Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI KEINDAHAN PASAR TERAPUNG PENGKALAN DATU SAMBIL MENJAMU SELERA KELANTAN


BILA bercerita bab melancong, Negeri Cik Mek Molek, Kelantan Darul Naim antara yang sering menjadi tumpuan waima merupakan sebuah negeri  yang sudah tidak asing lagi dengan keunikan khazanah budayanya yang tersendiri.


Sebut sahaja negeri Kelantan, semestinya apa yang bermain di kotak fikiran tenlulah persembahan  dikir barat, makyong, wayang kulit dan sebagainya.


Dan sekiranya anda mempunyai perancangan untuk berlibur di Kelantan, barangkali berkunjung ke Pasar Terapung Pengkalan Datu boleh dijadikan antara destinasi harus lawat.


Walau pun Pasar Terapung Pengkalan Datu atau lebih popular dikenali sebagai Pasar Tani Pelancongan, terletak di Cerana Villa Resort merupakan tarikan pelancong sejak dibuka pada Semptember 2017 namun kini, destinasi ini dilihat sangat berpotensi sebagai satu aset pelancongan di Kelantan khususnya dan Malaysia secara amnya.


Terletak kira-kira 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan hanya 10 kilometer jaraknya dari Kota Bharu, pasar terapung ini hanya beroperasi pada hari Sabtu sahaja antara pukul 8 pagi sehingga 2 petang.


Keunikannya sudah tentu dilihat pada bagaimana para peniaganya menjadikan perahu sebagai ‘kedai’ untuk berniaga aneka makanan termasuk kuih-muih asli Kelantan.


Dalam pada itu, pengunjung yang hadir bukan sahaja hanya boleh membeli-belah tetapi  berpeluang menikmati juadah warisan dan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk dan beberapa menu mee yang lain serta kuih-muih tradisi Kelantan antaranya cekmek, tepung pelita, akok, serabai, butir nangka dan banyak lagi.



Selain itu, pengunjung yang menetap di Cerana Villa Resort pula boleh menikmati keunikan serta keindahan sungai di pasar terapung dengan menaiki bot perahu kolek.



Pendek kata, jika nak merasai suasana begini tak perlulah pergi jauh ke Hong Kong mahu pun Thailand yang mempunyai pasar terapung di negara masing-masing apatah lagi dengan endemik COVID-19 sekarang yang masih belum pulih sepenuhnya, eloklah melancong di negara sendiri sahaja


Ayuh,… ke Pasar Tani Pelancongan di Kelantan sahaja,,, pasti menjadi satu kenangan abadi pada percutian anda.



#Kelantan #PasarTerapungPengkalanDatu #PengkalanChepa #KedaiPerahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan