syazwan, yang juga merupakan pengguna GoPayz sejak dua tahun lalu, telah dimaklumkan bahawa beliau boleh membayar Zakat menggunakan GoPayz ketika dia berkunjung ke sebuah masjid. 

Beliau teruja mengetahui bahawa pembayaran Zakat yang dibuatnya telah membawa kepada kemenangan Hadiah Utama kempen ini.

“Semasa melihat banner tentang pembayaran Zakat melalui GoPayz di  masjid, saya hanya memikirkan untuk menunaikan kewajipan pembayaran Zakat saya. Saya dapati GoPayz memudahkan urusan saya kerana saya kesuntukan masa untuk mengunjungi kaunter Zakat. 

"Saya tidak menjangka akan dapat memenangi Hadiah Utama kerana ini merupakan kali pertama saya membayar Zakat. Nilai hadiah ini sangat tinggi berbanding bayaran yang saya buat. Saya bersyukur dengan peluang ini,” kata Ahmad Syazwan

Beliau menambah bahawa keluarganya sudah merancang untuk menunaikan Umrah pada tahun ini, justeru berhasrat  membawa kakaknya bersama.

Sebagai e-dompet yang mempunyai penyertaan terbesar oleh badan dan pihak berkuasa Zakat, GoPayz menjadikan kewajipan membayar Zakat lebih mudah dan selamat untuk orang-orang Islam. 



Di sepanjang kempen ini berlangsung, para pengguna hanya perlu membuat pembayaran Zakat atau sumbangan Wakaf dengan nilai minimum sebanyak RM50 untuk peluang memenangi Hadiah Utama. 

Selain Hadiah Utama,  pengguna GoPayz juga boleh mendapat ganjaran tunai sebanyak RM10

Hasil daripada inisiatif ini, GoPayz telah menyaksikan peningkatan transaksi sebanyak 77% semasa tempoh kempen ini berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut tentang GoPayz serta penawarannya, layari https://www.gopayz.com.my/  atau nak lebih mudah klik SINI.




#GoPayz #KempenAkhirTahunPerkidmatanIslam #HariRaya #BayarZakat #fyp 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan