Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GIANT LABUR RM22J DEMI RAKYAT JAYAKAN KEMPEN 'HARGA LAGI RENDAH, LAGI LAMA'


MENEPATI janjinya, “Kami sentiasa berusaha untuk memberi anda pengalaman terbaik”, Giant, selaku salah satu peruncit penerajul nilai di Malaysia yang dikendalikan oleh GCH Retail Malaysia terus komited membantu rakyat Malaysia berbelanja mengikut dompet mereka.


Sehubungan itu, Giant melancarkan kempen ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama’ (HLRLL) yang menyaksikan penurunan harga sehingga 20% pada lebih kurang 460 produk terpilihnya dengan pelaburan RM22 juta.


“Kami tahu ini adalah masa yang sukar bagi semua orang, dan pelanggan kami menghadapi pelbagai kebimbangan kos yang semakin meningkat, daripada jaminan pekerjaan kepada peningkatan kadar inflasi. Kami mempunyai sejarah panjang sebagai peruncit makanan terkemuka di Malaysia, dan kami kekal komited untuk menyokong pelanggan kami,” lapor Chris Bush, Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group untuk Perniagaan Makanan Asia Tenggara.


Mewakili Bush yang tidak hadir adalah Pengarah Pemasaran Asia Tenggara DFI Retail Group, Lee Yik Hun.


Menurutnya, langkah yang diambil merupakan pelaburan tunggal terbesar syarikat untuk tempoh lebih satu dekad dalam menurunkan harga demi menyahut kehendak rakyat yang mahukan harga yang lebih rendah dengan nilai yang lebih baik bagi barangan keperluan yang paling banyak mereka beli demi pengalaman membeli-belah positif.


“Saya berbangga untuk berkongsi bahawa kami melaksanakan komitmen ini, dan ini berikutan daripada kerja menyeluruh yang dilakukan pada awal tahun ini dengan penyegaran semula jenama bagi kedai Giant, memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan - tawaran baharu yang menarik ditambah dengan wajah baharu di dalam dan juga luar kedai,” tambah Bush.


Sebagai sebahagian daripada pelancaran penurunan harga, GCH Retail (sebahagian daripada DFI Retail Group) melancarkan Meadows, jenama sendiri yang menawarkan makanan berkualiti tinggi dari negara-negara di seluruh dunia, dengan harga yang jauh lebih berpatutan daripada jenama yang setara, selalunya pada 20% lebih rendah. 


Dicipta hasil daripada beribu-ribu ujian rasa yang dijalankan dengan pengguna, setiap produk dalam rangkaian Meadows telah dipilih khas dengan teliti dari negara-negara di seluruh dunia, dengan tumpuan pada kualiti, nilai dan persembahan.


Meadows sudah pun menjadi jenama terkemuka di Giant, lebih popular daripada kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal. 


Pelanggan yang mementingkan nilai juga boleh melihat pelbagai jenis keperluan rumah dengan harga rendah dan berkualiti seperti beras, minyak, telur dan bekalan pembersihan.


Antara tumpuan Kak Fas dan rakan-rakan media yang hadir di Giant Kota Damansara tentulah pada ikan siakap yang baru-baru ini viral apabila harganya mencecah ribuan ringgit di Langkawi.


LEE Yik Hun bersama Pengurus Cawangan Giant Kota Damansara, Izri Shahril Ishak (kiri) menunjukkan harga ikan siakap RM7 seekor. 


Di Giant, harga seekor ikan siakap cuma RM7 seekor dan tentu sekali Kak Fas tidak melepaskan peluang membeli waima ini antara ikan kegemaran Kak Fas untuk masakan ‘steam lime’ atau pun masak asam pedas hihi...


Pendek kata, pilih produk yang termasuk dalam senarai harga rendah seperti yang diwar-warkan dalam kempen kerana ada juga produk yang tidak termasuk dalam kasifikasi barangan potongan harga.



Jika anda nak tahu produk apa yang anda selalu beli dan boleh diperoleh pada harga jauh lebih rendah apa kata singgah ke mana-mana cawangan pasar raya GIANT atau Giant Mini Store terdekat.


Kak Fas pasti anda akan teruja dengan tawaran hebat yang disediakan apatah lagi kempen akan berlanjutan selama tempoh enam bulan bermula daripada 11 November 2021 lalu.


Apa pun maklumat lanjut mengenai Giant Malaysia, boleh  layari www.giant.com.my  atau lebih mudah KLIK SINI


AMBER Chia dan Sharifah Shahora antara selebriti yang diundang jayakan aktiviti.


#GIANT #HargaLagiRendahLagiLama #IkanSiakap #HargaMurah #GiantMiniStore

Tiada ulasan:

Catat Ulasan