Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MAHARAJA LAWAK MEGA 2021' FIGURA SUKAN GAMATKAN PENTAS


DALAM diam tak diam, Maharaja Lawak Mega 2021 sudah pun memasuki minggu keenam. Dan kali ini bertemakan 'Sukan'.


Kak Fas berkesempatan menontonnya walau pun kadang kala tertingal juga tetapi disebabkan dah rakam boleh ulang semula hihi...


Bagi mereka yang dah menoton, sudah tentu tahu tiada sebarang penyingkiran berlaku, seterusnya membuatkan kesemua tujuh kumpulan peserta menarik nafas lega, terutamanya kumpulan Cawan yang berada di kedudukan terakhir dengan markah keseluruhan sebanyak 47.80%.


Walaupun salah seorang ahli kumpulan Cawan mendapat komen membina dari Diana Danielle selaku juri tetap dengan berkata, Saya tengok Abang Wan memang stand-out lah malam ini!”, Cawan tetap akur dengan keputusan juri apabila diumumkan berada di tangga tercorot.


Namun, sinar harapan kembali apabila Datuk Rosyam Nor yang bertindak sebagai ketua juri mengumumkan tiada sebarang penyingkaran pada minggu ini. 

Cawan dianggotai oleh Aliff Yasraf, Wan Gegau dan Che Mat Raja Lawak.

Keputusan itu sekali gus menandakan kesemua tujuh kumpulan peserta akan berentap pada minggu ketujuh dengan tema yang lebih mencabar, Karoot, Dikir Barat & Props”. 


Setiap peserta dikehendaki untuk membuat sketsa bersama props yang disediakan oleh pihak produksi MLM dan mereka juga akan diiringi oleh kumpulan ‘karoot’ dan dikir barat.



Minggu ini menyaksikan kumpulan Puteh berada di kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 71.86%, Boro di kedudukan kedua dengan 63.49%, manakala kumpulan Tobat yang dianggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Ajak selesa di kedudukan ketiga dengan 61.02%. 



Kehadiran tetamu jemputan yang terdiri dari figura sukan profesional seperti Khalid Jamlus, Sazali Samad, Niena Azman, Roslin Hashim, Jufferi Jamari, Yeoh Pek Xian dan Tan Boon Heong ternyata berjaya menggamatkan suasana di dewan auditorium serta menerima banyak komen-komen membina dari penonton di platform media sosial.


Jadi, untuk minggu hadapan, jangan lupa saksikan aksi terhebat kumpulan Puteh, Tiro, Boro, Bahye, Tobat, Otai dan Cawan  dengan sketsa yang lebih mengegarkan dan sudah pasti mampu membuat anda semua tidak kering gusi.



Maharaja Lawak Mega 2021akan bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.



Kak Fas: Suka tengok gelagat pemain badminton Tan Boon Heong (kiri) yang terserlah sisi kelakar selambanya malah sanggup disolek serta berpakaian ala perenang berirama bersama Achey, Fad dan Atu. Syabas!



#MaharajaLawakMega2021 #TanBoonHeong #Sukan #AstroWarna #AstroGo





Tiada ulasan:

Catat Ulasan