Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PROGRAM KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA HOGOH BERA KUKUHKAN SEMANGAT KERJASAMA RAKYAT


PAHANG Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui semua agensinya harus memastikan usaha yang lebih agresif dijalankan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan segmen pelancongan budaya.


Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada  ucapannya di majlis penutup Progran Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera 2021 yang berlangsung di Felda Kumai, Triang, Bera baru-baru ini.


Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. 


Program anjuran MOTAC di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Wau dan Layang-Layang Pahang (PELAYANG) , Tourism Pahang dan Felda Kumai, Triang, Bera itu telah berlangsung selama dua hari bermula 20 dan 21 November lalu.


Ia merupakan satu program sentuhan komuniti yang bertujuan mengangkat, menerap serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat, khususnya Keluarga Malaysia di kawasan Bera.

 

Bukan itu sahaja , ia juga salah satu cara kerajaan untuk mempromosikan produk-produk usahawan seni dan budaya yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh komuniti setempat di bawah industri pelancongan budaya .


Selanjutya dalam ucapan beliau, Perdana Menteri  menambahkata, dalam usaha menjayakan tujuan tersebut satu pendekatan baharu dan kreatif perlu diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan bagi mempromosikan 

Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa daripada rakyat berbilang kaum.


Dato’ Sri Ismail Sabri turut berkesempatan menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Penggiat Seni Pahang kepada 22 orang pemain industri yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.


Antara bantuan tersebut meliputi pemberian bantuan Insentif Seni kepada 9 buah persatuan seni budaya, melibatkan peruntukan sebanyak RM71,900.00, Anugerah Penggiat Seni kepada 5 orang penerima terpilih serta Anugerah Seni kepada Roslan Madun yang merupakan Maestro Syair Nusantara.



Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, program ini diadakan secara pendekatan turun padang oleh agensi-agensi kerajaan bagi mendekatkan diri kepada masyarakat melalui penglibatan komuniti di peringkat akar umbi.


Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari program tersebut berlangsung meliputi  jualan produk usahawan seni budaya, pertandingan sukan rakyat, kenduri rakyat, pertandingan masakan tradisi, demonstrasi permainan dan pembuatan Wau Pungguk serta pertandingan pencarian bakat yang menerapkan elemen 'Keluarga Malaysia' yang  diaspirasikan oleh Perdana Menteri.



#KeluargaMalaysia #IsmailSabri #MOTAC #NancyShukri #Pelancongan #Bera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan