Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HOMEVEST DIIKTIRAF 'MALAYSIA BOOK OF RECORDS' TERAJUI H.O.P.E


SYARIKAT pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkenal, HOMEVEST telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja  atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).


Untuk maklumat, Malaysia Book of Records ialah sebuah badan yang mengiktiraf pencipta, pemegang dan pemecah rekod di dalam negara.

 

Lalu, sebagai pemegang rekod, HOMEVEST membezakan dirinya dengan syarikat lain berdasarkan nilai yang mampu dijana semula kepada pelabur.

 

Sejak dilancarkan pada 2020, HOPE telah menyumbang kepada penambahbaikan program pengekalan bakat di pelbagai syarikat.

 

Ia juga meningkatkan produktiviti pekerja dan menanam rasa kesetiaan pekerja terhadap majikan sejak program ini diperkenalkan.

 

"Memahami kesukaran  dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan serta faedah syarikat yang  mampu ditawarkan, HOPE hadir untuk membantu.

 

"Ia mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman  masing-masing. Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak," kata Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim.

 

Difahamkan faedah program ini setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.

 

Sementara itu, serentak pada 15 November semalam, berlangsung  simbolik majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records di ibu pejabat syarikat itu di Kota Damansara.


DARI Kiri) - KY Lim,  Edwin Yeoh (Perunding Rekod Senior) dan  Marcus Low bersama plak penghargaan Malaysia Book of Records pada majlis jamuan makan malam eksklusif di ibu pejabat HOMEWEST baru-baru ini.


Ia diserikan dengan kehadiran Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara,  Datuk Azuan Effendy (gambar kanan, tengah),  Ketua Eksekutif Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed (gambar bawah, dua dari kanan), Penasihat HOMEVEST, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol (gambar bawah sekali, tengah) dan tetamu kehormat lainnnya.



“Kami amat berbesar hati kerana HOPE telah diiktiraf oleh pihak yang penting dan relevan dalam industri sebagai sebuah penyelesaian faedah pekerja yang inovatif di Malaysia. 


"Dasar dan visi kami ialah untuk membentuk  komuniti ‘smart living’ dengan hubungan yang erat," kata KY Lim yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Top 10 Finalis untuk JCI Creative Young Entrepreneur Award 2021.

 

Selain itu, HOMEVEST juga secara rasminya menerima sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pencapaian ini.

 

“Bahagian pengurusan hartanah kami dipanggil HOMEVEST Living menawarkan pelbagai perkhidmatan menerusi kepakaran yang ada.

 

"Ia termasuk untuk menguruskan hartanah mereka selain mewujudkan kualiti gaya hidup moden, dinamik dan berkualiti yang menerapkan nilai positit serta terbaik," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST Datuk Marcus Low memaklumkan  syarikat mereka menjadi pengurusan hartanah  yang pertama  melancarkan stor rasmi di platform e-dagang,  Shopee baru baru ini.

 

"Ia termasuk menyediakan pelanggan dengan pembelian dalam talian  yang mudah, selamat dan pantas," kata Marcus Low.



MENGENAI HOMEVEST


Ditubuhkan pada 2016, HOMEVEST berkecimpung dalam perniagaan pelaburan hartanah, pengurusan dan pembangunan, menawarkan nilai pulangan untuk rakan kongsi dan menyediakan pemilikan rumah mampu milik untuk pelangganya.


Tujuan ini memperkasakan HOMEVEST untuk mencari model perniagaan inovatif serta penyelesaian yang luar biasa bagi menawarkan nilai pulangan terhebat kepada rakan kongsi dan pelanggannya.


HOMEVEST mempunyai nilai hartanah berjumlah lebih daripada RM328 juta di serata Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

 

Untuk berita dan maklumat terkini mengenai HOMEVEST, sila ikuti perkembangannya  melalui laman web HOMEVEST: www.homevestglobal.com atau media sosial: https://www.facebook.com/HomevestGlobal.


Lebih mudah KLIK SINI.

 

Dan jika mahu ajukan sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-6151 8180 atau hantarkan emel ke: hello@homevestglobal.com.


Kak Fas: Tahniah HOMEVEST...pertama kali juga 'dinner' awal dan eksklusif dengan hanya 5 buah meja VVIP dan VIP sahaja disediakan dalam suasana disinari cahaya 'bintang kecil' di lelangit bumbung 'roof top' ibu pejabat HOMEVEST di Kota Damansara. 


Turut bersama pelakon Rozita Che Wan yang merupakan salah seorang selebriti klien HOMEVEST dan Datuk DJ Dave yang tidak ketinggalan menyampaikan dua buah lagu memeriahkan majlis santai tetapi kasual itu.



#HOMEVEST #HOPE #MalaysiaBookOfRecords #DJDave #RozitaCheWan #Rumah

Tiada ulasan: