Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LANCAR WISMA NKMH, KEJUTAN HADIAH MERCEDES BUAT IBU BAPA


ACARA santai pelancaran pejabat urusan atau wisma agensi pengiklanan dan rundingan media, NKMH Media Sdn. Bhd bertempat di Jalan Setia Dagang, Setia Alam, tanggal 27 November lalu bertukar menjadi sebuah episod sedih.



Semuanya gara gara kejutan pemilik empayar syarikat itu, pasangan suami isteri Hafiz Yahaya (kanan)  dan Nissa Rosli (kiri) menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz kepada Che Yahaya Talib (dua dar kanan), 57, dan Salina Sahat, 51.


Momen itu membuatkan tetamu yang hadir turut merasa sebak dan tanpa disedari  mengalir air mata membasahi pipi. Itu juga yang Kak Fas kongsi merasainya.


Pasangan 'VIP' yang didatangkan khas dari Pulau Pinang itu sebenarnya ibu dan bapa kepada Hafiz sendiri. Malah kedua orang tuanya selain ibu mentua turut dihadiahkan pakej umrah.


Hafiz yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit berkata, kejayaan yang dia dan isteri raih sejak lima tahun lalu hasil doa restu orang tua mereka.



"Ini bukan gimik. Tapi tanda hati saya dan isteri untuk mereka. Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, kami jarang balik bertemu mereka. 


"Hadiah ini tak seberapa jika mahu dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan kepada saya sejak kecil.


"Lagipun kereta mewah itu antara idamannya selama ini namun tak berhasil dimiliki sendiri. Lalu dengan apa yang saya raih, kenapa tidak hadiahkan sesuatu yang simbolik di hatinya," kata Hafiz.


Hafiz berkata bapanya pesara polis dan kali terakhir berkhidmat di Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1, Pulau Pinang. 


"Saya sendiri juga pernah bertugas sebagai anggota polis berpangkat Koperal. Tapi saya nekad ambil tindakan melepaskan jawatan tersebut pada 8 September lalu dan sepenuh masa mengukuhkan empayar syarikat ini bersama isteri.


"Saya cuba buktikan dengan berniaga sendiri juga boleh berjaya berbanding makan gaji," kata anak sulung empat beradik itu.



Sementara itu, Nissa atau nama penuhnya, Nur Khairunnisa Rosli selaku Pengarah Urusan berbangga usaha sejak lima tahun lalu terus membuahkan hasil.


Syarikat bumiputera ini mempunyai wisma sendiri sejak hujung September lalu dan beroperasi bersama  33 orang pekerjanya.


Terdahulu, syarikat  bertapak dalam industri di sebuah premis rumah kedai di Petaling Jaya sejak April 2017.


"Bukan satu perjalanan mudah untuk sampai ke tahap ini. Namun kami bersyukur dan bertuah kerana bertemu insan hebat sepanjang perjalanan ini.Termasuk mentor dalam bidang perniagaan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.


"2017 kami hanya menawarkan pengiklanan holistik tv, radio dan billboard. Awalnya kami beroperasi dengan satu telefon bimbit dan komputer riba selain bergantung lokasi ada wifi. Kini kami turut berkembang dengan tuntutan semasa yang bergantung kepada saluran digital termasuk menggunakan pengaruh 'influencer' di media sosial.


"Sehingga kini, lebih 500 usahawan tempatan yang telah berjaya menempa nama bersama kami antaranya Sugarbomb, Eskayvie, Aqiqah Centre dan banyak lagi. 800 unit billboard di lebuh raya rata rata ditakluk klien kami," katanya.


Dengan slogan #BeyondYourBrandSuccess, syarikat ini mensasarkan 10,000 usahawan secara konsisten dari tahun depan hingga menjelang 2030.


"Kami cuba memahami apa keperluan dan masalah mereka nak capai menerusi platform disediakan. Kami nak terus bantu lebih ramai usahawan

menyerlahkan jenama mereka," akhiri Nissa.



Maklumat lanjut bole layari https://nkmhmedia.com.my/about-us/ serta ikuti platform sosial instagram NKMH @nkmh.media  atau boleh juga KLIK SINI


Artikel berkaitan boleh baca melalui LINK INI


TURUT hadir DJ Fuzz (baju biru) yang mencipta jingle NKMH.


#NKMHMedia #DrAzizanOsman #BeyondYourBrandSuccess #WismaNKMH #Hadiah

Tiada ulasan: