Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL-HAMRA BIMBING PELAJAR CEMERLANG ILMU DUNIA AKHIRAT


IKUT
kata pepatah, ‘meluntur buluh biarah  dari rebungnya’ atau dalam bahasa mudahnya mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil lagi kerana itu lah tempoh mudah untuk mereka menyerap dan mempelajari apa yang diberikan.

Bagi ibu bapa yang mahu memberikan didikan seimbang dunia dan akhirat kepada anak-anak, khususnya yang sebuk dengan kerjaya tetapi mahukan yang terbaik untuk mereka, barangkali memilih institusi pendidkan Islam antarabangsa bersepadu seperti Al-Hamra Integrated School pilihan terbaik.


Kak Fas baharu sahaja diperkenalkan kepada sekolah berkenaan, terletak di persekitaran Kota Damansara yang merupakan antara hub lokasi beberapa institusi pengajian tinggi sekelilingnya.


Dibangunkan sejak 2019 di bawah projek wakaf korporat oleh Awqaf Holdings Berhad dengan tujuan melahirkan pemimpin masa depan yang penuh inspirasi melalui penciptaan budaya Khairu Ummah, Al-Hamra  berhasrat menumpukan kepada kecemerlangan pendidikan dalam bimbingan prinsip-prinsip Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah.


Sekolah Bersepadu Al-Hamra menawarkan peluang untuk mempelajari gabungan unik laluan akademik kebangsaan dan antarabangsa, menggabungkan silibus Pendidikan Antarabangsa Penilaian Cambridge (CAIE) dengan Kurikulum Kebangsaan Malaysia untuk pendekatan pendidikan penuh impak.


Ia termasuk program ‘Quranic Generation Development’ (QGDP) dan  berkonsepkan Integrated Holistic Education System (IHES).


Pertama kali berada di persekitaran bangunan Institusi enam tingkat yang masih dalam peringkat renovasi ini, Kak Fas pada mulanya tertanya-tanya kenapa sepi sahaja suasana sekelilingnya tanpa kelihatan seorang pun yang berada di pintu utama jika ada yang ingin bertanya.


Dari notis yang ditampalkan pada dinding bangunan dan pintu ternyata Al-Hamra mengambil langkah tegas dalam memastikan SOP yang ditetapkan Kerajaan terpelihara apatah lagi melibatkan keselamatan pelajar dari lingkungan pra sekolah hingga menengah.


Sebaik sahaja dibenarkan masuk dan melangkah ke ruang bawah sekali yang menempatkan pelajar pra sekolah,  sudah disambut dengan aura Islamiah waima sebahagian dinding dihiasi dengan lukisan mural berlatarkan nama-nama Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad SAW sekali gus memperkenalkan anak-anak kepada kisah-kisah Nabi.



Disebuah bilik bersebelahannya, berkumpulnya anak-anak pra sekolah yang bilangannya kecil bagi menepati penjarakkan sosial demi keselamatan mereka.


“Di sini setiap Isnin anak-anak perlu menjalani ujian COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan hadir,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif,  Encik Ibrahim Adham sambil memberitahu setiap kelas dihadkan kira-kira 24 pelajar sahaja paling maksima.


Menurutnya, buat masa ini, anak-anak dibenarkan mengikuti kelas secara dalam talian mengikut kehendak ibu bapa.


“Kami tidak memaksa mereka untuk hadir ke kelas jika ada ibu bapa yang masih enggan menghantar anak ke sekolah,” tambah beliau.


Mempunyai sekitar 145 pelajar berdaftar buat masa sekarang, Al-Hamra mensasarkan kira-kira 300  pelajar berdaftar bagi tahun 2022 manakala  keseluruhannya institusi itu mampu menampung 600 pelajar apabila ia  beroperasi sepenuhnya kelak.


Pun begitu, tidak semudah ABC untuk calon pelajar mendafftarkan diri mereka mengikuti sukatan pelajaran di Al-Hamra kerana setiap pelajar perlu melalui ujian penilaian bagi mengukur tahap keupayaan mereka.


Al-Hamra menilai prestasi pelajar mengikut kemampuan individu tersebut - setiap pelajar akan diberi ujian penilaian bertujuan untuk mengenalpasti  tahap kemampuan mereka.


Memandangkan sukatan pelajaran adalah mengikut penilaian Cambridge, ia bermaksud usia kanak-kanak itu tidak semestinya selari dengan peringkat pembelajarannya.


“Contohnya, seorang pelajar berusia 7 tahun tidak semestinya dimasukkan ke dalam tahun 1 tetapi mungkin akan diletakkan dalam kelas  tahun 3 mengikut penilaiannya, “ jelas Pegawai Pemasarannya, Encik Fahmi Salihan.


EN Fahmi (kiri) bersama Encik Ibrahim, dua orang kuat Al-Hamra.


Tambahnya, penilaian itu perlu memandangkan Al Hamra menitikberatkan Sistem Pendidikan Holistik Bersepadu (IHES), yang dibangunkan oleh Profesor Dr. Hasni Mohammed. 


IHES telah diamalkan di lebih 1,000 sekolah di seluruh dunia termasuk Malaysia, Indonesia, India dan Jepun.


Sistem Pendidikan Holistik Bersepadu (IHES) memberi tumpuan khusus kepada penyepaduan tiga elemen utama iaitu program pembangunan potensi insan, media dan kurikulum berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.



Lebih menariknya, melangkaui bilik darjah para pelajar mempunyai pilihan menyertai program kokurikulum beroritentasikan Sunnah mengikut keutamaan mereka.


“Kami menggabungkan sukan dan seni mempertahankan diri selaras dengan kurikulum STEAM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik,” ujar Fahmi.


Sambung beliau, pendekatan STEAM meningkatkan prestasi pelajar bagi menyediakan mereka dengan kemahiran yang mencukupi semasa mereka bergabung ke dalam dunia yang lebih besar dan mencabar kemudian hari.


“Pada masa sama, kami menggalakkan aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepimpinan dan persaingan yang sihat. Dengan pelbagai pilihan aktiviti ekstrakurikuler, kami percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang serba lengkap, “ uijar Fahmi panjang lebar.


Daripada penerangan yang diberi ternyata Encik Fahmi bijak berbicara, sesuailah sebagai Pegawai Pemasaran memandangkan setiap butir informasi berada di hujung jarinya sahaja.



Antara aktiviti ko-kurikullum beasaskan STEAM meliputi kelas memasak, robotik, pengaturcaraan (coding) juga aktiviti berkonsepkan sunnah seperti berenang (tahun 1-3, memanah dan seni pertahankan diri, silat.


Sehubungan itu, salah satu cara terbaik untuk memupuk pengalaman pembelajaran menyeronokkan adalah dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif, dilengkapi dengan alat yang betul serta ruang yang selesa dan inovatif.


Al-Hamra menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa seperti makmal sains, makmal IT, pusat sumber dan pelbagai lagi


Daripada tinjauan lokasi yang dibawa, Kak Fas nampak kesungguhan itu di mana pada setiap aras bangunan dibezakan dengan rona pintu yang berlainan malah peralatan dalam bilik darjah, makmal, perpustakaan dan lain-lainnya lengkap - baharu dan ‘up to date’ kata orang.


Pintu aras 3 berwarna oren manakala pintu perpustakaan di aras lain rona cokelat.


Paling menarik apabila loceng tanda bermula kelas pukul 8 pagi dan tamat jam 4 petang mahu pun waktu rehat  digantikan dengan bacaan zikir dan tentunya langkah itu sekali gus  memudahkan pelajar menghafalkan ayat-ayatnya setiap hari.


Malah paling utama, Al-Hamra mempunyai Musolla berserta ruang wuduk di setiap tingkat bangunan bagi memudahkan pelajarnya menunaikan solat pada waktunya.



“Musolla juga digunakan untuk aktiviti di luar bilik darjah di mana setiap pensyarah boleh memohon untuk menggunakannya dan cara ini dapat membantu pelajar belajar dalam suasana lebih santai,” celah Encik Ibrahim yang turut menemani Kak Fas dan rakan blogger lain meninjau bangunan sekolah.


Selain itu, ruang kafe tidak kurang menarik dan kreatif  hiasan dalamannya. Pada dinding sudut kiri dan kanan tempat membasuh tangan tersedia mural ayat yang tertera perkataan ‘Bismillah’ dan ‘Alhamdullilah’, satu peringatan yang wajib untuk dilafazkan sebelum dan selepas makan.


Di sini juga terdapat beberapa microwave bagi pelajar yang mengikuti kelas  memasak manakala susun atur dan suasana kafe ala ala restoren eksklusif gayanya.


Pendekata, kelengkapan dan sistem pembelajaran yang disediakan Al-Hamra, nama yang diinspirasikam dari sebuah masjid istana dan kompleks kota silam di Selatan Sepanyol, Andalusia, sesungguhnya  cukup kondusif dan mampu melahirkan pelajar cemerlang seperti kehendak dan slogan institusinya bersandarkan ayat,  ‘Nurturing Future Champions’ (Memupuk Juara Masa Depan).


Sementara itu, bagi tahun pengambilan 2022, Al- Hamra menawarkan Diskaun Adik Beradik sehingga 100% untuk yuran pengajian anak-anak.


Jadi, jika anda mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak apa lagi eloklah segera mendaftar awal waima yuran  pengajian di Al-Hamra lebih kompetitif berbanding institusi pendidikan bertaraf antarbangsa yang lain, dengan kadar diantara RM900 hingga RM1900 sebulan mengikut peringkat pendidikan, samada pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah.


Maklumat dan perincian lanjut berhubung kemasukan, yuran dan informasi keseluruhannya mengenai Al-Hamra Integrated School boleh layari DI SINI atau hubungi  talian +603-2630 8010 mahu pun wasap  ke nombor +60123145924.


Pertanyaan juga boleh dihantar melalui emel ke  enquiries@alhamra.my.




Info ringkas:


Lokasi:


Encorp Strand Garden Office

Blok A, A-GF

No. 12 Jalan PJU 5/1

Kota Damansara

47810 Petaling Jaya

Selangor

Tel : 03-26308010


Laman web :


Https://alhamra.edu.my

IG : 

alhamrainternational

FB : 

alhamrainternational

Email :

enquiries@alhamra.my




#AlHamra #Ahis #FutureChampions #FutureReady #HolisticEducation #IslamicSchool #InternationalSchool #PreSchool #PrimarySchool #SecondarySchool #DuniaAkhirat #STEAM #SekolahAntarabangsa #Cemerlang






Tiada ulasan: