Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL IKHSAN SPORTS PERKENAL JERSI RAGBI TERBAHARU SKUAD BUNGA RAYA


SEJUJURNYA sukan Ragbi antara permainan yang Kak Fas kurang memberi perhatian apatah lagi ia melibatkan pemain beraksi kasar dan lasak, jadi Kak Fas rasa lebih sesuai untuk kaum lelaki walaupun sudah diterokai kaum wanita.


Apa pun, yang pasti setiap pemain ragbi biasanya akan memakai jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat.


Khabar terbaharu, pasukan ragbi lelaki dan wanita kebangsaan atau dikenali dengan gelaran ‘Bunga Raya 7’s’ bakal menyertai Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2021 yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Ragbi 7 Sebelah Afrika Selatan 2022 pada 19 dan 20 November 2021 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE). 


Sehubungan itu,  sesuai dengan imej yang dibawa, Kesatuan Ragbi Malaysia dengan kerjasama Al-Ikhsan mengambil initiatif melancarkan jersi baharu buat pasukan ragbi kebangsaan menerusi jenama AL Sports.


Dengan kerjasama itu, ia meneruskan jalinan gabungan antara dua pihak yang telah dimeterai  sejak pelancaran kali pertama pada 2019 merupakan satu (1) kejayaan bagi kedua - dua pihak dalam membangunkan produk berprestasi tinggi serta kualiti terbaik di peringkat elit persukanan. 



Jersi selaku tuan rumah akan mengekalkan warna merah yang melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi. Manakala jersi selaku pasukan pelawat pula buat pertama kalinya Putih merupakan warna pilihan dalam memberi kelainan kepada penampilan skuad Bunga Raya kali ini. 


Selain daripada kit hari perlawanan, AL Sports juga akan menyediakan pakalan latihan dan kit luar padang untuk pasukan. Tidak melupakan peminat dan penyokong setia, terdapat juga rangkaian produk untuk peminat lelaki dan wanita. 


”Alikhsan Sports sentiasa berusaha untuk menyokong ahli sukan dan atlet Malaysia dan membantu mereka dengan barangan bertaraf antarabangsa. Kami percaya kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia ini adalah satu cadangan yang baik untuk kedua dua pihak kerana pemain dan peminat Ragbi Malaysia boleh memakai barangan berkualiti tinggi, di samping itu jenama AL dapat dilihat dan diiktiraf di pentas global setanding dengan beberapa jenama sukan global yang terkenal,” ujar Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-lkhsan Sports pada majlis pelancaran jersi terbaharu berkenaan yang berlangsung di butik Al-Ikhsan The Curve baru-baru ini.



Turut hadir Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato, Shahrul Zaman Yahya, Anwar Mamtaj, Pengurus Jenama - AL Sports serta barisan barisan exco Kesatuan yang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama  dimeterai di antara kedua - dua pihak dan berharap persefahaman ini akan diteruskan pada masa akan datang. 


“Kami sangat teruja untuk akhirnya memperkenalkan kit Ragbi Malaysia yang baharu ini apatah lagi  AL Sports mempunyai sejarah yang sukar ditandingi dalam ragbi, membolehkan kami membawa banyak pengetahuan ke dalam pengeluaran kit ragbi di peringkat elit,” kata Anwar Mamtaj.


Kesemua rangkaian produk boleh diperoleh bermula pada harga RM19.00 sehingga RM179.00 dan boleh didapati di kedai Al-Ikhsan Sports terpilih dan dalam talian di https://www.al-ikhsan.com/ dan https://www.alsports.com.my. 


Untuk maklumat lanjut sila ikuti laman media sosial @alsports.sb dan @malaysiarugbyunion di Facebook, Instagram dan Twitter. 


Kak Fas: Baharu nak mengenali Sukan Ragbi ...Good luck Squad Bunga Raya!



#Ragbi #AlIkhsanSports #JersiRagbi #BungaRaya #KesatuanRagbiMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan