Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC LAKSANA KEMPEN KESIHATAN MENTAL SELAMA SEBULAN


BERSYUKUR! Sekarang ini kita sudah pun berada di Fasa 4  dengan pembukaan banyak sektor melibatkan sosial dan ekonomi.


Sesungguhnya, selama dua tahun, pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang mendalam  terhadap orang ramai dengan kebanyakan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang boleh mengakibatkan tekanan tanpa mengira peringkat usia. 


Perlaksanaan langkah kesihatan awam boleh menurunkan jangkitan Covid-19, namun, ia juga boleh menjadi penyebab kepada perasaan terasing dan kesunyian yang boleh menambahkan tekanan dan tahap kebimbangan. 


Daripada laporan media, data Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati antara Januari hingga Disember tahun lalu sahaja, sejumlah 1,080 kes cubaan bunuh diri dilaporkan menerima rawatan di hospital KKM.


Malah Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas adalah 2.3%. Ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu pada lingkungan usia tersebut mengalami kemurungan.


Lebih mengejutkan hingga Julai lalu, sejumlah 539 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh sama pada 2020 iaitu peningktan sebanyak 143% atau 1.4 kali lebih banyak.


Wow!  Cukup membimbangkan!



Apa pun, menyedari pentingnya mengembalikan keyakinan rakyat, Suria KLCC berganding bahu bersama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Befrienders KL, RELATE dan Green Ribbon Group serta Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental dengan menyediakan ruang selamat untuk masyarakat secara amnya bertemakan ‘We Are With You’ yang bermaksud ‘Kami Bersama Anda’. 


Kempen tersebut merupakan susulan daripada Bulan Kesihatan Mental Sedunia dalam bulan Oktober lalu di mana pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC termasuk Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman akan berkongsi bagaimana orang ramai boleh mengendalikan kesejahteraan psikologi dengan cara mudah tetapi menyeluruh.


“Sebagaimana pada kebiasaannya, kami sentiasa mempromosi pusat membeli belah kami sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi, memanfaatkan ruang untuk memberi didikan tentang kepentingan kesihatan mental merupakan satu lagi langkah yang ingin kami lakukan dalam menyediakan tempat yang selamat. Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan dalam berkongsi maklumat secara kreatif bagi mengharungi waktu yang sukar ini,” kata Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien pada majlis pelancaran kempen berkenaan  di samping pelancaran initiatif pengumpulan dana melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” di Suria KLCC baru-baru ini.


Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah dan President MMHA merangkap penasihat polisi kepada Green Ribbon Group, Datuk Dr Andrew Mohanraj.


Meneruskan ucapan ringkasnya, Brien percaya Suria KLCC merupakan pusat membeli belah pertama di Malaysia yang melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental seperti ini.


“Kami ingin membantu mereka dan membina sebuah ruang selamat di Suria KLCC sebagai tempat tumpuan masyarakat untuk membincangkan kesihatan mental,” tambah Brien.




Berlangsung dari 8 November hingga 8 Disember, Safe Space @ Suria KLCC akan menjadi platform dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental, terletak di Aras 1, Ampang Mall dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.


Di situ, orang awam akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kesihatan mental dari NGO terpilih dalam suasana yang menyenangkan. 


Terdapat juga pameran mengenai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak NGO manakala  aktiviti seperti woksyop, ceramah dan perbincangan panel oleh professional dalam kesihatan mental akan turut diadakan untuk memperkasa ilmu mengenai kesihatan mental di kalangan orang awam. 


“Safe Space mengalukan kehadiran pengunjung dengan galeri maklumat mengenai kesihatan mental seperti latarbelakang, statistik dan perkongsian pengalaman kisah benar. Diharapkan orang awam dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat dalam negara ini disamping kesedaran mengenai bila dan di mana bantuan boleh diperoleh,” jelas Brien.


Melalui jualan Suria Ribbon Pin berharga RM10 setiap satu, ia betujuan mengumpul dana untuk disumbangkan bagi membantu menjayakan aktiviti berkaitan kesihatan mental.


Safe Space @ Suria KLCC atau kesihatan mental secara amnya akan menjadi fokus jangka panjang Kumpulan Syarikat Suria KLCC sebagai salah satu inisiatif CSR untuk 1 ke 2 tahun akan datang.



“Kami amat bersyukur untuk melihat inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kerana ianya menekankan sesuatu yang sangat diperlukan di waktu pandemik ini dan ketika pemulihan kelak. Green Ribbon Group berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan inisiatif Suria KLCC adalah contoh terbaik dalam perlaksanaanya, “ titah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah memuji usaha Suria KLCC dan rakan-rakan NGO terbabit.


Bersetunu dengan pandangan Tengku Puteri, Dr Andrew Mohanraj berkata, “Amatlah penting untuk masyarakat di Malaysia dididik secara berterusan mengenai kesihatan mental kerana rata-rata memandang serong terhadapnya. Keberkesanan Pendidikan adalah penting untuk menemui jalan penyelesaian terhadap isu kesihatan mental dan oleh itu, usaha pihak Suria KLCC dalam mengetengahkan kesihatan mental sangatlah terpuji. Pendidikan bermula dengan langkah pertama dan sebagai sebuah pusat membeli belah, Suria KLCC telah mengorak langkah dengan berani dalam mengelolakan kempen sepanjang sebulan ini.” 


Harith Iskandar, Dr. Jezamine Lim dan Dato’ Chevy Beh merupakan antara ‘influencer’ media sosial yang turut menyatakan sokongan kepada ‘We Are With You’ yang turut akan dijayakan di Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall. 


Di Alamanda Shopping Centre, Galeri Kesedaran Kesihatan Mental juga akan diadakan dalam skala yang lebih kecil dari Suria KLCC. 

Nak tahu lanjut, layari:  Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall atau Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre dan  Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall. 


#SuriaKLCC #KesihatanMental #WeAreWithYou #Befrienders #SuriaRibbonPin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan