Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BLACK G UMUM PELANTIKAN DYNAS MOKHTAR, INTAI PASARAN GLOBAL


Black G, satu nama yang agak menarik dan mempunyai nilai komersial bagi pasaran global.


Itu pendapat Kak Fas ketika diperkenalkan kepada ‘Black G’ buat pertama kalinya walau pun produk itu sudah dihasilkan lama oleh Black G Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kerjasama daripada Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia atau ringkasnya MARDI.


Seterusnya hati tertanya-tanya juga apa makna penuh Black G khususnya huruf hujungnya ‘G’ itu.


“Black G adalah singkatan untuk Black Ginger’ ujar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Hj Mohamed Jusoh ketika memperkenalkan produk tersebut pada majlis mengumumkan kolaborasi Black G bersama pelakon Dynas Mokhtar dan platform e-dagang, Shopee.


Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah MARDI Dr. Mohamad Kamal Hj. Abdul Kadir, Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi MARDI Dr. Zuraida Ab Rahman dan Presiden Persatuan Pengeluar Ubat Traditional Melayu Malaysia (PURBATAMA) Datuk Jeffry Abd Wahab.


“Tetapi Black Ginger bukan bermaksud halia hitam tetapi dihasilkan daripada ekstrak kunyit hitam  melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional selama dua tahun diketuai Dr Zuraida,” sambung Mohamed Jusoh.


DR. Zuraida bersama Mohamed Jusoh.


Menurut beliau, kerjasama bersama MARDI bertujuan memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan buatan terlarang bagi memastikan keselamatannya  sekaligus mendapatkan sijil perakuan Halal. 


Kejayaan penyelidikan berkenaan seterusnya menghasilkan empat rangkaian produk terawal yang dilancarkan pada 2017 meliputi Black G Black Ginger Plus Liquid; Black G Capsule Pure Extract; Black G Coffee Premix dan Black G Energy G Plus.



Dan terbaharu, dalam usaha mengembangkan lagi pasaran produk Black G, syarikat memeterai perjanjian bersama selebriti terkenal, Dynas Mokhtar yang turut bertindak selaku rakan kongsi perniagaan.


“Kami juga menjalinkan kerjasama dengan Shopee sebagai platform membeli-belah dalam talian untuk jualan produk Black G,” sambung Pengurus Pembangunan Perniagaan, Mohamad Mughniy Mohamad.


Mungkin anda tertanya-tanya kenapa menjalinkan kerjasama dengan  Dynas Mokhtar?


“Idea kolaborasi tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.


“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus, supaya kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan Black G,” jawab Dynas.


DYNAS (tengah) bersama Mughniy (kanan) dan Dr. Zuraida, Foto: Megat.


Mengakui pandangan Dynas, Mughniy, 33, menambahkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai perancangan masa hadapan untuk pasaran lebih global.


“Selepas meraih lapan anugerah, produk kami terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.


“Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di  negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,” jelas Mughniy.


Apa pun buat permulaan, sebagai mengukuhkan lagi keberadaannya dalam pasaran tempatan, lebih-lebih lagi selepas dilanda pandemik COVID-19, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd  seperti Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.


“Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan penjualan melalui Shopee segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dengan harga yang ditetapkan,” ulas Dynas mengenai kerjasama dengan platform membeli-belah terkemuka itu.


Selain itu, kata beliau, pemilihan Shopee diyakini memandangkan beliau sendiri adalah artis rasmi platform itu sejak beberapa tahun lalu.


“Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif malah pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar,” tambahnya sambil memberitahu pembungkusan dan penghantaran diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka, Zepto Express.



Akhirnya, seperti Kak Fas, anda mesti nak tahu lebih lanjut kan apa khasiat Black G dengan ekstrak kunyit hitam ini kepada kesihatan?


Untuk makluman, kunyit hitam atau nama saintifuknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba dwi tahunan dengan rizom di bawah tanah berwarna hitam ungu dengan kepekatan warna bergantung kepada tanah namun  mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.



Secara tradisional, kunyit hitam telah lama digunakan oleh nenek moyang kita dahulu bagi merawat masalah kesihatan berkaitan kanser, saraf sekali gus membina otot sihat.



Jika anda nak cuba atau mahukan maklumat lanjut boleh KLIK SINI.



#BlackG #KunyitHitam #MARDI #DynasMokhtar #Shopee #HerbaTradisional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan