Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'LELAKI ITU' ANTARA DRAMA TV3 RAI RAMADAN IKUT 'RARA MACAM DULU DULU'



Ramadan tiba! Ramadan tiba!


Ya setiap kali tibanya Ramadan setiap kali juga pada bulan yang mulia itu, stesen-stesen televisyen menyediakan program bersesuaian untuk ditonton.


Tahun ini, TV3 dan Tonton tidak terkecuali merancakkan lagi Ramadan Raya 2024 ini menerusi sajian drama-drama menarik khas buat penonton setia mereka.


Mengambil tema ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’, ia berkonsepkan raya klasik seperti zaman 80an dan 90an yang boleh membawa kita mengimbau nostalgia zaman dahulu.


“RaRa’ membawa erti ‘Ramadan Raya’ di mana tema yang dipilih  cuba menyampaikan tanda peringatan kepada kita untuk kembali menyambut bersama yang tersayang dengan penuh kemesraan dan lebih meriah kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.



“Barisan drama kali ini lebih istimewa kerana kami lebih tumpukan kepada situasi semasa yang dapat dikaitkan dengan penonton supaya mereka merasai dan menjiwai drama yang ditonton. Antara isu yang kami cuba terapkan adalah isu semasa, kekeluargaan dan sosial yang relevan. Ini membuatkan sesuatu drama itu lebih menonjol dan dekat di hati penonton,” ujar  Ketua Pegawai Operasi TV3 & Tonton, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Ketua Pegawai Pemasaran Media Prima Berhad, Amir Rasyidi Johari pada majlis ‘RaRa Tonton Drama Sangat Fans Special: 2024 Ramadan Raya Drama Reveal’ bertempat di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Turut hadir barisan artis-artis 6 buah drama utama yang diperkenalkan antaranya Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nur Fazura & Nabila Huda yang membintangi drama slot Samarinda, ’Lelaki Itu’ serta Redza Rosli, Siti Khadijah Halim & Riena Diana untuk drama  Akasia: ’Wanita Syurga’ dan ramai lagi.



Empat lagi drama yang diperkenalkan meliputi Lestary: Iskandar Chempaka (Muaz Zabir & Harissa Adlynn); Tonton Original Series: Kuih Muah (Shukri Yahaya & Ezzanie Jasny), Ramadan Mini Series: Helo, Saya Anak Uncle! (Izzue Islam & Zara Zya) dan Raya Mini Series: Ya, Cikgu! (Trisha Ooi & Fadhli Masoot).


Menurut Amir Rasyidi, tahun ini, pihaknya  menitikberatkan inovasi dalam jalan penceritaan serta mengutamakan karya skrip berkualiti tinggi dan pihak produksi yang terbaik untuk menghasilkan drama TV3 dan Tonton.


Jika tahun lalu, drama yang menimbulkan kontroversi, “Perempuan itu’ tidak dapat ditayangkan, penerbitnya Rumah Karya Citra milik Erma Fatima menampilkan pula ‘Lelaki itu’ yang dijangka tetap ‘meletup’ pada tahun ini apatah lagi dibintangi barisan artis ternama.


Drama bersiri 30 episod ini yang diarahkan oleh Along Kamaluddin dan Nur Sharif ini akan memulakan siarannya mulai 19 Mac 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pada pukul 10.00 malam.


Ia bakal membongkar rahsia ‘Syed Mirza’ watak Adi Putra,  apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.


Selain itu bagi peminat Redza Rosli dan Siti Khadijah Halim boleh menantikan drama mereka, “Wanita Syurga” bermula 15 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6:58 petang.



Tidak ketinggalan untuk kanak-kanak boleh menonton ‘Helo, Saya Anak Uncle!’ mulai 17 Mac 2024, setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di mana anda dapat menonton pelakon utamanya, Izzue Islam  sebagai Dr. Suhael, seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.




Jadi jika anda nak tahu kesudahannya cerita tersebut dan beberapa lagi drama Ramadan yang lain pastikan bersama TV 3 dan Tonton ya!


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.


Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan dapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.




#RaRaTontonDramaSangat #TV3 #Iqiyi #LelakiItu #WanitaSyurga #AdiPutra #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan