Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KES NYNAA 'DICULIK' : SUAMI FAIL PERMOHONAN NUSYUZ MOHON TAAT


SUAMI
kepada pelakon, Nynaa Harizal, memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Permohonan itu difailkan plaintif, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.


Menerusi permohonan itu, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka dan mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Fahmi ketika ditemui Berita 757 di perkarangan mahkamah berkata, dia bersedia menerima dan memaafkan isterinya. 


"I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa...saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat," katanya.


Terdahulu. pada 2 November 2021. Mohamed Fahmi telah membuat satu laporan polis setelah mendakwa isterinya, Nynaa di 'culik' oleh keluarga mentuaya di sebuah lokasi penggambaran manakala pemandunya diugut oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim, 49, yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Sehubungan itu, menerusi laporan Utusan Malaysia, Harizal sudah pun dihadapkan ke mahkamah pada hari ini (11 November 2021) atas dakwaam  mengugut Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan setelah Harizal tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan.


Terbaharu, MStar melaporkan selepas lima hari mendiamkan diri setelah peristiwa 'diculik' bapa sendiri, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal memuat naik video sedang bermain basikal dengan adiknya di kawasan rumah mereka di Johor Bahru.



Malah melalui Instagramnya juga dilihat Nynaa berfoto bersama keluarga sempena meraikan ulang tahun perkahwinan ayah dan ibunya.


Untuk rekod, Mohamed Fahmi dan Nynyaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.



#RakyatKeutamaanKami #NynaaHarizal #MohamedFahmiMohamedIlyas #Nusyuz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan