Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHIRAZ MUSIC LANCAR PLATFORM E-DAGANG, HASILKAN ALBUM KONSERT EXISTS REUNION LIVE!


KONSERT Exists Reunion sudan lebih setahun berlalu sejak diadakan  28 September 2019 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.


Bagi korang yang merupakan antara lebih kurang 5,000 peminat Exists yang membanjiri venue berkenaan untuk bersama-sama berhibur dan bersiulan dengan lagu-lagu hit kumpulan yang dianggotai vokalisnya, Mamat, Ezad, Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass), Shah (gitar) dan Ujang (dram) itu, tentu masih ingat momen tersebut kan?


Sehubungan itu, bagi menambahkan lagi agar kenangan itu terus tertanam di lubuk hati, sebuah album 'Konsert Exists Reunion Live' dilancarkan untuk disimpan sebagai koleksi peribadi atau ‘collectors item’.



Dengan hanya bilangan terhad sebanyak 1,000 unit diterbitkan oleh SHIRAZ MUSIC pada harga RM89 seunit (Malaysia) dan RM139 (Luar Malaysia), peminat tegar Exists sebaiknya membuat pembelian sekiranya mahukan album khas tersebut yang didatangkan dalam pek khas mengandungi 2 CD berserta sekeping poster dengan bingkisan lirik-lirik bagi menambahkan lagi bunga-bunga kenangan terhadap konsert yang mendapat sambutan hangat tahun lalu.


Menariknya, selain  gabungan pertama kali seluruh anggota asal Exists pada Konsert Exists Reunion, kelahiran album khas kali ini juga merupakan album pertama yang dilancarkan oleh SHIRAZ MUSIC.


“Ini adalah produk pertama kami dan Shiraz Music juga akan menjadi platform untuk artis-artis lain menjual CD, bajuT dan barangan edisi terhad lain  di mana peminat boleh mendapatkannya, “ ujar Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Music, Shirazdeen Karim pada sidang akhbar bersama Kumpulan Exists  yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.


Shirazdeen dalam ucapan aluannya sekali gus mengumumkan pelancaran SHIRAZ MUSIC sebagai platform e-dagang bagi pembelian pelbagai barangan artis antaranya produk dari Kembara, M. Nasir, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.



“Shiraz Music ingin menjadi sebuah platform untuk artis-artis Malaysia dimana mereka dapat menjual produk seperti CD, pakaian dan juga barangan edisi tehad,” jelas Shirazdeen sambil memberitahu pembelian boleh dilakukan melalui laman web www.shirazmusic.co. manakala pihaknya akan mengeluarkan barangan artis baharu dari masa ke semasa.


Jadi apa lagi sebelum ‘putih mata’ eloklah tempah segera album eksklusif ‘SHIRAZ MUSIC x KONSERT EXISTS REUNION “LIVE” yang mengandungi 22 buah lagu ini sebelum kehabisan stok. 


KLIK SINI JE



Kak Fas: Memang cantik dan kemas packagingnya yang diilihat mampu bertahan seribu tahun lagi kata orang waima halwa telinga dibuai lagu-lagu popular Exists antaranya 'Rahsia Pohon Cemara', 'Langkah Seiringan' dan 'Untuk Mu Ibu'. Pendek kata, memang nostalgik lah, berharga untuk disimpan sebagai kenangan.



#KonsertExistsReunionLive #ShirazMusic #Exists #YntukMuIbu #LangkahSeiringan



1 ulasan:

  1. Top publishers have quantity of} Slot titles in portfolios and every title brings in significant revenue. In that sense, Slots may be very much like to|very like} the 4X category on cellular. Slots games have a better feminine person base and an older population of players https://thekingofdealer.com/pharaoh-casino/ as the common age is excessive and the percentage of players below the age of 25 may be very low. IP games are usually Slot games, which is consistent with the real-life casinos. Only a handful of high Bingo and Poker/Card games are based on licensed IP.

    BalasPadam