Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MICHAEL ANG CIPTA SEJARAH HASILKAN 'TIKAM' DARI 1 LOKASI


MEMBACA tajuknya sahaja, ‘Tikam’ sudah membuat Kak Fas rasa ngeri apatah lagi drama rantaian yang mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan mempunyai keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist suspen.


Kak Fas memang fobia dan akan tutup mata apabila melibat babak orang kena tikam tetapi apa pun Kak Fas percaya mereka yang suka menonton cerita bergenre begini akan menantikan kemunculan drama lapan episod ini.


Drama rantaian ‘Tikam’ terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. arahan pengarah prolifik Michael Ang yang juga bertindak selaku penerbit di samping turut menjayakan watak pelakon pembantu dalam masa yang sama, bakal disiarkan pada hari ini, 3 November 2021.



Nak menontonnya, anda perlu ke saluran Astro Ria (104), setiap hari Rabu, jam 9.30 malam serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Selain Michael Ang sebagai Mike, drama ini dibarisi pelakon popular seperti Fahrin Ahmad yang memegang watak sebagai Shahrol, Ben Amir sebagai NJ, Intan Najuwa sebagai Akma, Jasmin Hamid sebagai Madam Joan, Yuna Rahim sebagai Ika, Ellyas Abdullah sebagai Sap dan Josiah Lim sebagai Ed.


Dan untuk pengisian di platform digital pula, kapsul istimewa berjudul Diari Menikam Dari Mikeakan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 10.05 malam, juga  mulai hari ini secara eksklusif di kesemua platform digital Gempak.


“Selain mempertaruhkan nama-nama besar sebagai teraju utama, kekuatan naskhah ini bergantung kepada sudut penceritaan dan intipatinya yang padat dengan misteri dan susunan momentum plot twist yang mendebarkan untuk menguji minda audiens,” ujar Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio Astro.


Lebih menarik lagi, walau pun sudah lama terlibat secara aktif dalam bidang pengarahan, “Tikam’ merupakan satu-satunya projek Michael Ang yang hanya memfokuskan kepada satu lokasi sahaja untuk keseluruhan cerita.


Penggambaran telah dijalankan secara tertutup di Phileo Damansara dan mengambil masa 12 hari untuk diselesaikan. 


“Dalam menghasilkan karya seperti ini, cabarannya amat besar kerana ia memerlukan idea yang kreatif dan di luar kotak bagi memberikan kelainan yang segar dan tidak mendatar,” jelas Michael.


Menurut beliau lagi, selain daripada harus mempunyai skrip yang kuat, pemilihan barisan pelakon yang tepat juga perlu dititik beratkan agar dapat memberikan mutu lakonan yang luar biasa. 


“Saya amat gembira dan bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sebuah pasukan yang cukup komited dan berdisiplin. Hubungan ‘chemistry’ yang terbina di antara mereka juga amat membantu dalam memudahkan lagi urusan penggambaran sewaktu di set,” tambah Michael yang turut mendapat  sentuhan Hadith Omar selaku pengarah bersama.



SINOPSIS DRAMA ‘TIKAM’


Situasi di pejabat BD Property dikejutkan dengan penemuan mayat Shahrol di dalam biliknya. Ketika itu hanya  ada 6 orang pekerja sahaja termasuklah NJ, Akma Ed, Ika, Mike dan Sap yang masih berada di pejabat untuk menyiapkan kerja haram mereka iaitu menyonglap wang syarikat dalam sebuah projek perumahan.


Shahrol turut meninggalkan sekeping nota bunuh diri yang menyatakan bahawa dia rasa kecewa akibat dikhianati oleh pekerjanya yang amat dia percayai selama ini. Kegiatan pecah amanah mereka telah sampai ke pengetahuan pihak atasan kerana ada di antara mereka adalah pengkhianat.


Keadaan bertambah panik apabila mereka menyedari bahawa fail merah milik Shahrol yang menyimpan segala bukti penglibatan pecah amanah mereka semua telah hilang. 


NJ mengambil keputusan untuk mengunci pintu pejabat dan tidak membenarkan sesiapa keluar dari situ selagi pembelot tersebut tidak dijumpai.


Situasi tambah tegang apabila mereka diberitahu satu mesyuarat tergempar di kalangan ahli Lembaga Pengarah akan diadakan pada pukul 5 petang itu.


Kesudahannya, anda sendiri saksikan…?



#AstroRia #Tikam #MichaelAng #JenayahThriller #DramaRantaian #BenAmir

Tiada ulasan: