Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AYAM BRAND GALAKKAN GAYA HIDUP LEBIH SIHAT MENERUSI KONSEP 3S


MENYEDARI cabaran dilalui organisasi-organisasi kebajikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korpotar dan masyarakat umum, jenama makanan sihat dan mudah dalam tin, Ayam Brand tampil menganjurkan semula Kempen Komuniti Penyanyang Ayam Brand 2021.


Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam ‘Pinggan Sihat Malaysia’, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.

 

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta itu membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

 

“Kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO,” ujar Chin Lee Foon, Pengurus Besar Ayam Brand.


Menurut Chin, kempen kali ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. 


Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 172 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Hajjah Fatimah Abdullah, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Persatuan Rumah Sayangan, Persatuan Rumah Kanak - Kanak Di Sayangi, dan Lighthouse Children Welfare Home Assoc.  


Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. 


Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam BrandSaba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.



“Kami menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.,” ujar Chin.


Tambah beliau, Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel-sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.


Dalam perkembangan lain, Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan.


Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.


"Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting,” kata Rushda Adiba Ismail (kiri) Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.


Tambahnya. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.



Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. 


Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand.


Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna.



Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. 


Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.  



#AyamBrand #KPJDamansara #AyamBersamaMu #AyamFutureCreator #Arianna


Tiada ulasan:

Catat Ulasan